Belakangan ini, banyak betul kita dengar isu dan kisah status halal sesuatu barang. Tak kisah la barang tu dari dalam mahupun luar negara. Ada yang meragukan, ada yang meyakini, ada yang menolak terus.
Boleh saya katakan, bahawa dengan isu Cadbury yang berlaku baru2 ini, keyakinan sesetengah pihak terhadap JAKIM dalam menangani isu halal ini sedikit tercalar. Tidak dinafikan pengesahan status halal, terutamanya makanan merupakan sesuatu yang amat sensitif. Jadi, kita sebagai pengguna seharusnya bijak dalam memilih apa yang boleh dan apa yang tidak.
Kita sebagai pengguna haruslah peka dengan isu2 ini. Ini melibatkan apa yang masuk ke dalam tubuh dan apa yang menjadi darah daging kita. So, buatlah pilihan yang bijak.. =)
No comments:
Post a Comment