Followers

Monday, January 24

lawatan ke HPA Melaka

bismillahirrahmanirrahim..

semalam, 23/1/2011, MRC Mahallah Abu Bak'r telah menganjurkan satu lawatan ke Melaka Halal Hub di Serkam, Melaka. program ini dianjurkan bertujuan untuk mendedahkan kepada students tentang apa itu sebenarnya HPA. betul. Melaka Halal Hub ini diusahakan oleh anak tempatan yang bertungkus lumus membantu para usahawan tempatan untuk mengusahakan produk mereka.


perjalanan yang bermula pukul sepatutnya pada pukul 7.30 pg tu ditangguhkan ke pukul 9.00 pg atas alasan yang tertentu. sebelum terus ke Melaka, kami singgah di UIA Nilai untuk ambil student Nilai yang ingin turut serta.

kami sampai di sana dalam pukul 11.00 pagi. actually, perancangan program ini akan membawa kami ke banyak tempat. tapi, bukan rezeki kami untuk ke tempat2 tersebut. sebab kami perlu balik pada petang itu juga. so, mana yang termampu je lah.

mula2, kami dibawa melawat ke HPA HALAL MART. kat sini, shopping je lah. walaupun tak besar, tapi banyak produk yang dijual. dari barangan kering ke barangan basah ke ubat-ubatan, semua ada dijual. yang pasti, semuanya halalan toyyiba.

selepas ber-shopping, kami di bawa masuk ke kilang pembuatan sate dan barangan mentah. disebabkan hari ahad, so konfem la takda orang kerja. masa penerangan, kami perlu bayangkan sendiri la macam mana pekerja bekerja. kemudian, ada majlis kecil di bilik seminar dan lunch. selepas solat zohor secara jamak dan qasar, kami bertolak ke MITC Melaka untuk ke salah satu cawangan HPA, iaitu Radix Fried Chicken(RFC). macam KFC, tapi lain sikit. RFC menggunakan ayam organik, iaitu ayam yang 'suci' dari suntikan. so, takda la tercemar makanan kami dengan banyak 'racun'. dan harganya memang murah. sedap pulak tu.. *thumbs up. RFC tak banyak cawangan. kat Malaysia ni ada 8 je. KL pun takda.


macam ana, mula2 ana ingatkan HPA ni hanyalah company yang menjual makanan dan ubatan herba. tapi, rupa-rupanya HPA ada kendalikan penternakan, perniagaan untuk usahawan muda dan kecilan, perhotelan. even universiti pun diorang ada. tabik la sama HPA. dan yang paling mengujakan, sistem kerja diorang yang sangat Islamik.

kalau di tempat kerja, katakan diorang punch card pukul 8.00 pg. so, diorang semua akan berkumpul di surau untuk solat dhuha dan baca mathurat terlebih dahulu sebelum mula kerja. TERBAIK LAH HPA!!!.. kan bagus kalau semua syarikat Islam mencontohi HPA. maka, wajarlah kalau HPA ini merupakan company yang sangat bagus, secara rohani dan perniagaan.

oleh itu, ana nak seru kepada semua untuk kita sama2 menyokong dan membantu ekonomi umat Islam. HPA ini agak baru juga, tapi percayalah kepada industri Islam.

wallahu a'alam..

1 comment:

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

alhamdulillah,bagusnya dapat peluang yg baik spt ini! bersama membangunkan ekonomi islam, insyaALLAH lillahi taala.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...