Followers

Sunday, April 25

program motivasi sains & al-quran di ASiS (part 1)

bismillahirrahmanirrahim..

satu program telah diadakan di sekolah ana yang lama, iaitu ASiS. program tu berkenaan dengan sains serta kaitannya dengan al-quran. kalau nak diikutkan, memang banyak sebenarnya kaitan al-quran dengan sains moden ni. bayangkan, al-quran yang diturunkan untuk umat Muhammad telah diterima oleh nabi lebih daripada 1400 tahun yang lalu. subhanallah... betapa Islam ini merupakan agama yang syumul dan merangkupi segenap aspek kehidupan, tidak kiralah moden mahupun tradisional... so, ana nak ceritakan serba sedikit pengalaman ana dalam pengembaraan ana dalam menyebarkan dakwah Islamiyah untuk para pelajar..

23/4/2010

ana dapat jemputan daripada abang mizan pasal program ni dalam 2 minggu sebelum benda tu diadakan.. so, pagi tu, ana dapat mesej daripada seorang ikhwah, namanya Hanafi. dia mesej ana nak dapatkan kepastian for ana punya transport. ana katalah ana takde transport nak pegi sana. mulanya, abang hanafi kata nak ambil ana kat lrt bandar tu razak. then, dia cakap azhar (senior ana) pun ikut sekali, so dia suruh ana follow azhar je la. ana pun orait je.. tetibe, abang mizan mesej ana suruh tunggu kat lrt bandar tasik selatan.. nanti ada ikhwah lain yang akan ambil ana.

so, ana pun bertolak la dalam pukul 4 macam tu la... naik teksi, then ktm kepong sentral terus ke bandar tasik selatan.. faham2 je la, hari jumaat=hari kerja=tren, jawabnyer ikan sardin la.. dah la ana ni bawak beg segala macam, ditambah dengan ramai orang pulak tu. fuh... macam sardin penyek la.. tuhan je tahu perasaan ana time tu.. da hampir setengah jam bersesak2, sampai la ana di lrt bandar tasik selatan. ana mesej la abang mizan yang ana ni da sampai kat tempat tu. then, dia kata nanti abang faridul akan ambil ana..

al-kisah, abang faridul call la ana. time tu nak dekat pukul 6.30... ana cakap la ana da kat bandar tasik selatan. abang faridul kata dia tak tau jalan nak pegi lrt tu... then, dia tanya la, dekat ke tempat tu ngan asis???? then, ana jawab la, kalau stesen ktm salak selatan lagi dekat ngan asis. kami sepakat la nak tunggu kat salak selatan. so, ana terpaksa la kene patah balik pegi salak selatan. tak jauh pun, tapi masalahnyer... nak kene tunggu tren tu punyer la lama...

ana pun naik la tren pegi salak selatan. nasib baik selang satu stesen je.. sampai kat salak selatan, ana call la abang faridul mengatakan ana da sampai kat salak selatan. tiba2, dia suruh ana join sekali ngan azhar kat bandar tasik selatan, nanti ada ikhwah yang ambil... ana pun terkedu... ana cakap kat diri sendiri... sabar jela... and then terus beli tiket patah balik ke stesen tadi... kat tasik selatan, abang mizan ambil kami terus bawak ke asis... ana sampai asis dalam pukul 8 macam tu...

then, da sampai sana, kami pun "check-in" la kat dorm C1.. malam tu, kami ada briefing antara fasi2 sampai pukul 12 tgh malam.. fuh.... da la letih, ada briefing plak tu,, redha je la.. ana fikir, itu la cabaran yang perlu kita lalui dalam hidup seorang pendakwah.. malam tu plak, dalam pukul 1, ana da ngantuk tapi tak bole tido. maybe sbb beralih tmpt tido kot.. so, kat katil tu ana pusing2kan badan sampai la pukul 3.. ya allah, nape la ana tak bole tido.. konklusinya, ana tarik bantal tido kat atas lantai... bole plak tu tido... adoyai.. ana kene tido juga sbb nanti ada qiyamullail and aktiviti untuk hari esoknya...

wallahu a'alam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...