Followers

Friday, September 24

betul ke tindakan ku ini???

bismillahirrahmanirrahim..

perjalanan pulang dari kolej aku ni memang memenatkan. walaupun rumahku taklah jauh sangat dari rumah, tapi rase nak mengharung KTM tu memang sesuatu yang aku sangat tak suka. mana taknya, bayangkanlah.... KTM=HARI KERJA=SARDIN.. haha.. boleh je aku nak naik kereta balik rumah. tapi apakan daya, kereta pun takde, camne nak balik ye dak...

so, sedang aku menunggu tren yang entah pukul berapa akan sampai, aku manfaatkan la masa menunggu tu dengan baca al-Quran. yela, daripada aku buang masa menunggu macam tunggul kat situ, daripada aku cuci mata tengok aurat orang, baik aku buat benda yang boleh mendatangkan manfaat untuk aku. sambil2 tilawah tu, aku tadabbur sket. nak tahu gak apa yang aku baca. kalau baca yang arab punyer tapi tak paham maksud pun, tak guna jugak kan...

mata aku ni kejap2 tengok jam kat tangan, pastu terus tengok masa tren nak sampai.. perghh!! setengah jam lagi... aish.. dah penat da berdiri ni. dah la kerusi semua penuh. memikirkan kat dalam tren lagi. alamatnya longgar la lutut aku ni. ehmm... sedang aku berdiri, tetiba datang sorang mamat negro ni. dia bagi salam.. oh!! Islam rupanya.. kami actually berbual dalam bahasa Inggeris. nasib baik la BI aku pun not bad. huhu.. conversation kami adalah lebih kurang begini (malay version):

negro : ke mana kamu nak pergi??
aku : saya nak balik rumah..
negro : boleh x saya nak mintak tolong sket??
aku : InsyaAllah..
negro : boleh tak sya nak pinjam sket duit??? sya nak kene balik kanada petang ni. tapi saya kene pergi KLIA dulu. malangnya, duit saya da nak habis... kita sebagai Islam kene tolong-menolong. dalam Quran yang kamu baca tadi pun suruh kita tolong-menolong..

(wah.. pandai lak mamat ni berhujah. camne ak nak buat ni....)

aku: berapa banyak yang kamu perlukan???
negro : tak banyak dalam RM100...

(HAH!!!! ko giler. xkan la nak pergi KLIA kene smp rm100. klu naik tren trus ke KLIA pun rasenyer xde la smp rm100 kot. rasa2 macam kene klentong je. tapi, aku tengok muke die macam2 btol2 dalam kesusahan. lagi satu, aku pikir dia sedara seagama (kalau dia Islam la..).. apa salah tolong an..)

aku : tapi, saya ada RM30 je.. itu pun nak gune untuk balik rumah..
negro : tolonglah. saya nak kene balik kanada. saya pinjam duit kamu dulu, nanti saya bayar balik. kamu bagi alamat kamu, nanti saya datang bagi balik duit ni.. saya tahu kamu seorang Muslim yang baik. kamu baca Quran dan Islam juga ajar untuk tolong orang yang memerlukan..

(lagi sekali aku kene ceramah...)

aku : mintak maaf la. saya betol2 tak boleh nak tolong kamu sebab saya sendiri pun kene balik. duit ni pun cukup2 untuk balik (aku klentong sket).
negro : tolong la. saya da takde sapa nak mintak tolong lagi..

(lepas aku berkali2 berdalih dengan bagi macam2 alasan, at last, tren pun sampai... fuh!!! lega...)

aku : mintak maaf la. saya betol2 tak boleh nak tolong kamu. tren pun da sampai. saya kene pergi dulu. mintak maaf ek..
negro : takpe la kalau macam tu..

kemudian, negro tu blah dengan perasaan hampa. aku tengok je die berlalu dari dalam koc. rasa bersalah pun ada sebab tak tolong die. tapi, bile aku pikir kali kedua, aku takut kene tipu pula. kan kes2 macam da banyak kali jadi. so, aku xnak la jadi benda macam tu kat aku. lagi pun, aku tengok gaya dia macam orang yang tak susah pon. cuma mimik muke dia je la yang amat meyakinkan. kat dalam tren, aku asyik fikir pasal benda tu je. kalau dia betol2 klentong aku, syukurlah aku x diklentong. tapi kalau dia betol2 memerlukan, aku doa je Allah beri dia kemudahan. aku masih belum bersedia nak percaya orang yang aku tak kenal..

BETUL KE TINDAKAN KU INI???

==> cerita ini adalah berdasarkan cerita sebenar. ana da edit sket cerita ni supaya jadi pendek sket dan padat. kalau ikutkan, lagi panjang cerita ni. ana nak mintak pandangan antum semua mengenai tindakan "aku" kat dalam cerita ini... TQ.<==

wallahu a'alam..

3 comments:

liana said...

salam,akhi fillah
ni cite yg anta hadapi ke??
isk3 skrg ni manusia brbagai ragam..kkdg srba salah dibuatnya.Nak kata tindkn tu salah x juga sbb kita perlu 'hazar' (brhati-hati) jgn smpi trlmpau kasihan kn org..kita mnjadi mangsa.

nazrin syafiq said...

salam. a'ah.. benda ni jd pada ana. dah lama da sebenarnye. tp baru je nak masukkan kat dlm blog sbb tibe2 teringat pulak benda ni..

jimie1402 said...

biase r tuh. Kat KL sentral tu lg byk. Ak pon da penah kne camni.

Muka laki tu hampa smbl kate dlm hati : "Cis, x terpedaya plak budak nih!" :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...