Followers

Thursday, February 18

kawan dan sahabat...

bismillahirrahmanirrahim..

pertemuan dengan seseorang yang kita rapat dan mesra memang amat membahagiakan. apatah lagi orang yang kita jumpa itu orang kita sukai. tapi ingat cinta kita ini tidak boleh terbanding dengan cinta dan kasih kita kepada Pencipta kita. itulah yang ana rasai semalam. sedang ana syok2 keje kat dalam kaunter, tiba2 seorang kawan lama ana datang. nama dia Mustain (mus). dia ni kira rapat gak la ngan ana. tak sangka gak. dah lama dah tak jumpa. kitorang sama sekolah menengah dulu masa kat smk ideal heights sebelum ana pindah ke ASiS. lepas tu memang ramai gila yang ana jumpa, kawan dari sekolah rendah sampai la sekarang.. semuanya masih segar dalam ingatan.

tapi ana ni jenis yang senang nak cam muka orang, tapi memang susah nak ingat nama. mintak maaf la pada sesapa, manalah tau jumpa suatu hari nanti, ana tak tegur ke. ana memang kenal orang, tapi tak ingat nama. takut salah orang plak. ana takkan lupa muka orang, tapi nama ana tak jamin.. hehe..



tak ana nafikan, kat tempat kerja ana kat parkson tu memang ramai kenalan dan sahabat ana. ada yang memang dah lama tak jumpa, ada yang cam baru2 lagi. semuanya mengimbau kembali segala kenangan bersama waktu kat sekolah dulu. memang indah. betullah orang kata, bila kita dah kerja, kita mesti rasa nak balik semula ke sekolah.

persahabatan mengajar ana erti kehidupan. ana akui, dulu memang ana obses pasal kawan2 ni. bukan apa, waktu dulu kan kita kecik lagi, so ana rasa semua kawan ana ni adalah hak milik ana. maksudnya, orang lain tak boleh nak kawan ngan diorang. sampai cam tu skali ana waktu tu. ada sekali tu, waktu darjah 6, ana boleh gaduh ngan kawan ana yang lain sebab diorang berkawan ngan sahabat ana yang sorang ni. tapi bila sahabat ni pindah, baru ana rasa yang sebenarnya, sahabat ni merupakan "nyawa" persaudaraan kita. sahabat bukan hak milik sesiapa. sahabat ialah peneman kita waktu kita suka dan duka.

sekarang ana dah ada ramai kawan, tapi sahabat cuma ada beberapa. yang itu, biar ana saja yang tau. sahabat ngan kawan ni berbeza. bagi ana, kawan ni ialah orang yang kita rapat cam gitu2 je. tapi sahabat, orang yang sanggup menemankan kita waktu kita suka dan duka. kawan waktu suka, gelak tawa, memang ramai... kawan waktu duka, sedih, kecewa.... susah dicari.. alhamdulillah, ALLAH kurniakan ana sekumpulan sahabat dalam hidup ini.. terima kasih, ya ALLAH.

4 comments:

Aizat Zulkarnain said...

nazrin..betul tu..btw,sape sahabat ko tu??
hahha(cubaan mengorek rahsie!hihi!)teringat semua kngn kite bersama..(marhaban especially!hahha..)aic lah of course..eyh,air mate aku kluar lak la..isk3..sebak lak rasenye..rindu sgt2 dgn korang smua..siyesly tak tipu..sebak sgt2..ttbe jea..hmm..will never ever forget those memories with u guys,insyaallah.. :-/

Haziq Al-Fateh said...

alhamdulillah nazrin, aku masih ingat muka kau...suara kau yg paling aku x boleh nak lupa

"PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR ASIS, JAM MENUNJUKKAN TEPAT PUKUL 5.30 PAGI. ANDA DIMINTA BANGUN DAN BERSIAP2 UNTUK MENGERJAKAN SOLAT SUBUH SECARA BERJEMAAH"

that was the most significant about you dude...hahaha

epit said...

korang ni buat ak sedey la...

aizat: aku pun takkan lupa tu sume.. setiap detik kita kat asis sebagai "sahabat" akan ak kenang.. (bocor lak rahsia..hehe!!!) tak kisah la klu kita ada gaduh ke, ape ke.. da mmg adat bersahabat..

haziq: thanx sebab sudi jd sahabat ak.. pasal suara tu, mungkin da x dpt dgr lg... biar la orang len plak yg ganti..

epit said...

pada mana2 kawan dan sahabat ak...
ak hadiahkan lagu ni tuk korang...
lagu "selamat berjuang" daripada Brothers..
hayati bait2 lirik nya..
dan kenang la tika kita berjuang bersama sahabat kita..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...