Followers

Thursday, August 30

Salam Kemerdekaan ke-55

bismillahirrahmanirrahim..


Salam Kemerdekaan ke-55 kepada semua rakyat Malaysia. Syukurilah nikmat kemerdekaan yang Allah berikan dan hargailah segala penat lelah pejuang kemerdekaan kita. 

Usah biarkan diri kita diselubungi penjajahan minda oleh musuh-musuh Islam dan negara. =))


notakaki : Kalaulah kita memahami makna kemerdekaan sebenar~~

Saturday, August 25

Resepi : Kuih Kelopong

bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum readers. Kali ni, aku nak share satu resepi satu kuih tradisional masyarakat Melayu, iaitu kuih kelopong. Aku rasa ramai yang tak tau kuih kelopong tu ape kan..

Kalau korang duduk area Negeri Sembilan atau Melaka, korang akan familiar dengan nama ni. Maybe lain daerah lain namanya. Kuih kelopong juga dikenali 1Malaysia ni dengan nama KUIH BUAH MELAKA. So, resepinya ialah :


Bahan-bahan :

Air daun pandan yang dikisar halus
Tepung pulut
Tepung gandum
Garam
Kelapa parut untuk kuih
Gula melaka yang disagat kasar


Cara memasak :

1. Air daun pandan yang sudah dikisar tu perlu ditapis untuk buang hampasnya. Daun pandan tu dikisar kosong tanpa letakkan gula atau garam. Kasi pure punya...

2. Gaulkan tepung pulut dengan sedikit tepung gandum. Fungsi tepung gandum untuk mengelakkan kuih kelopong tu daripada lembik. Tapi, jangan letak terlalu banyak. Khuatir keras berdengkang pulak. Sikit2 sudah.

3. Masukkan air daun pandan ke dalam adunan tepung tadi. Air daun pandan tadi perlulah mencukupi jumlah tepung tadi supaya kuih kita nanti takda la nampak pucat je. Tapi kalau pekat sangat pahit pulak. Ala kadar je la..

4. Uli adunan tu sampai sebati. Guna tangan lebih sedap berbanding mesin. Sesudah siap menguli, 'gentel' atau uli adunan tu kepada bebola kecil. Buat sedikit ruang untuk meletakkan gula melaka ke dalam bebola kecil tu. Kemudian, 'gentel' semula untuk menutup ruangan tersebut. Pastikan lapisan kuih tu tak terlalu nipis, khuatir ia akan pecah bila masak nanti.



5. Sudah siap menguli, masukkan bebola tadi ke dalam air yang mendidih untuk di masak. Apabila kita letakkan kuih yang tenggelam ke dalam air tadi timbul di permukaan, bermakna kuih itu sudah masak.

6. Kemudian, kuih kelopong tadi perlu dimasukkan ke dalam kelapa parut (untuk kuih) yang sudah diletakkan sedikit garam untuk menaikkan sedikit rasa. Lumurkan kelapa tu pada permukaan kuih dan siap untuk dimakan.

Mudah bukan? Selamat Mencuba

notakaki : Kalau nak rasa yang best, kuih tu korang gentel la besar sikit dan letak gula melaka tu banyak2. Tapi masak tu jangan sampai pecah kuih tu sudah la. Lagi satu, kelapa parut tu jangan letak garam banyak sangat. Nanti ada pulak yang makan kuih kelopong sambil pegang dada pula.. =))

Kenangan Blog Mahallah

bismillahirrahmanirrahim..

Sebagai seorang blogger sejati (ok. ni tak tipu), aku memang suka dalam penulisan blog. Tak kisah la entry yang panjang lebar mahupun sekadar letak tajuk tanpa isi. Semuanya aku suka.

Aku mula berjinak-jinak dengan blogging ni since form 4 kat sekolah dulu. Aku terikut member2 sekolah aku yang lama yang aktif blogging. So, semangat ingin mencuba aku yang tinggi buatkan aku dah sangap sangat nak blogging. Sampailah sekarang, aku masih gemar meluahkan segalanya dalam blog.


