Followers

Friday, February 26

kenapa Muhammad diiktiraf sebagai Rasulullah?

bismillahirrahmanirrahim..

siang tadi, ana ada join satu majlis ilmu kat masjid berdekatan ngan rumah ana. so, ana nak kongsi la sket apa yang ana dapat tadi.

dalam satu hadis yang hasan sanad yang ringkas, Abu Umamah bertanya kepada Rasulullah, "ya Rasulullah, mengapa kau dipilih sebagai nabi?" then, nabi membalas, "da'ahu abi Ibrahim (ini berkat doa bapaku Ibrahim)"...

kalau diteliti hadis ini, kita mesti tertanya2, kenapa nabi jawab "BAPAKU IBRAHIM".. kenapa tak "BAPAKU ABDULLAH".. sebenarnya, jawapan nabi ini merupakan serampang dua mata kepada pemilihan baginda sebagai Rasulullah.. sewaktu nabi ALLAH Ibrahim dan Ismail membina Kaabah, baginda khuatir kalau sekiranya Kaabah akan dicemari oleh dosa2 manusia dan maybe akan diruntuhkan. so, he prayed to ALLAH, "ya ALLAH, Kau kurniakanlah dari keturunanku ini seorang nabi akhir zaman yang akan memelihara Kaabah ini. maka, termakbul la doa nabi Ibrahim ini..

tapi, bila nabi da dipilih sebagai Rasulullah, orang yahudi tidak bersetuju dan membantah dengan pemilihan tersebut. sebab diorang beranggapan bahawa nabi akan dipilih dari puak yahudi. so, bila Muhammad dipilih dari kalangan orang arab, diorang tak puas hati and sebab tu orang yahudi tak suka nabi Muhammad. pasal jawapan nabi "BAPAKU IBRAHIM" tu, sebenarnya... nabi Ibrahim mempunyai dua isteri, siti Hajar dan Siti Sarah... hasil perkahwinan dengan Siti Hajar, baginda dapat Nabi Ismail yang akhirnya sampai ke keturunan Nabi Muhammad.. ngan Siti Sarah palk, dapat nabi Ishak. Ishak plak berkahwin dan dapat nabi Ya'kub. dan dari Ya'kub, dapat keturunan yahudi. actually, Ya'kub dalam bahasa lama disebut sebagai Israel. so, Israel tu merujuk kepada nama orang, bukan bangsa... maka, orang yahudi sepatutnya mengiktiraf nabi Muhammad kerana mereka dari keturunan nabi Ibrahim..



Nabi Muhammad sebenarnya perlu diiktiraf sebagai Rasulullah oleh penduduk dunia. bagi orang Islam, dah pasti kita kene mengiktiraf baginda dan membenarkan ajarannya. bagi orang kristian plak, nabi Isa dah berjanji kepada orang Nasrani ketika itu bahawa akan ada seorang nabi akhir zaman yang diutus dari kalangan bangsa arab dan mereka perlu mengikutinya. kalau orang Nasrani atau kristian ni taat kepada nabi mereka, maka mereka perlu mengikut apa yang diperintah kepada mereka. janji ini ada disebut di dalam al-Quran.. so, kristian perlu mengiktiraf Islam sebagai agama kebenaran..

maka, dah terbukti lah bahawa nabi MUHAMMAD perlu diiktiraf sebagai Rasulullah dan segala apa yang disampaikan oleh baginda perlu dilaksanakan dan diamalkan..

wallahu a'lam...

2 comments:

Haziq Al-Fateh said...

allahumma solli ala muhammad...Muhammad contoh ikutan terbaik sepanjang zaman.

Namun masih ada umat Islam yg berdegil dan enggan mjdkan Rasulullah sbg role model.

epit said...

btol tu haziq.... ak sokong sgt pasal benda tu.. umat akhir zaman ni jenis yg x ingat diri. dah la orang Islam, tp x sedar2 diri tu Islam.. prangai ngalahkan kfir2 yg ada kat luar sana.. Islam n nabi muhammad x salah dalam mengajar n bentuk pribadi kita, cme kita ni je yg x tau apa nilai2 dalam Islam n nilai perjuangn rasulullah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...