bismillahirrahmanirrahim..
menjelangnya tarikh 12 rabi'ul awal ni, tak sabar rasenye.. bukan ape, tarikh ni la yang ana rasa special sangat sebab tarikh tu merupakan tarikh seorang manusia yang unggul kat muka bumi ni dilahirkan. tapi yang sedihnya, bila ditanyakan pasal tarikh ni.. ramai yang tak tau.. sedangkan tarikh ni la yang da mengubah dunia kita ni.
tanggal 12 rabi'ul awal, tahun gajah, lahirnya seorang insan yang mulia ke bumi ini. baginda diputerakan dalam keadaan yatim dan dalam kehidupan yang baik. baginda dipelihara oleh ibunya dan datuknya sebelum diserahkan kepada pakciknya. baginda telah menerima Khadijah sebagai isterinya pada usia 25 tahun dan telah menerima wahyu pertamanya di Gua Hira' pada usia 40 tahun..
baginda telah melalui pelbagai ancaman dan dugaan yang sangat hebat dalam menyampaikan seruan Islam dari Ilahi. segalanya diharungi dengan penuh kecekalan dan kesabaran. diancam bunuh dan sebagainya. pernah kah kita mendapat sehebat begitu dalam menyampaikan dakwah Islamiyah??? ana tak rasa ada di antara kita ini yang mendapat tentangan sedemikian. lihat betapa unggulnya nabi kita ni.
walaupun dalam keadaan begitu pun, baginda masih tetap dalam misinya. yang penting, baginda dapat menyebarkan agama Islam.. hasilnya, hampir 2/3 dunia telah Islam takluki. takluk di sini bermaksud seruan Islam telah sampai ke hati nurani manusia sekalian untuk menerimanya.. alangkah hebatnya perjuangan nabi kita ni.
lengkap dengan sifat mahmudah yang sangat tinggi, khatimul anbiya' ini patut menjadi qudwatul hasanah (sebaik2 ikutan) oleh sekalian manusia... maka, apalah salahnya untuk kita meluangkan masa untuk nabi kita yang telah berjuang menyebarkan Islam selama 23 tahun.. ayuhlah kita berselawat kepada baginda agar kelak, di akhirat baginda akan ingat kepada kita dan mudah2an kita mendapat syafaatnya kelak..
"allahumma solli 'ala saiyidina muhammad, wa 'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim"
wallahu a'lam...
No comments:
Post a Comment