Followers

Wednesday, October 2

Minyak, Kelas dan Flash Mob

bismillahirrahmanirrahim..

3 minggu yang berselang selepas last post aku dalam blog ni dipenuhi dengan banyak sangat aktiviti. Aku mengaku juga ada sedikit (baca: banyak) malas untuk update, tapi demi menghidupkan blog ni.. Apa pon boleh!!

1. Start semester baru

Semester baru ni bagi aku agak pelik. Bukan sebab subjek, tapi sebab aku makin kuat tidur dalam kelas. Kalau dalam sem2 sebelum ni, takdelah kerap pon. kira moderate je la. Tapi kali ni, boleh katakan setiap kelas mesti aku tertidur. Paling baik pun tersengguk2..


#haish

Aku pun tak tau nak buat macam mana lagi. Maybe nak kene minum nescafe ber-tin2 kot.. huhu

2. Minyak naik lagi...!!

Benda ni memang tradisi setiap pasca pilihan raya dan para macai sepatutnya sedang bersorak2 berikutan kenaikan harga minyak. Katanya, kerajaan nak kurangkan subsidi sebab tu naikkan harga minyak.. Kekelingan apakah yang depa2 ni bicarakan...?? tak samakah ayat depa tu dengan ayat ni..

"saya taknak berlari sebab saya nak berjalan.."


Kedua2nya perkara yang sama bukan..? Seharusnya, dijelaskan kepada rakyat yang bayar gaji depa tu kenapa harga naik.. sebab kerajaan takda duit nak bagi subsidi disebabkan hutang PRU yang banyak ke?? sebab harga minyak dunia naik ke? sebab kita bukan pengeluar minyak lagi walaupun minyak kat terengganu tu berlambak2 ke?? Perlu jelaskan..


Naik 20 sen seliter bukanlah murah taw.. Dulu aku isi minyak RM30 dapat dalam 15-16 liter. Sekarang aku isi harga yang sama dapat tak sampai 15 liter pon..

"Bayar la RM30.20,, bukan mahal pon..."

=.=' 
#macaidetected

Tu baru citer pasal harga minyak, belum tengok harga makanan dan barang2 lain lagi. Minyak naik 20 sen, barang naik sampai seringgit. Nak suruh diorang tak naikkan harga barang, diorang pun guna jugak minyak petrol ulang alik niaga. Ada jugak yang saja2 nak naikkan harga barang itu memang salah depa la kan.



Tapi yang mulakan fenomena ni sapa?? Kerajaan la kan.. Takde mananya harga nak turun kalau minyak naik. Buat lah macam mana sekali pun. Enforcement ke, apa ke.. Kalau yang maintain harga barang pun, depa kurangkan kualiti. So, apa nak buat? Yang jadi mangsa ialah end user la. Rakyat. Tak semua rakyat senang. Depa yang duduk kat kerusi parlimen tu takpe lah.. depa kaya, elaun merepek2 semua ada. #panashati

3. Kelas

Alhamdulillah kelas untuk semester ni agak flexible dan so far tak padat lagi. Kalau kelas sampai 7 malam pon, sekali sekala je. Dan aku expect semester ni akan menjadi lebih tough dari sem sebelumnya. Jadi, kene beware la..

4. Flash Mob Syria 2013 Rx11

Flash mob ni berkaitan dengan misi kemanusiaan di Syria bawah kendalian batch aku, Rx11.. Nak tau pasal ni, kene tunggu post yang berikutnya..

notakaki: Penat boh 3 minggu ni.. huhu

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...