setiap tahun tarikh 14 februari pasti akan dikenali dan diingati sebagai hari valentine atau hari kekasih. pada tarikh inilah, manusia seluruh dunia akan menghargai kekasih mereka dengan cara mereka sendiri. hari kekasih ini diasaskan oleh orang Kristian yang ada bersangkut paut dengan kejayaan paderi mereka dalam meruntuhkan Islam. tapi apa yang amat menghairankan lagi memusykilkan, hari valentine ini juga disambut oleh orang Islam sendiri. kalau ditanyakan tentang tarikh 14 februari, dengan pantas mereka dapat menyatakan apa yang special tentang hari tersebut. cuba kalau kita sebut 26 februari, siapa yang tahu apa yang special hari itu??? pasti ramai yang terpinga2 kan... carilah sendiri.
tak perlu tengok yang jauh2 la.. tengok di negara kita sendiri sahaja. pabila menjelang sahaja 14 februari, setiap pasangan kekasih melayu dan Islam yang tidak berpegang pada prinsip Islamiyah pasti akan menyambutnya dengan cara yang keji. ada yang sanggup bergadai akhlak dan maruah demi membuktikan "kesucian" cinta mereka. kononnya, ini sebagai tanda cinta mereka kepada pasangan kekasih mereka. jahil benar mereka ini. bukankah Islam sudah meletakkan hubungan seks itu sebagai sesuatu yang suci dan ia seharusnya dilakukan dengan lunas pernikahan. itulah sikap manusia. ada cara yang halal, nak juga cari cara yang haram. yang haram pula, mereka halalkan. apa nak jadi..
sedih betul ana dengan situasi yang melanda umat Islam sekarang. nama sahaja Islam, sekadar "beragamakan" Islam di mykad, tapi perangai dan akhlak mengalahkan orang kafir. cuba kita renung sebentar, siapa yang banyak mengunjungi kelab2 malam di kota2 yang pesat. bukankah orang Islam yang banyak mendominasi tempat tersebut??? yang banyak berpelukan , berpegangan tangan malah lebih daripada itu. mereka ini hanya merosakkan kesucian Islam di mata orang bukan Islam.
yang terbaru ini, ada sebahagian penuntut di IPTA(tak tau la IPTA mana) yang menganjurkan "no panties campaign" sempena hari kekasih. siapa yang jadi dalang? orang Islam... apa nak jadi ni. sungguh memalukan. ana rasa, orang bukan Islam yang lain pun tak terlintas nak buat kempen macam tu. istighfar panjang ana.. dalam rancangan Tanyalah Ustaz yang disiarkan di TV9 baru2 ni ada menerangkan tentang tajuk Mahram. waktu itu, ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman yang kendalikan rancangan tu. beliau menyatakan dalam Al-Quran, ALLAH menyebutkan tentang penzina. namun, ALLAH menyebutkan "penzina perempuan dan penzina lelaki".. mengapa ALLAH menyebut yang perempuan dahulu??? kerana pada wanita itu terdapat tarikan nafsu pada orang lelaki. maka, sebab itulah, hubungan sosial kita tidak boleh terlalu bebas. yang wanita tu berpada2 lah dalam pergaulan. biarlah orang nak kata, "kau ni tak sosial la..." asalkan maruah dan akhlak kita terpelihara.
muhasabah lah diri kita ini. renungkanlah tentang nasib diri kita dan nasib Islam secara keseluruhannya. janganlah sampai apa yang kita lakukan ini akan mencacatkan serta mencemarkan kesucian dan kemurnian Islam. hari valentine atau hari kekasih ni bukan untuk disambut atau diagungkan, tetapi untuk dicegah dan dijauhi..
wallahu a'lam..
No comments:
Post a Comment