Followers

Wednesday, January 27

antara harapan dan tangisan....

baru-baru ni, kementerian pelajaran ada umum pasal sekolah berprestasi tinggi (SBT) kat tv. tapi ramai budak ASiS tak puas hati sebab ASiS tak tersenarai dalam top 20 SBT. ana pun macam tak puas hati gak, tapi nak buat macam mana... ana tak ada kuasa nak ubah. kebanyakan sekolah yang tersenarai tu semua sekolah premier.. ni senarai top 20 SBT..

Sekolah berasrama penuh:
1. Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak
4. Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya
5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH), Kedah
6. Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang
8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
9. Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya
10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC), Melaka

Sekolah menengah harian:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang

Sekolah rendah:
1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru

ana sedih gak la sebab ASiS tak ada dalam list ni. redha jela.. semua warga ASiS memang mengharap sangat untuk dapat SBT nie. bukan apa, kalau dapat SBT ni, semua OASIS senang nak dapat scholarship sebab nama SBT tu. ustaz khir kat sekolah pun mengharap sangat dapat benda nie, siap buat solat hajat lagi.. tapi nak buat camne, dah takde rezeki..

tapi, ada satu lagi hal yang ana rasa agak terkejut jugak la bile ana dengar cerita ni. petang tadi, ada budak form 5 ASiS call ana. nama dia Ar Afiq. ana memang rapat ngan dia sejak dia form 4 lagi. dia call guna public phone kat sekolah (banyak plak duit dia nak call phone ana).. perbualan kami ada la lebih kurang macam nie...

ar afiq: hello... wei, nazrin.. ko tau tak pasal sbt???
ana : tau.. ASiS x dapat. nak buat camne.. da tak ada rezeki.
ar afiq: tu la nak cakap ni. ko tau tak, cikgu razmi nangis wey pasal tak dapat sbt..
ana : ha!!!!! nangis!!! ko biar btol... kesian giler kat dier..
ar afiq: tu la.. dia btol2 harap skola kita dapat sbt tu..

lebih kurang macam tu la dialog kami.. sebenarnye panjang lagi tapi ana ambik yang ni je sebab yang lain tu rahsia.. hehehe.. kita dapat lihat sekarang, macamana harapan menggunung seorang guru terhadap kejayaan sekolahnya. memang la kita akan sedih kalau sesuatu yang kita hajatkan tak dapat nak direalisasikan. sebenarnya, Allah tak bagi kita dapat top 20 sbt tu sebab Allah nak bagi kurniaan yang lebih baik daripada tu.. mana la tau.. ASiS dapat tempat pertama kebangsaan spm 2009.. paling koman pun, dapat first place untuk ranking sbp.. semua kejadian ada hikmahnya dan semua kekecewaan ada kegembiraannya.. so, kita sebagai hamba dan khalifah di bumi Allah ni, kita mesti teruskan perjuangan kita..

tangisan tu kadang2 amat memeritkan.. tapi kita kena yakin yang Allah akan bagi kita tangisan kegembiraan kelak.. amiiiin.. wallahu a'lam...

4 comments:

Anonymous said...

salam nazrin..
rmai jg yg dh stat sangsi dgn sbt nih..
ye la,ade sklh2 "tertentu" yg rasenye cm layak,tpi x dpt..
tpi,lbih baik kite xyah prtikai kn?
ye la..kmenterian pljrn lg tau spe yg lyk,pnilaian adil dn saksama,..
so,msti yg dpt tu lbih baik dri kite..
haha,bile pk2 blik,aku rse kite ssh skit nk dpt spm no. 1 thn ni,saser pun same..
plg2 pun no 11,12..haha
sbb y sbt 10 bijik tu top2 sume..haha..am i rite?
:-)

Nadly said...

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Baqarah,2:216.

Mudah-mudahan ASiS terus konsisten,Insya Allah.

epit said...

to anonymous:
aku rasa x kot.. ak rase kita masih lagi ada harapan nak dapat no 1 spm ranking sbp.. sbb sbt tu pilih skul yg all rounded.. kita ni kira power kat akademik kot.. yg len cam tak kuat sgt.. saser yg atas kita pun x dpt sbt.. saser pun power kat akademik je ak rase..
wallahu a'lam..

Haziq Abdullah said...

betul tu nazrin...harapan masih ada dan peluang utk berdoa masih ada. well nice blog nazrin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...