Followers

Friday, January 22

hak saudara kita...

isi ni ana ambil dari kuliah zohor yang ana dapat kat masjid al-ikhlas dekat ngan rumah ana.. untuk post kali ni ngan post yang berikutnya, ana nak guna bahasa melayu la sbb ana nak sampaikan sesuatu yg berkaitan ngan dakwah 'n' ilmu. so, ana rasa selesa sket klu guna bm ni.. sbnrnye... saudara seIslam kita ada 6 hak yg kita perlu laksanakan..

1. kalau kita bertembung ke, x pun berjumpe ngan saudara seIslam kita, kita disunatkan bagi salam kat dia. tapi, kalau kita diberi salam, kita wajib jwb salam.. itu nabi kata. tapi, ramai yang persoalkan, kalau kita bagi salam, tapi saudara kita ni x jawab.. x kan la kita nak maki hamun dia plak sbb x jwb salam kita?? sbnrnya, dalam satu perang zaman nabi dulu, sahabat ada memberi salam pada nabi. banyak kali sahabat ucap salam.. tp, nabi x jwb... lps perang tu, nabi ckp, kalau kita bagi salam, mesti tgk keadaan dan situasi semasa. maksudnya, jgn la bagi salam waktu perang ke, tgh qada' hajat ke.. x sesuaikan. tp, nabi galakkan kita menyampai2kan salam utk eratkan silaturrahmi antara kita..

2. kalau saudara kita jemput kita ke majlis2, maka, nabi kata, penuhilah hasratnya itu.. ada ulama mengatakan bhw kalau dijemput ke majlis walimatul urus, maka wajib hadir selagi mampu. kalau tak, berdosa. yela, kalau orang buat majlis ke, kenduri ke, mestilah org tu harap kita datang majlis tu kan. tapi, ulama kata, kalau kita pergi majlis semata2 nak makan, pelahap semua lauk pauk org, maka perkara itu batil. x betol 'n' salah sama skali..

3. kalau saudara kita minta nasihat utk kehidupannya, maka fansoh lahu.. berilah nasihat yang baik. kalau sedara kita tu nak mintak nasihat mcm mana nak berjaya dlm hidup, mcm mana nak urus kewangan ngan baik, mcm mana nak urus bini ngan baik... maka kata nabi fansoh lahu... menurut Imam Nawawi, manusia ni kalau dia mintak nasihat ni, ada dalam 2 keadaan. yang pertama kata Imam Nawawi, kalau saudaramu mintak nasihat dalam urusan dunia, berila dia nasihat. kalau dia x mintak, x usah le nak menyibuk jaga tepi kain org.. maksudnya, tak perlu nak memandai enterframe hal org lain... tp, yang kedua, kalau saudara mu itu buat sesuatu yang ada kaitan ngan hak Allah, maka kita wajib cmpr tangan dalam urusan itu walaupun x diminta. misal kata, sedara kita ni nak kluar Islam, maka wajib kita nasihat dia supaya kembali ke pangkal jalan.

4. kalau saudara kita bersin, lalu dia ucap alhamdulillah, maka kita jwb la ngan yarhamukallah.. kerana bersin ni ada 2 jenis kata Imam Syafie... satu bersin nikmat, satu lg bersin penyakit. kalau bersin nikmat, kita cakap la alhamdulillah.. maka org yang dgr ni perlu jwb yarhamukallah. ni satu doa sbnrnye.. tp jwb bile sedara kita ucap alhamdulillah je la.. kalau dia ucap excuse me... kita diam je la..kalau bersin penyakit plak, kata Imam Syafie, kalau dia asyik bersin je, maknenye dia x sihat la tu.. maka kita ucaplah syafa Allah.. kita doakn dia cepat smbh..

5. kalau saudara kita sakit, maka ziarah la dia.. kerana Allah kata, sesiapa yang menziarah org sakit, seumpama dia menziarahiKu.. sbb Allah sentiasa bersama org yg sakit ni.. sbb tu doa org yg sakit ni makbul.. tapi, kata ulama, klu nak ziarah org sakit ni, kene ada adab. yang pertama, kene pilih masa yang sesuai la.. jgn waktu tgh malam plak nak gi. sedara kita tu baru nak rehat. yang kedua, ziarah kita tu dengan tujuan utk menambahkan rasa tawakal pesakit kpd Allah.. kita nasihat dia, kita bagi semangat kat dia.. baru la dia rasa fresh sket..yang ketiga, pendekkan waktu ziarah. jgn la dari pagi membawak ke petang asyik duduk kat sebelah dia je.. sedara kita tu pun perlu masa rehat. tak payah nak borak lama sgt.. yang terakhir, kita doakan utk dia sembuh. mintak dia doa sekali utk diri dia. x payah nak bwk epal ke, bunga ke.. sbb dalam kitab fiqh, xde benda tu sume.. ni tidak, asal nak jumpe org sakit, bwk buah sampai satu bakul.. psikologi org sakit ni, dia x nak benda tu sume.. org kata da x selera.. kita bwk doa untuk dia, barula btol.

6. kalau saudara kita meninggal, maka hantar la jenazah sampai ke kubur. ulama pula berpendapat, kalau da hantar sampai ke kubur dituntut, maka proses sblum tu lebih aula lagi.. maknanya, kene mandi, kafan dan solat kan jenazah.. x payah la bwk satu masjid pergi mandikan jenazah.. maknanya, kene sesuai ngan family ngan persekitaran la..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...