Dan satu ketika, masa aku mula aktif dalam MRC, aku merasakan bahawa publisiti program MRC seperti tak ada langsung. Aku diberitahu yang setiap MRC ada blog mahallah sendiri. Maka, 'tercanak2' la (ni bahasa budak sekolah aku. sila jangan pikir bukan2) aku nak ambil alih blog tu. Memandangkan aku Setiausaha MRC mahallah aku, maka aku gunalah kuasa aku untuk ambil alih blog tu. haha.. (sedikit kuku besi di situ)

Aku bukanlah admin pertama blog mahallah. Setakat yang aku tahu, aku merupakan admin yang kedua. First admin was the one yang create blog tu. Aku mintak user name, password dan email mahallah. Lepas tu, aku terus bermaharajalela dalam blog tu. Dan aku sangat kuat dalam mempromosi blog tu. Di semua page CFS IIUM aku letak link untuk setiap update.. Alhamdulillah, ramai yang mendapat maklumat melalui blog tu.


Aku sedikit teruja. Kenapa aku teruja? Sebab niat aku untuk membuktikan yang MRC bukanlah badan berkuasa mahallah yang hanya tahu duduk kat mahallah office dan buat program sahaja. Tapi, nak membuktikan MRC peka dalam urusan yang berlaku di CFS. Itu apa yang aku rasa la. Aku tak tahu apa yang student lain rasa.

Tipulah kalau aku kata yang aku tak pernah kena hentam kat dalam blog tu. Ada satu ketika tu, di ruangan chatbox, ada seorang student yang meluahkan rasa tak puas hati apabila MRC tak peka dengan kebajikan student dalam mahallah itu sendiri. Aku tersentak. Oh. Aku terlupa. Kita MRC semua terlupa yang program bukan untuk bersuka2, tapi untuk kebajikan bersama. Dan YA! Aku sedar yang masalah dalam mahallah adalah masalah bersama.  =(

Aku sedikit excited bila mana setiap entry yang aku post mendapat komen dan like yang memberansangkan. YA! Itu yang aku rasa sebab sebagai blogger, aku nak tahu reaksi readers. Suka atau tak. Yedak?


Tu semua antara kenangan aku sebagai admin blog mahallah. Ya. Aku terlalu aktif dalam blog mahallah, sehingga adakalanya blog aku sendiri sudah makin banyak sarangnya. *sedikit sedih*

Dan bila mana aku nak tinggalkan blog mahallah tu, bila mana aku nak graduate dari CFS IIUM, aku sedih. Tipu la kalau aku kata aku tak sedih. Sebab aku dah anggap blog tu dah macam blog aku sendiri. Dan sehingga sekarang aku masih jenguk2 blog tu. Tapi aku tak sign in la. Sebab aku dah tak ada kuasa sebagai admin blog tu lagi.

In my memory. MAHALLAH ABU BAK'R, CFS IIUM.

Itu sahaja. TamaT.

notakaki : To the new mahallah blog's admin, I wish you all the best with the blog. Keep updating the blog, cause that's the most practical way for MRC to communicate with the students. (bg ucapan macam ada orang baca je.. haha)

Thursday, August 23

Gurauan Raya Yang Tak Boleh Diterima

bismillahirrahmanirrahim..

Salam Aidilfitri aku ucapkan pada readers walau dimana jua korang berada. Beraya, beraya jugak. Kesihatan dan keselamatan harus diutamakan jugak. Jangan makan banyak sangat, nanti sakit pulak kan...

Setelah beberapa hari aku off ni, aku nak sambung balik berblogging dengan beberapa situasi yang aku terinspirasi dari raya aku kali ni. Apabila kita beraya ni, kita sering bergurau senda dengan kaum kerabat, jiran tetangga mahupun sahabat handai.

Tapi adakalanya gurauan hari raya kita ni tak boleh nak diterima orang..

