Followers

Thursday, March 4

test JPJ dan gaji pertama

bismillahirrahmanirrahim..

post kali ni sekadar ana nak kongsikan pengalaman dapat gaji pertama dalam hidup ana sebagai orang yang bekerja. and one more thing about test dengan JPJ untuk dapat lesen kereta....

sebagai seorang cashier, bukanlah loaded sangat pun. nampak je pegang duit beribu-ribu tiap2 hari. gaji ciput gak. tapi apapun, ana tetap bersyukur dengan apa yang ana dapat hasil titik peluh ana sendiri bekerja. puas jugak rupanya bila kita dapat hasil daripada kerja kita sebulan. cuma yang ana tak tahan tu, bila kena bahan shortage. nasib baik la bulan lepas ana short sikit je.. kalau sampai beratus, mahu tak berjanggut ana bayar.

mula2 tu, bila dah dapat gaji tu, rasa macam semua benda ana nak beli. tapi bila tengok duit bukan la banyak mana pun. ingatkan nak belanja family... tapi alang2 birthday mak ana dah dekat, beli jela present untuk dia. ana spent dalam RM200 untuk beli hadiah. orang kata membazir... tapi bagi ana, kalau hadiah tu membahagiakan orang yang kita sayang, berbaloi rasanya. ana suka tengok mak ana pakai baju kurung tu, nampak lawa..... apapun, bila dapat gaji ni, kita tak boleh lupa pada ALLAH. kalau bukan sebab DIA yang bagi rezeki ni kat ana, alamatnya... tak dapat la ana nak merasakan susahnya nak cari duit.. lagipun, sampai bila kita nak bergantung pada duit mak bapak kan...

ni lagi satu, ana nak cerita pasal test dengan JPJ untuk dapat lesen P kereta. ana test kat segambut.mula2 tu, waktu pagi sampai tu, memang kecut perut ana dibuatnya. sebab ana dengar banyak cerita pasal pegawai JPJ ni. ana yang garang la, kuat maki la... macam lagi la... ana doa banyak supaya JPJ tu lembut hati la nak bagi ana lulus test. alhamdulillah, ana lulus test tu dengan jayanya. ana dapat 18/20.. kira ok la tu...nak dapat full mark macam susah je kan... so, lepas ni boleh la ana meronda bawak kereta plak... (perasan lebih.. ;p) yang paling ana tak sangka ana jumpa sahabat ana kat ASiS dulu.. nama dia Sariy...memang tak terpikir langsung jumpa dia. ana ingat dia ada kat Kelantan. rupanya dia tinggal kat damansara kat rumah sepupu dia.. dia pun sama gak ngan ana, jadi cashier.. tapi dia cashier kat restoran..



alhamdulillah.. kami sama2 lulus ngan cemerlang sekali... hihi... dia tetap macam dulu... macam sariy yang ana kenal.. happy je.. ok la kan.. cuma kita sama2 la doa kan yang terbaik untuk diri kita dan agama kita.. tak lupa juga untuk sahabat kita. yela, SPM punyer result dah nak keluar da. kecut perut rasanya. 11 mac ni nantikan sebuah penentuan masa depan.. insya allah, kalau kita da usaha yang terbaik, kita akan dapat hasil yang terbaik untuk diri kita jugak..

wallahu a'lam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...