kehidupan bekerja rupanya amat memenatkan.. kadangkala tu, amat memeritkan.. tapi nak buat macam mana, kehidupan mesti diteruskan demi mencari rezeki. kini, ana sudah masuk dalam alam perkerjaan sebagai seorang cashier di parkson. ana kerja full time.. pagi sampai malam. tapi untuk sementara waktu jela.. bila da dapat offer nanti, ana berhenti la.. kalau nak diikutkan, kalau tengok pada gajinya, memang la tak berbaloi. tapi, apa yang sebenarnya yang ana inginkan ialah pengalaman sebagai seseorang yang bekerja. sekarang, barulah ana sedar betapa perit dan jerihnya parent ana carikan duit untuk family.
pengalaman sebenarnya mengajar kita erti kehidupan sebenar. segala perkara di dalam dunia ini mesti kena hulur duit dulu.. orang kata, no money no talk.. begitulah hendaknya kehidupan ni. sampai nak masuk toilet pun kene bayar 20 sen. alahai!!!!
tapi, pernah tak kita fikir bahawa apa yang kita dapat hari2 tak payah nak hulur duit!!! apa benda yang kita dapat free zaman sekarang ni??? semua kena bayar.. tapi kita kena ingat, ada satu "ketua segala ketua" ni yang bagi kita free je hak milik Dia.. tak payah nak pakai kredit kad, takpun pakai cek.. semua free.. Dia lah Allah Azza Wajalla yang sering lengkapkan kita dengan roh serta jasad selagi belum masanya tiba.. segala pancaindera ni kita dapat free je. dah la tu, "teknologinya" pun dahsyat sekali. ada tak kita pernah terfikir pasal benda ni??? ada tak datang bil bulan2 mintak sewa atau cukai guna dua biji mata ni??? tak pun kena bayaran ansuran berserta faedah sebab guna nyawa??? dah tentu la tidak.. so, semua benda ni free. tapi free bukan macam tu je.. kena la disertakan pulangan balik sebagai imbalan kita meminjam barangan kepunyaanNya.. kenalah kita guna segala kurniaan ni dengan sebaiknya.. jangan guna ke arah maksiat pulak..
itulah kerja kita dalam kehidupan seharian.. Allah dah berfirman, "tidak aku jadikan jin dan manusia selain untuk beribadah kepadaKu"
kerja ni memang la kita tak nampak gaji tiap2 hujung bulan.. tapi kita akan nampak di akhirat yang kekal abadi nanti..
wallahu a'lam..
No comments:
Post a Comment