Followers

Monday, January 17

Y-GENC 2011

bismillahirrahmanirrahim..

memulakan bicara, ana ingin memohon maaf sebab agak lama tak update blog sebab agak busy kebelakangan ni. manalah tahu kan ada yang menunggu post ana yang terbaru ke.. hihi.. (perasan sikit..)

pada 15 januari 2011 iaitu pada sabtu yang lepas, telah berlangsungnya satu program under MRC (Mahallah Representative Committee) di Taman Bukit Kuchai, Puchong. MRC ni sama macam MPP peringkat mahallah (kolej). program ni diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa dan juga penduduk setempat sendiri. selain tu, program ini juga mendedahkan kepada para mahasiswa tentang aktiviti kemasyarakatan yang berlaku di tempat tersebut.

program yang diberi nama YOUTH GENERATION CARNIVAL 2011 (Y-GENC 2011) ni disokong oleh banyak pihak, antaranya Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) dan juga pihak masjid Surau al-Ikhlas, Taman Bukit Kuchai.

program ni bermula pada pukul 9 pagi. pada waktu pagi diadakan pertandingan futsal bawah 13 tahun dan bawah 18 tahun. selain tu, ada juga permainan yang disediakan, antaranya congkak, scrabble, karom, dan chess. ada jugak booth2 yang dibuka, antaranya, booth HPA, derma darah, AADK, dan booth jualan pakaian wanita.

sebelah tengahari pula, selepas zohor, ada telematch untuk kanak2. antaranya, gula2 dalam tepung, isi air dalam botol, lari dalam guni dan musical chair. petang pula, ada pertandingan tarik tali dan arm wrestle untuk kaum lelaki dewasa. dalam game tarik tali, team MRC telah mengungguli dengan jayanya. TAHNIAH buat team MRC.

malam pula, ada closing ceremony di balai masyarakat taman bukit kuchai. dalam event ni juga, telah dilancarkan Youth Club Taman Bukit Kuchai. malam itu juga, terdapat penyampaian hadiah dan lucky draw. yang menariknya, nombor lucky draw diletakkan pada kerusi para penonton.

secara keseluruhannya, semuanya berjalan dengan lancar dan meriah. ALHAMDULILLAH.. di bawah ni, terdapat beberapa gambar yang sempat ditangkap sepanjang program. maaf la kalau ada gambar yang tak lawa. al-maklumlah. tangkap guna kamera handph0ne. paham2lah..


name tag committe..

dikir barat taman bukit kuchai

budak2 tengah tunjuk skill mereka dengan gaya yang sangat mengagumkan..
lawa kowt.. =)

'ust.' syahmi sedang memberi tazkirah di surau al-Ikhlas..

gubahan kreatif oleh para ibu.. lawa gubahan diorang. *thumbs up


arm wrestling..

kerenah aktif kanak2 TBK.

nama dia azli. dengan pose yang cute.

perah makcik, jangan tak perah.. hehe


para committe yang me-release tension..
jadi budak2 balik gamaknya..

yang kanan tu ialah bro nor azhar. program manager Y-GENC.
relax je.. haha..

musical chair. ganas giler budak2 ni.. ish3..




perrrrgggghhhh!!! terbang seyh.. hihih


agak pelik kalau committee pun nak join.. hehe
taklah. ni bro amirul yang tengah tunjuk demo utk adik2 kat situ.







futsal

haha.. spongebob pun spongebob la.. janji menang, yedak dik??
semua memang semangat betul mewarna..

khusyuk sungguh...


booth jualan pakaian wanita..






ni la pasukan terbaik MRC dalam pertandingan tug of war (tarik tali)
menang dengan agregat 2-1.



actually, time ni da habis program. tengah melambung salah sorang committee yang ada.
tapi, apakan daya.. BERAT... haha





wallahu a'alam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...