Followers

Saturday, August 25

Resepi : Kuih Kelopong

bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum readers. Kali ni, aku nak share satu resepi satu kuih tradisional masyarakat Melayu, iaitu kuih kelopong. Aku rasa ramai yang tak tau kuih kelopong tu ape kan..

Kalau korang duduk area Negeri Sembilan atau Melaka, korang akan familiar dengan nama ni. Maybe lain daerah lain namanya. Kuih kelopong juga dikenali 1Malaysia ni dengan nama KUIH BUAH MELAKA. So, resepinya ialah :


Bahan-bahan :

Air daun pandan yang dikisar halus
Tepung pulut
Tepung gandum
Garam
Kelapa parut untuk kuih
Gula melaka yang disagat kasar


Cara memasak :

1. Air daun pandan yang sudah dikisar tu perlu ditapis untuk buang hampasnya. Daun pandan tu dikisar kosong tanpa letakkan gula atau garam. Kasi pure punya...

2. Gaulkan tepung pulut dengan sedikit tepung gandum. Fungsi tepung gandum untuk mengelakkan kuih kelopong tu daripada lembik. Tapi, jangan letak terlalu banyak. Khuatir keras berdengkang pulak. Sikit2 sudah.

3. Masukkan air daun pandan ke dalam adunan tepung tadi. Air daun pandan tadi perlulah mencukupi jumlah tepung tadi supaya kuih kita nanti takda la nampak pucat je. Tapi kalau pekat sangat pahit pulak. Ala kadar je la..

4. Uli adunan tu sampai sebati. Guna tangan lebih sedap berbanding mesin. Sesudah siap menguli, 'gentel' atau uli adunan tu kepada bebola kecil. Buat sedikit ruang untuk meletakkan gula melaka ke dalam bebola kecil tu. Kemudian, 'gentel' semula untuk menutup ruangan tersebut. Pastikan lapisan kuih tu tak terlalu nipis, khuatir ia akan pecah bila masak nanti.



5. Sudah siap menguli, masukkan bebola tadi ke dalam air yang mendidih untuk di masak. Apabila kita letakkan kuih yang tenggelam ke dalam air tadi timbul di permukaan, bermakna kuih itu sudah masak.

6. Kemudian, kuih kelopong tadi perlu dimasukkan ke dalam kelapa parut (untuk kuih) yang sudah diletakkan sedikit garam untuk menaikkan sedikit rasa. Lumurkan kelapa tu pada permukaan kuih dan siap untuk dimakan.

Mudah bukan? Selamat Mencuba

notakaki : Kalau nak rasa yang best, kuih tu korang gentel la besar sikit dan letak gula melaka tu banyak2. Tapi masak tu jangan sampai pecah kuih tu sudah la. Lagi satu, kelapa parut tu jangan letak garam banyak sangat. Nanti ada pulak yang makan kuih kelopong sambil pegang dada pula.. =))

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...