Sebelum pape, korang baca news ni dulu.
KULIM – Tiada siapa di antara manusia yang mahu hidup tanpa tempat berlindung. Kepada yang berfikiran waras tentu sekali tidak mahu memilih jalan hidup sebegitu.
Namun, ramai antara kita terpaksa hidup bergelandangan akibat masalah peribadi masing-masing. Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 50-an yang ditemui Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) sebaik saja mendapat aduan daripada orang awam yang mendakwa lelaki itu mencuri makanan di surau.
Pengerusinya, Khor Eng Khim berkata, pihaknya menemui lelaki itu yang sedang tidur di tepi parit bersebelahan Stadium Mini Keladi kira-kira jam 12.30 pagi semalam.
Menurutnya, lelaki itu mengaku kerana terlalu lapar dia terpaksa mengambil sisa kuih dalam surau sebaik solat Terawih dijalankan lalu melarikan diri.
“Dia juga memaklumkan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan hidup gelandangan sejak lima tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, lelaki berkenaan berkata, dia tidak suka dituduh sebagai pencuri. “Aku ada minta pada mereka sedikit kuih tetapi mereka halau aku kerana aku kotor. “Orang selalu tuduh aku mencuri. Itu semua tidak betul.
Aku cuma mahu makan saja,” katanya. Dia berkata, sehingga kini tidak ada sesiapa atau pihak bertanggungjawab yang datang membantu.
Amacam? Apa pendapat korang?
Bagi aku la kan, si pengemis tu tak bersalah walaupun dia mencuri makanan tu di surau. Yang bersalah ialah orang yang menghalau dan menghina si pengemis tersebut. Kalaulah si pengemis tu dilayan sama rata sebagai seorang manusia walaupun berlainan agama, diberi makanan pula, adakah dia akan mencuri?
Mestilah tak kan.. Dan depa ni takyah nak susah2 bawak lelaki tu bawak pi balai polis. Haish... Kalau kita berbuat baik pada dia, walau kita tak kenal sekali pun, amalan kita tu akan dinilai baik oleh Allah. Untung2, dia peluk agama Islam sebab kemuliaan akhlak orang Islam. Kan?
notakaki : Salahkan orang bukan Islam sebab mengancam dan menghina Islam, tapi tengok balik. Sapa yang nak menjatuhkan Islam tu sendiri secara tak langsung? Bukan kita ke...
No comments:
Post a Comment