Followers

Wednesday, July 25

Edisi Ramadhan : Situasi Luar Dan Dalam Ramadhan

bismillahirrahmanirrahim..

Buat mereka yang tertunggu2 akan kehadiran bulan Ramadhan, pastinya ada satu kelainan yang mereka rasa bila berada dalam bulan ini. Rasa mahu mempertingkatkan ibadah kepada Allah, melebihi bulan2 yang lain. Rasa terkenang2kan saudara seakidah yang saban waktu kelaparan di tempat yang kurang sumber makanannya. Rasa menyesal atas dosa yang dilakukan di luar bulan Ramadhan.. Dan macam2 rasa lagi la~~

Tapi lain ceritanya dengan mereka yang tak mempunyai perasaan sebegitu. Mungkin depa tak berapa nak menggemari kehadiran bulan ini dek keranan 'bebanan' puasa yang mereka perlu tanggung. Ada beberapa situasi yang aku nak kongsikan tentang kita semua yang mungkin kena pada batang hidung kita sendiri.


Situasi 1 : Azan Maghrib

Luar Bulan Ramadhan

Tipah : Wei, kiah. Maghrib hari ni pukul brapa ek?
Kiah : Entah la Tipah oi.. Tak silap aku dah Maghrib dah kot.
Tipah : Maghrib mendenya baru nak pukul 6.45 petang ni. 'Angang' ko ni Kiah...
Kiah : Ala.. Mana la aku tau masuk pukul berapa. Aku 'cuti' hari ni...

Dalam Bulan Ramadhan

Tipah : Cik Kiah oi.. Buat ape ko ngadap lauk-pauk aku kat meja tu. Maghrib tak masuk lagi la..
Kiah : Eh Tipah... Tak lama lagi nak Maghrib. Hari ni berbuka pukul 7.31 tau, nanti terlepas azan nanti.
Tipah : Ko nak kena 'angang' lagi ke.. Sekarang baru 6.15, kalau ko duduk Kundasang sana boleh la buka awal. Kita ni kat Ampang cik akak...
Kiah : Eh yeke... hihi.. Ambik berkat la katakan..


Situasi 2 : Solat Berjemaah

Luar Bulan Ramadhan

Kiah : Tipah, jom ke masjid, solat jemaah. Kuliah Maghrib hari ni Ustaz Don Daniyal tau. Mesti best kan. Dah alang2 tu, Isyak terus.
Tipah : Aku ni bukan apa Kiah. Malas la nak jalan kaki ke masjid tu. Bukannya dekat.
Kiah : Jom la Tipah, teman aku. Tak kan aku nak jalan sorang2 kot...
Tipah : Tak nak la. Aku 'cuti' la hari ni. dari pagi lagi..
Kiah : Cuti mendenya, tadi ko baru Asar dengan aku tadi... =.=

Dalam Bulan Ramadhan

Tipah : Kiah2, jom la cepat pegi masjid. Tarawikh.
Kiah : Aku rasa aku terawikh kat rumah je la.
Tipah : Haish Kiah... Mana boleh macam tu. Kan solat berjemaah tu dituntut, pahalanya banyak. Nak2 bulan2 pose macam ni, lagilah banyak. Jomlah..
Kiah : Tapi Tipah, kalau nak jemaah, kenapa nak terawikh je? Zohor tadi ko kat rumah je. Buat bila nak dekat2 Asar pulak tu..
Tipah : Hehe.. Masjid sini moreh dia best~~
Kiah : =.=


Situasi 3 : Makan

Luar Bulan Ramadhan

Kiah : Tipah, aku rasa nak diet la bulan ni. Tengok ni, baju yang aku pakai ni dah ketat dah. Lagipun poket aku tengah kering ni..
Tipah : Ok gak tu. Save sikit duit kan.. Ko diet macam mana??
Kiah : Aku rasa aku nak puasa la. Sahur makan la oat ke. Iftar makan nasi sikit. Ok tak??
Tipah : Ok je. Puasa ni makan sikit2 je...Lagi cepat ko kurus kan...
Kiah : *wink2*

Dalam Bulan Ramadhan

Kiah : Ko tengok lauk tu Tipah. Macam sedap je. Kuih tu nampak best je. Kecur air liur aku Tipah.
Tipah : Ko ni kan, Kiah. Kalau bawa ko pergi bazar, ni la jadinya. Cara membeli tu macam kaya sangat je. Tadi kata poket kering la, apa la...
Kiah : Ala, Tipah. Setahun 30 hari je. Tak muflisnya aku kalau membeli kat sini je..
Tipah : Memang la tak muflis cik kak.. Tapi ko ni membeli macam satu kampung nak makan. Padahal kita berdua je pong~~
Kiah : *sambil mata masih lagi memandang juadah2 yang dijual di bazar~~*

Ok. Ni antara 3 situasi yang mungkin pernah terjadi pada kita semua. Tak kisah versinya macam mana sekali pun. Situasi2 ini kadang kala membawa masalah pada kita, dan mungkin juga pada orang lain. Tak kisah la apa juga masalahnya.

Solusinya, kita kena la peka pada waktu solat, tak kiralah solat apa sekalipun pada bila2 masa. Dan bila masuk waktu solat, berjemaah adalah yang terbaik. Tak kiralah pada bila2 masa sekalipun. Lastly, bersederhanalah dalam berbelanja.

Wallahu a'alam..

Notakaki : Aku pun kadang2 terlupa gak waktu Maghrib dan solat2 lain masuk bila... haha.. Tapi sama2 lah kita perbaiki...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...