melihat kepada tajuk post ana kali ini, tiada niat ana nak burukkan sesiapa atau membuat fitnah terhadap sesiapa. ia sekadar luahan perasaan dan salah satu cara ana nak dakwah kepada yang membaca. at least, kita ada buat sesuatu terhadap kemungkaran yang kita lihat, iaitu menasihati yang lain supaya tidak terjebak dengan maksiat ni...
perkara ini berlaku depan mata ana dan ana sangat tergamam dengan saudara seIslam kita ni yang agaknya.... entahla.. susah ana nak explain.. begini, kita ambillah iktibar daripada perkara ini dan kita sampaikanla mesej ana ni kepada yang lain..
semalam, ana nak tumpang kereta kawan sekerja ana nak pergi solat jumaat.. so, kami bertiga la.. ana, kawan ana ngan sorang lagi member... so, kitorang pegi la solat jumaat.. da habis solat tu, kami pun bergerak balik la ke tempat kerja untuk sambung balik kerja.. so, myvi yang kitorang naik tu pun keluar la dari perkarangan masjid.. member yang sorang lagi tu yang bawak kereta. die kata nak singgah bank jap.. so, kitorang x kisah la.. sebab nak masuk kerja pun sempat. tibe2, kitorang berhenti kat depan kedai TOTO 4D.... kedai perjudian.. so die keluar la dari kereta tu... ana ngan kawan ana tu pun pandang sesama sendiri.. kawan ana tu kate nombor tu untuk kawan kepada member yang tadi tu... punyer la terkejut yang amat ana rase..
kawan ana tu kate, kawan yang kirim nombor ekor tu sudah diajak solat oleh member tu.. tapi die tak nak ikut... da tu, die bole plak mintak kirim nombor ekor... istighfar panjang ana... luruh rase jantung bile dengar benda tu..
yang mamat tu dah la diajak pergi solat jumaat kat masjid, tapi dia tolak... da satu dosa. bole pulak die mintak kirim nombor ekor.. dia tak malu ke kat member yang dia mintak kirim tu.. fikir la sedikit, member tu pergi solat lepas tu pergi beli judi... astaghfirullahal 'azim... lepas tu bole pulak die cakap, "kalau kene tangkap ngan pegawai agama ni, mampos!!!!" dalam hati ana, "die tu takut dan malu kalau kene cekup ngan pegawai agama, tapi dia x malu dan rase berdosa ke dengan ALLAH yang senantiasa perhatikan tingkah laku dia????"
kita ni sebagai manusia perlu sedar bahawa kita ni ada batas yang perlu dijaga seperti yang diajar oleh agama Islam.. tak payah rase takut hanya pada manusia kalau kita buat jahat, sebaliknya kita perlu lebih gerun dan takut untuk buat dosa sebab Allah sentiasa mengawasi kita... itu yang perlu diutamakan... ini tidak, lebih malu depan manusia, tapi tidak di hadapan Allah....
lagi satu, kalau kita tau yang kita ni buat dosa, x payah la nak "top up" dosa kita ni dengan dosa yang lain.. da tu, kita suruh orang lain pula yang buat dosa sekali ngan kita... mana hilang nya jati diri kita sebagai seorang Islam yang sejati.. janganla hanya harap agama kat IC je Islam... tapi akhlak mengalahkan orang kafir... first time ana jumpe orang Islam sebegini.. entah2, lagi ramai kot kat luar tu yang lagi terok daripada ni... nauzubillah...
konklusinya, kita ni perlu sedar akan kesalahan yang kita lakukan dan janganlah kita tambah dosa kita serta libatkan juga orang lain dalam aktiviti kita yang berdosa tu... kene fikir bahawa agama sentiasa yang pertama.... tak kisah dalam apa jua keadaan..
wallahu a'alam..
No comments:
Post a Comment