SITUASI 1

Nenek : Bedah, anak ko ni tak nikah ke? Dah boleh dah ni..
Bedah : Uish, mak ni. Kecik lagi nak kawen tu mak..
Nenek : Mana la tau kan. Nanti sekali lagi datang raya, dah bermenantu dah ko. Lagi sekali datang, dah bercucu dah aku..
Halim : InsyaAllah nek. Bila dah kerja nanti, Halim kawen la. Bawak cucu nenek sekali. Itupun kalau nenek hidup lagi la.. haha..
Nenek : 0.o *gulp* (kasar lawak budak ni..)


SITUASI 2

Kiah : Eh, Timah!! Lama dah tak jumpa ko. Apa kabar sekarang??
Timah : Alhamdulillah, sihat. Tu la, time raya jela kita boleh jumpa kan.
Kiah : Tau takpe. Dulu selalu kita main2 kat belakang sana tu kan. Tu pun time tu kita kecik lagi.
Timah : A'ah la Kiah. Masa tu pun ko pun kurus lagi. Sekarang dah gemuk betul ko kan. Ketat betul aku tengok baju ko. Ko tak pi cari kain kat Kamdar ke? Sana banyak kain tau. Ada promosi raya. Aku boleh tolong rekemen kan.. nak?
Kiah : o.0 (amboi. direct nya. ok. ni last aku jumpa ko..)


SITUASI 3

Jah : Sedap rendang ko ni, Peah. Buat sendiri ek?
Peah : A'ah la Jah. Semua aku buat sendiri. Sekarang pun barang dah mahal. Buat sendiri lagi senang. Ikut citarasa kita kan..
Jah : Aku sokong ko Peah. Sedap betul.. Meh hulurkan aku ketupat tu. Sedap benor ni.
Peah : Nah! (sambil hulur ketupat) Sedap sangat ke Jah? Terharu aku..
Jah : Sedap Peah. Aku tak bohong kau.
**Selang beberapa ketika..**
Jah : Peah, hulur aku kuah kacang tu. Lazat sangat ni, Peah.
Peah : Amboi, Jah. Berselera benor kau.. haha
Jah : Sedap sangat ni. Kalau anak2 aku dapat ni, habis semua ni. haha. Kat dapur ada lagi Peah? Anak2 aku mesti suka lauk ko ni..
Peah : o.0 (macam ko sorang je yang nak beraya hari ni..)


Ok. Situasi2 ni mungkin pernah jadi secara realitinya, tak pun pernah jadi dalam hati2 kita. Ya, mungkin kita tak cakap, tapi pernah terlintas di kepala dan hati.

Konklusinya, mati itu perlu diingati tapi jangan putuskan harapan orang lain untuk hidup. Kedua, percakapan kita kena jaga. Jaga hati orang lain. Jangan lepas je. Lastly, janganlah perabih semua lauk pauk orang kat rumah depa tu. Makan ala kadar cukup la. Yang penting, niat beraya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim.. =)

notakaki : SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN!!

Friday, August 17

Salam Aidilfitri Kepada Semua

bismillahirrahmanirrahim..


Aku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua followers dan readers yang sudi mengunjungi blog yang tak seberapa ni.

Aku nak mintak maaf dengan penuh pengharapan kepada korang semua. Korang maafkanlah dosa2 aku pada korang, sama ada korang tahu mahupun tak, maafkan dosa aku yang aku sengajakan mahupun yang tak disengajakan. Aku manusia yang berbuat dosa. Maka, ampunkanlah dosa aku ni. *drama sikit..*

Dosa sesama manusia kita mintak maaf sesama manusia, dosa dengan Allah kita mohon ampun dengan Allah. Hablu minan naas kene jaga, hablu minAllah pun kene jaga. Baru hidup berkat, yedak??

Kalau aku ada pernah berhutang dengan korang, sila tuntut dengan secepatnya ek. Takut nanti mati tak sempat pulak kan~~ Ajal bukan ditangan kita, itu semua urusan Allah. So, langsaikan hutang tu penting ye kawan2!!

notakaki : Kalau hutang jela tuntut. Kalau nak tuntut aku belanja, tunggu aku ada duit je la.. hahha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...