Followers

Monday, July 23

Edisi Ramadhan : Bazar Bukan Tempat Maksiat

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Masuk hari ni dah tiga hari kita semua berpuasa, dan masuk 3 hari juga kita semua berlumba2 membuat amal kebajikan kerana bulan Ramadhan dijanjikan di dalamnya berkat, pengampunan dosa dan pelepasan dari azab api neraka. InsyaAllah. Moga2 kita semua terus istiqamah dalam beramal. =D

Bila menjelang bulan puasa je, ramai saja antara kita ni berlumba2 juga ke Bazar Ramadhan. Tak kisah ke bazar yang dekat2 ni, mahupun kita 'tawaf' semua bazar yang ada kat daerah kita tu. =P

Apa yang aku nak highlight-kan kat sini bukanlah benda besar sangat pong. Benda kecil2 je. Tapi benda yang kecil ni la yang diberi dosa yang Allah saja yang tahu besar kecilnya. Kes yang aku nak bawak ni untuk kita yang rajin2 ke bazar ni la. Korang2 yang memasak di rumah tu tak usah khuatir la ye.

Masalahnya kat sini ialah MAKSIAT.

"Waduh2~~ Maksiat mendenya dalam bulan2 mulia ni. Dah la kat bazar. Tempat orang ramai. Kalau ada orang yang buat mesti dah lama dia kene balun, cik kiah oi~~~ Tak pun keluar berita ke. Cerita lebat la lu.."

Sapa kata maksiat itu terhad kepada 'benda besar' je. Bukan zina je tergolong dalam maksiat ye. Ok la. Aku bagi korang tengok dulu gambar kat satu bazar ni. Then, korang bagitau aku apa maksiat yang kita mungkin pernah 'terbuat'.


Ha~~ Baru korang tau yang dalam sesak2 manusia yang ghairah nak membeli ni, ada je manusia yang boleh naik 'ghairah' juga. Sebab apa? Ni la port yang paling baik nak 'bermaksiat'. Mungkin kita tak perasan hal ni. Kalau anda yang berniaga, mungkin tak merasa. Cuba la masuk dalam kelompok yang ramai2 tu..

MERABA

GESEL BADAN ANTARA LELAKI DAN WANITA

MENJELING PADA BUKAN TEMPATNYA

dan mungkin juga kes2 yang lagi berat dari tu. Ya. Kita memang tak perasan. Mungkin kita rasa yang bersempit-sempitan itu benda biasa sebab dah tak boleh nak elak. Mungkin juga kita tiada niat nak membuat maksiat atas sebab kita ini terpaksa masuk. TAPI apa2 pun boleh jadi dalam ramai2 tu kan. Maka, beringat dan berhati2lah kita. 

Solusinya; kita ada pilihan untuk memasak di rumah, makan di tempat lain yang selesa atau kita mungkin saja boleh masuk ke bazar itu dengan harapan diri kita ini bukan punca dosa orang lain dan kita sendiri. Elaklah sebaik mungkin dari kita bermaksiat dalam bazar tu.

Wallahu a'alam...

notakaki : Aku kalau pergi bazar, tengok macam crowded sangat, aku blah je.. haha.. Btw, Selamat Berpuasa semua... =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...