Followers

Thursday, September 15

Ya & Tidak

bismillahirrahmanirrahim..

ramai tak tahu yang ana ni jenis yang SAAAAANGAT cerewet. bukan apa, mungkin dah terbiasa dari kecil kot dengan perangai yang cerewet ni. macam2 nak demand, ini boleh, itu tak boleh. sampaikan ada sorang sahabat ana pernah cakap, "kau ni nazrin, macam mana la dengan bini ko nanti bila ko dah kawin. Kau ni cerewet nak maut..."

begitu lah yang pernah singgah kat telinga ana ni. mungkin juga latar belakang family yang menambah kepada ke-cerewet-an ni kot. huhu.. so, ana nak bagitau lah kepada anda2 semua apa yang CEREWET sangat manusia yang bernama MUHAMAD NAZRIN SYAFIQ B KHAIRI ni..

YA. ana memang sangat pembersih, tambah2 dalam keadaan sekeliling. pening kepala la kalau keliling bersepah2.

TIDAK. ana memang tak makan dekat kedai mamak. lantak la orang nak kata apa. bukan nak racist, tapi memang tak makan la senang cerita. tak lalu nak makan.


YA. ana memang tak makan timun, betik, petai, jering, pucuk paku, etc.. banyak benda ana tak makan, bukan diet ye.. (takde kene mengena dengan diet pun..) dan amat gemar dengan makanan yang pedas2. kalau tak pedas, tak sedap. betul tak?

TIDAK. ana memang tak suka sahabat yang rapat lupakan kawan.

YA. ana memang seorang yang AMAT menghargai persahabatan. dan agak sensitif sikit bab2 persahabatan ni.

TIDAK. ana memang tak suka kalau tengah kerja dalam suasana yang serius, ada yang tak participate dengan serius sampai effect kerja.

YA. ana memang suka budak2, terutamanya budak2 kecil lelaki. sebab ana merasakan yang budak lelaki bila kecil lagi comel dari budak perempuan. (ada gaya seorang bapa penyayang tak??.. hihhi)


TIDAK. ana memang tak selesa bekerja dengan perempuan, lebih2 lagi masa baru habis sekolah menengah. sebab sekolah ana sekolah lelaki. so, bila bekerja dengan perempuan rasa kekok pulak. Tambah2 bila dah masuk CFS IIUM, kene bekerja dengan sisters pula, so rasa sangat janggal. tapi, situasi tu ana cuba adapt dengan secepat mungkin.

YA. ana memang cerewet dalam bab2 kerja, khasnya kerja yang berkaitan dengan kertas (sebab ana setiausaha.. haha). yela, bila nak buat kertas kerja katakan, maka kenalah buat dengan penuh teliti. kalau tak, kena buat kerja dua tiga kali pulak.

TIDAK. ana tak suka kalau kita bekerja sebagai satu team, semua tak bagi komitmen. dan mengharapkan orang lain sahaja yang buat kerja.

YA. ana suka berjalan bila sudah dirancang dengan baik. tak berapa gemar kalau main redah tanpa hala tuju.

TIDAK. ana tak suka bau rokok. baunya sangatlah tak sedap.



YA. ana suka berjalan sendirian, tambah2 lagi kalau pergi jalan2 melihat gelagat manusia sekeliling.

TIDAK. ana tak suka bunyi siul. sebab benda tu macam panggil setan.

YA. ana suka menguji manusia sekeliling ana untuk tahu sama ada diorang ni suka tak dengan kehadiran ana dalam kehidupan mereka. dalam erti kata lain, ana suka menguji perangai seseorang.

TIDAK. ana tak suka kalau ada yang suka masam muka secara tiba2 tanpa sebab dengan ana.

itulah serba sedikit tentang diri ana yang ana nak share sikit. semua orang ada kecerewetan masing2. itu tak ana nafikan. so, bersamalah kita memahami antara satu sama lain. =)

wallahu a'alam.

2 comments:

fif said...

ana juga tidak suka ada orang main sentuh sentuh tengkuk ana. mintak penampar makhluk yang buat demikian xP

Nazrin Syafiq said...

haha.. macam tau2 je aku nak tulis tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...