Followers

Tuesday, June 10

Pandangan Dua Ustaz Malaysia Tentang DNA BABI!!

bismillahirrahmanirrahim..

Sekarang ni kan tengah HOT isu Cadbury yang mengandungi pencemaran DNA babi. Ada kata tak boleh makan sebab babi ialah babi. Tak kurang juga membenarkan penggunaan dan memakan Cadbury yang mengandungi DNA babi tu.


Aku tak boleh nak ulas apa2 sebab ilmu aku ni masih cetek dan belum layak lagi nak katakan ini boleh itu tak boleh. Tapi kita boleh selalu merujuk kepada alim ulama kita tentang perkara ini. Terdapat dua muaalim yang keduanya luas ilmu pengetahuaannya dan cerdas akalnya. Mereka berbicara dan mengulas isu ini demi kemaslahatan umat. Bukan nak bergaduh seperti sangkaan orang ramai. Ulama silam pun berdebat dan bermuzakarah, bro...

Pape pon, jom kita tengok ulasan depa berdua ni..

Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Saya terkejut dengan seorang penceramah agama yang dikenali mengulas isu kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai kesan DNA khinzir dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas di dunia hari ini. Jika kita dengar ulasan penceramah tersebut seakan Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah yang terdiri dari ramai tokoh ilmuwan antarabangsa, beberapa persidangan Fekah di peringkat antarabangsa dan lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram.
Bagi menyokong hujahnya, penceramah itu secara 'janggal' menyebut empat-empat mazhab mengharamkan babi. Katanya pula, ulama hanya khilaf tentang kulit babi.

Saya ingin katakan, pertama, sesiapa yang ingin mengulas sesuatu hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan diri dalam dunia ilmu yang luas.
Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah, Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Morocco pada tahun 1997 dan lain-lain bukan tidak tahu bahawa babi itu haram. Namun isu yang dibahaskan ialah istihalah yang telah merubah sifat sesuatu bahan. Para ulama dalam pelbagai mazhab Islam mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini.
Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi, tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya.

Adapun kenyataan beliau bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amatlah canggung. Beliau hendaklah tahu bahwa bukan setakat empat mazhab, bahkan semua mazhab termasuk al-Auza'i, al-Thauri, Laith bin Sa'd, Zahiri, Zaidi dan lain-lain semuanya mengharamkan khinzir. Ia ijmak. Namun, bukan itu isunya. Apa yang dibincangkan isu istihalah.
Adapun kata beliau khilaf ulama hanya tentang kulit babi, sebenarnya bukan sahaja tentang kulit babi, tapi juga tentang tulang dan bulu. Apakah boleh dibuat sesuatu yang bermanfaat, seperti kasut ataupun bone china seperti hari ini ataupun tidak boleh? Walaupun banyak imam yang melarang perkara itu, tetapi ramai juga para imam yang membolehkan. Contoh boleh lihat nukilan al-Imam Ibn Qudamah dalam al-Mughni yang menyebut beberapa pendapat.
Jika kita semak, pendapat yang membolehkan itu dipertahankan oleh beberapa tokoh ulama termasuk al-Imam al-Syaukani.

Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan seperti Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain. Ada pula yang mengharamkan seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah, Arab Saudi.
Bukan orang Islam nak disuruh ternak babi, tapi sarjana fekah membincangkan bahan yang berubah tapi asal-usulnya ada kaitan dengan babi.
Ini boleh difahami juga seperti rakyat muslim Singapore yang meminum new water iaitu air najis yang telah dirawat menjadi air bersih yang digunakan di Singapore sekarang. Bukan mereka nak minum najis, tetapi air itu asal bernajis namun telah dirawat dan dibersihkan.
Kita mengingatkan semua pihak, termasuk diri kita bahawa berceramah satu kebolehan yang lain, mungkin ia dibantu oleh kepetahan, jenaka dan lain-lain. Namun hendak membincangkan isu ilmu hendaklah berasaskan maklumat dan pengetahuan.
Sekali lagi, hal ini khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Setiap orang membaca, meneliti dan mengikut apa yang dia yakin lebih diredhai Allah untuk dirinya. Fatwa ini dibincangkan oleh para sarjana Islam moden sebab bahan berkenaan membabitkan banyak produk yang wujud sekarang terutama mereka yang hidup di negara minoriti muslim. Sementara sifat Islam itu memudahkan umatnya yang dalam kesulitan. Kita juga perlu ingat hal ini berlaku apabila kita tidak menjadi pengeluar dan asyik jadi pengguna.
Bagi menyokong hujahnya, penceramah itu secara 'janggal' menyebut empat-empat mazhab mengharamkan babi. Katanya pula, ulama hanya khilaf tentang kulit babi.
Saya ingin katakan, pertama, sesiapa yang ingin mengulas sesuatu hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan diri dalam dunia ilmu yang luas.Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah, Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Morocco pada tahun 1997 dan lain-lain bukan tidak tahu bahawa babi itu haram. Namun isu yang dibahaskan ialah istihalah yang telah merubah sifat sesuatu bahan. Para ulama dalam pelbagai mazhab Islam mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini.Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi, tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya.
Adapun kenyataan beliau bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amatlah canggung. Beliau hendaklah tahu bahwa bukan setakat empat mazhab, bahkan semua mazhab termasuk al-Auza'i, al-Thauri, Laith bin Sa'd, Zahiri, Zaidi dan lain-lain semuanya mengharamkan khinzir. Ia ijmak. Namun, bukan itu isunya. Apa yang dibincangkan isu istihalah.Adapun kata beliau khilaf ulama hanya tentang kulit babi, sebenarnya bukan sahaja tentang kulit babi, tapi juga tentang tulang dan bulu. Apakah boleh dibuat sesuatu yang bermanfaat, seperti kasut ataupun bone china seperti hari ini ataupun tidak boleh? Walaupun banyak imam yang melarang perkara itu, tetapi ramai juga para imam yang membolehkan. Contoh boleh lihat nukilan al-Imam Ibn Qudamah dalam al-Mughni yang menyebut beberapa pendapat. Jika kita semak, pendapat yang membolehkan itu dipertahankan oleh beberapa tokoh ulama termasuk al-Imam al-Syaukani.
Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan seperti Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain. Ada pula yang mengharamkan seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah, Arab Saudi.Bukan orang Islam nak disuruh ternak babi, tapi sarjana fekah membincangkan bahan yang berubah tapi asal-usulnya ada kaitan dengan babi. Ini boleh difahami juga seperti rakyat muslim Singapore yang meminum new water iaitu air najis yang telah dirawat menjadi air bersih yang digunakan di Singapore sekarang. Bukan mereka nak minum najis, tetapi air itu asal bernajis namun telah dirawat dan dibersihkan.Kita mengingatkan semua pihak, termasuk diri kita bahawa berceramah satu kebolehan yang lain, mungkin ia dibantu oleh kepetahan, jenaka dan lain-lain. Namun hendak membincangkan isu ilmu hendaklah berasaskan maklumat dan pengetahuan.Sekali lagi, hal ini khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Setiap orang membaca, meneliti dan mengikut apa yang dia yakin lebih diredhai Allah untuk dirinya. Fatwa ini dibincangkan oleh para sarjana Islam moden sebab bahan berkenaan membabitkan banyak produk yang wujud sekarang terutama mereka yang hidup di negara minoriti muslim. Sementara sifat Islam itu memudahkan umatnya yang dalam kesulitan. Kita juga perlu ingat hal ini berlaku apabila kita tidak menjadi pengeluar dan asyik jadi pengguna.
Itu ulasan beliau. So, kita tengok pulak ulasan ustaz lagi satu..

Ustaz Kazim Elias
Saya ni tak alim, takde phd, ustaz kaki lima je pun.. ngajar pun tahap bdk2 tadika je.. tapi, sy pun boleh pikir lagi sbb ada tmpat rujukan. Ada sorg Dr. di Malaysia ni bg perbandingan dna babi dgn pokok pisang. Dia kata klu najis babi letak kat pokok pisang kita boleh mkn pisang tu, mmg la... sbb dah jd pisang. Bukan kita mkn taik babi tu... tapi, dlm isu dna babi mana boleh pakai kaedah mcm tu, babi diproses mjadi dna babi, dna babi tu apa? Pisang ka? Dna babi tetap dna babi mana dia btukar jd benda lain? Baja najis + tanah + air + mineral + pokok pisang = buah pisang. Kalau dna babi pulak, jadi drpd apa? Dan mjadi apa? Apa yg dicampur dlm babi yg dpt mjadi dna babi? Sehingga boleh dikata halal tu? Dna ialah singkatan Deoksiribonukleik satu molekul yg tdpt dlm semua sel kecuali sel darah merah. Satu molekul pnting dlm bg semua sel hidup. Jd dmana dna babi tu halal dgn proses istihalah secara semulajd. Maka jgnlah disamakan taik babi dgn pokok pisang atau arak dgn cuka... Mana sama bro... kemudian disamakan dgn air kumbahan yg kononnya diproses dan dijadikan air minuman di negara jiran. Bro, pi ngaji habis dulu.. jgn main tuduh sebarangan. Memalukan org Malaysia je' betul ke deme guna air kumbahan. Cek betul2 sblm buat statement. Penggunaan air di negara mrk sgt tsusun dan sila dptkan maklumat betul2. Apadia Reverse Osmosis dan penggunaan semula air yg dikitar di negara jiran. Buat kajian betul2 sblm buat statement. Sy mngaku sy tak alim... ilmu cetek sgt.. sbb tu sy refer apa2 benda klu tak tau ke majlis fatwa. Nama pun majlis.maknanya ramailah ulamak di dlmnya. Bkn seorg shj.
Biar apa pon perbezaan pendapat antara mereka, kita yang di bawah ini tidak seharusnya melaga2 antara mereka, apatah lagi antara kita sendiri. Pasti ada yang sependapat dengan Dr MAZA dan ada yang sependapat dengan Ustaz Kazim. Yang penting haruslah kita saling menghormati antara kita yang berlainan pendapat.


Kita sudah matang untuk membuat keputusan yang terbaik. Kedua2 ustaz ini mempunyai hujah mereka yang kuat, dan terpulah lah kepada kita untuk menilainya..

ADIOS...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...