Followers

Friday, January 7

asif ya akhi

bismillahirrahmanirrahim..


Aku belum bersedia wahai sahabat,
Mengapa aku??
Oh.. aku tahu..
Aku yang join usrahmu itu,
Aku yang jadi anak usrah mu itu
Tapi, sekali lagi, mengapa aku??

Aku tahu
Dirimu begitu menginginkan aku turut serta
Dirimu aku anggap bagai sedarah sedaging ku
Dirimu aku anggap obor yang membawa aku ke jalan para mujahid
Dirimu lah yang mahu aku berjuang bersama
menggalas pikulan dakwah
menggenggam erat talian ukhuwah
di atas jalan Allah ini


Aku tahu
Aku perlu bergerak untuk jalan ini
Jalan yang Allah hamparkan kepadaku
Jalan yang akan memberikan aku kekuatan
Jalan yang menjanjikan erti pengorbanan
Aku mahu semua itu
Aku mahu menggapai semua itu
Tapi aku belum bersedia
Hati ini berat sekali untuk mengatakan
“ayuh! Kita kibarkan panji berjamaah”

Aku tahu
Yang dirimu mengetahui akan diriku ini
Dirimu melihat diri ini dengan pandangan harapan
Pandangan yang akan mematahkan segala hujah ku
Apakan daya,
Fikrah kita masih lagi berbeza
Aku tahu
Dirimu mempunyai fikrah seorang khalifah Islamiyyah
Aku juga mahu begitu
Fikrah ku tak sekuat fikrahmu
Fikiranku ini masih lagi dibelenggu rasa tidak yakin
Bukan meragui perjuangan kita
Apatah lagi menafikannya
Cuma, aku risau
Aku tidak mampu secara mental menggalas tanggungjawab ini
Kerana hanya Allah dan diriku sahaja yang lebih tahu tentang diri ini.

Wahai sahabat,
Aku masih terasa bebannya
Tak tahu di mana mahu aku mulakan
Amalku tidak sekuat amalmu
Fikrahku tidak sekental fikrahmu
Semangatku tidak setabah semangatmu
Bidang jihadku mungkin tak seluas jihadmu.

Jihad...
Selalu aku fikirkan perkataan itu
Terlalu besar dan agung sungguh bagiku
Kerana tidak aku sebut secara yakin
Melainkan Allah kuatkan hatiku ini.
Biarlah aku berjihad dalam lingkungan diriku dahulu
Biarlah dakwah fardiyyah aku tegakkan dahulu
Biarlah aku betulkan diriku yang selalu diselubungi maksiat ini
Mungkin sahaja dirimu melihat
“enta kuat.. enta selalu turun subuh. Orang yang selalu turun subuh ni
orang yang Allah pilih. Ana yakin enta boleh..”
mengalir air mataku mengenangkan hal ini.


Ya akhi,
Ketahuilah bahawa aku masih dalam fasa memperbetulkan diri
Membawa kembali diri ini ke arah sirat mustaqim
Tak tertanggung olehku memikul tugasan ini buat masa ini
Aku tahu dirimu selalu menguatkan aku
Dengan ayat Allah
Aku terharu.
Aku sayangkan dirimu wahai sahabat kerana Allah.
Fahamilah keadaanku ini.

Mungkin sahaja aku kelihatan gagah diluar
Tapi, hatiku ini sayu dengan kelibat dosa berpanjangan
Berikanlah aku masa.
Belum masanya untukku untuk berjihad bersamamu lagi.
Aku akan kekalkan dakwah kecilanku ini
Asalkan keikhlasan ku ini tak terhakis.
Berilah aku ruang wahai sahabat.
Aku hargai usahamu, tak akan aku siakan usahamu itu.


Maafkanlah diri ini
Andai bahasa tidak semena
Andai aku telah mengecewakan dirimu
Andai aku tidak memberikan semangat untukmu
Tapi percayalah,
Aku masih lagi di landasan dakwahku yang kecil ini
Bersama caraku walau tidak seberapa.
Asif ya akhi ‘ala kulli hal
Laisa li niyati lil yaksi laka..
Ana asif jiddan.. T.T

____________________________________________________________________

nukilan hati.. tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang sudah tiada..

wallahu a'alam..

3 comments:

muslimah said...

ya akh, perbaikilah dirimu, DAN dalam masa yg sama,ajaklah org lain kepada kebaikan.

Kita hendak menjadi pendukung, bukan semata-mata penyokong.

Sememangnya kita memahami kewajipan berdakwah itu, dan utk bergerak, kita tidak bisa berseorangan selain ALLAH sebagai sebaik-baik penolong.


minta maaf, mohonlah pertolongan kepada ALLAH dgn sabar dan solat(2:45). Boleh istikharah, solat sunat,dapatkan kefahaman drpd akh2 anta, misalnya.

jimie1402 said...

:)
I feel sorry for you. But my opinion was too late to save you. :P
Selamat berjuang! ;)

nazrin syafiq said...

syukran muslimah atas nasihat dan pengongsian itu.. =)
jaz, i will never be too late for us to change. just that, the time is not suitable yet..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...