Followers

Wednesday, February 3

ini dah melampau...

pagi tadi, ana ada masuk web ni lepas baca satu buletin di myspace. terkejut sungguh ana apabila ana jumpa pelbagai gambar dan hinaan terhadap Islam yang sungguh menyakitkan hati semua umat Islam.. ni address nyer..

http://beritamuslim.wordpress.com/category/kartunkomik-islami/

address ni ada menghina ALLAH, nabi muhammad, al-quran dan macam2 lagi. ana rasa nak hentak je monitor ni bile baca benda tu. tapi tak bole nak hentak, nanti rosak monitor ana. yang hairannya, pembuat laman ini merupakan seorang indonesia yang ana rasa beragama Islam tetapi sengaja memecahbelahkan umat Islam sendiri. pelbagai hinaan dan cercaan yang sungguh menyakitkan hati. tidak puaskah mereka ini untuk meruntuhkan Islam.

sebenarnya, kalau kita fikirkan, ramai masyarakat dunia hari ini menentang ajaran Islam sahaja. perasan kah kita tentang benda ni???? ada tak kita dengar kes masyarakat dunia menghina atau membuat karikatur tentang agama buddha atau hindu atau yang lain2?? setahu ana, tidak ada lagi. jadi, mengapa mereka sakit hati sangat dengan Islam ini????? melainkan mereka tahu bahawa Islam merupakan agama yang benar lagi suci dan membawa ke arah kebenaran.. mereka takut kalau agama mereka tergugat dengan perkembangan agama Islam yang suci ini.. ingin ana ingatkan bahawa Islam tidak berkembang melalui mata pedang atau mata senapang atau apa2 lah.. Islam berkembang melalui akidah yang mantap kepada ALLAH swt.

tuan punya laman ini sebenarnya seorang yang sangat jahil lagi bodoh serta tidak tahu menahu tentang apa yang Islam ajarkan kepada umatnya. dia boleh dikategorikan sebagai seorang yang gila la kot.. bayangkan.. orang yang tak tahu apa2 tentang sesuatu, tiba2 mengutuk lagi menghina pasal benda tu. tak ke gila namanya.. dia menuduh nabi muhammad mengahwini saidatina aisyah yang berusia 9 tahun kerana gila seks.. tak ke bodoh namanya tu.. tentu ada sebab nabi mengahwini saidatina aisyah.. semua benda yang nabi muhammad lakukan ada benarnya dan segala ketentuan ALLAH ada hikmahnya..

ana sebenarnya nak masukkan imej yang ada dalam laman tu.. tapi ana tak nak cemarkan blog ana ni dengan imej yang menghina Islam secara keseluruhan.. tapi, apa yang ana dapat terangkan, imej2 yang ada dalam laman tu semua menghina agama kita. dia menghina al-quran yang dikatakan ayat2 setan, nabi muhammad seorang terrorist dan gila seks dan macam lagi yang ana tak dapat nak ungkapkan dengan kata2. sungguh sakit hati ini sehinggakan rasa nak menangis pun ada..

da macam2 cara orang kafir berusaha untuk menjatuhkan Islam. tetapi Islam tetap berkembang. namun, apa yang menyedihkan, orang Islam sendiri berpendirian tidak melambangkan imej sebagai seorang Muslim langsung. sungguh memalukan. siapa yang paling banyak mencuri?? orang Islam.. siapa yang paling banyak terlibat dengan dadah? orang Islam .. siapa yang selalu melakukan maksiat?? orang Islam.. semua orang Islam.. apa nak jadi dengan orang Islam kini??? Islam itu sempurna dan ana tidak menyalahkan agamanya... tetapi ana menyalahkan penganutnya yang tidak berperilaku seperti apa yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri..
wallahu a'lam....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...