Results are out peep!!
Well. Dah lama keluar pon sebenarnya. Tapi tapi, aku ada program time result keluar 20hb Jun itu hari. So, lambat sket. Anyway, bagi mereka2 yang sakan datang blog ni semata2 untuk tengok result, berbahagia la korang kan. haha. Pape pon, aku sudi berkongsi sebab mungkin ada yang terinspirasi dari result yang tak seberapa ni. (sila muntah..)
#modetakbetulsikit
Sedikit review tentang Semester 2 Year 2 di Kulliyyah of Pharmacy, UIAM Kuantan. Bagi aku, ok la.. Tough. Memang tough. Tipulah kalau aku kata aku tak stress sepanjang semester. Aku jangkakan aku tidak sibuk sepanjang semester sebab ketiadaan aku dalam mana2 position of any societies.
Jangkaan meleset.
UIAM yang sememangnya kaya dengan program membuatkan aku sedikit terikat dengan pelbagai program. But, what a life in university would be without programs. It makes you better in communication and experiences. So, kesibukan tetap melanda dan bakal melanda bila buka semester baru bulan 9 ni.
Subjek semester ni agak sedikit. No deny on this. Memang kurang sikit as compared to the previous semesters. Semester 2 ni aku telah harungi sebanyak 8 subjek. Not bad la kan.
ENTREPRENEURSHIP. Ini subject skill yang perlu aku ambil as required by the university. Subject ni best. Belajar tentang perniagaan dan perusahaan. Banyak selok belok berniaga yang aku rasa aku tahu, tapi bila masuk kelas, aku macam.. "Owwww..". Gitu la. Semester depan kene sambung untuk Part 2 of the subject.
DOSAGE DESIGN 1. Subject ni lebih kepada physics. So, dengan ke-tidaksuka-an aku kepada physics amat tergambar jelas dengan result yang sebegitu. Hampeh. Carry mark dah ok. Masuk je final. Menjunam jatuhnya. Aku expect dalam A- ke kan. Sebab soalan hari tu pon macam not bad la. Tapi nak buat macam mana kan. Dah rezeki. Syukurlah
STERILIZATION. Ini memang out of expectation. Subject ni memang unik. Sepanjang semester quiz sekali je and sekali tu lah yang aku dapat borderline antara pass or fail. Ergh!! Aku tanya senior, diorang cakap time diorang dulu banyk kali quiz. Bukan apa. Kalau banyak quiz ni, ada la effort kita untuk bukan nota tu kan.
Ni kalau sekali je quiz, memang time final la aku baru bukak nota tu. And in fact, aku try habeskan nota tu yang tebal2 tu dalam masa 2 hari. Bagai nak gila. Masuk exam hall aku tawakal je la. Tulis je mana yang aku ingat. Memang subject ni aku zombie habes. So tak dapat la nak menghayati sangat. hmm.
NUTRA & COSMECS. Aku suka subject ni. Aku tau kenapa tapi bila strat belajar tu macam best giler. Bagi aku, subject ni lebih dekat kepada consumer yang sekarang ni lebih concern pada kesihatan. Soalan hari tu pun senang. Alhamdulillah. Tapi aku expect A. haha. Tapi takleh jugak la. Paper ni pun aku keluar awal setengah jam. Pening kepala. Adeyai. Redha je la..
CVS. Ni memang subject killer. Killer sebab subject ni paling tebal notanya. Paling banyak ubatnya. Paling banyak mechanism-nya. Paling memeningkan notanya. Tapi best. Subject ni seriously best. Maybe sebab aku minat things on heart kot. Ramai yang mengeluh, termasuk la aku, bila nak jawab paper ni. Sebab masa untuk revision sangatlah singkat. Aku ambil masa 4 hari untuk habeskan. Itu pun cubalah ambil selit2 masa nak habeskan. Paper ni memang takde gap masa dengan paper sebelumnya. Adeyai. Tapi ape2 pon, Alhamdulillah..
RESPIRATORY. Subject ni agak mudah actually. Sebab nota tak tebal sangat macam CVS tu. haha. Soalan hari tu pun not bad la. Aku tak expect tinggi sangat. Syukur.
MUSCULOSKELETAL. Inilah subject killer of all sejak bergenerasi lamanya. Senior paling ramai fail subject ni. Soalan hari tu not bad. Kemungkinan kali ini paper musculo ni ada pilihan yang boleh dibuat. Kalau sebelum2 ni memang wajib jawab semua soalan yang ada. Tapi kali ini, ada juga pilihan walaupun still kene jawab semua. Aku bayangkan kalau takde pilihan, ragu2 jugak aku nak pass. huhu
PATHOLOGY. Paper ni jugak dinamakan paper 'ZOMBIE'. haha. Sebab setiap baris ayat dalam nota ni mesti dihafal. Tapi seriously. Memang kene ingat semua. Dan kene tulis semua isi. Sebab ape? Nota yang disediakan memang precise and kalau tertinggal few words, boleh membawa definition yang lain. Gitu la.. Alhamdulillah. Soalannya senang. =)
Itu je kot yang aku boleh kongsikan. Mungkin ini rezeki aku untuk semester ni. Tak tau lagi semester depan macam mana. Aku mengharapkan pertolongan Allah juga. Dan aku amat2 mengharapkan yang segala ilmu yang aku ada ini dapat diguna pakai bila kerja nanti and dapat dipraktikkan bila berhadapan dengan patient. =)
Amiiin..
notakaki: Aku jangkakan ramai yang sakan tengok result ni, tapi tak baca pon ulasan dan bertukar2 cerita dan pengalaman.
No comments:
Post a Comment