bismillahirrahmanirrahim..
melihat kepada tajuk ana ni, semacam pelik je bunyinya.. sebenarnya ni tajuk cerita kat astro ria yang ana tengok tadi... ana sekadar nak berkongsi serba sedikit cerita tentang telemovie ni..
cerita ini mengisahkan cerita penduduk kampung yang menghina golongan penagih dadah yang ada kat kampung tu.. penagihnya sorang je la.. tak la ramai pun.. mereka ini menghina, mencaci malah menyisihkan penagih ini... dalam masa yang sama, terdapat seorang pemuda yang kaya hasil pekerjaan haramnya sebagai pengedar dadah di kampung itu.. dia disanjungi kerana mempunyai kemewahan dan dikatakan mempunyai bisnes yang besar di kota..
al-kisahnya, si penagih tadi tu nak melepaskan gian.. tapi takde duit. so, dia ambil la duit parent dia... dia bergelut ngan mak dia yang tak nak anak dia menagih lagi.. so, si anak ni menolak maknya sampai jatuh.. (part ni la yang sedih)... mak dia menangis teresak-esak kerana terkenangkan perangai anaknya tu..
yang kisah pemuda kaya tu... dia ditangkap polis kerana mengedar dadah selain juga terlibat dalam aktiviti pelacuran di ibu kota. di sini, bukanlah ana nak ceritakan keseluruhan telemovie tu, tapi ana nak kupas sedikit mesej yang terkandung kat dalam cerita tu..
kita tau yang Islam menekankan kepada umatnya supaya berwaspada dengan apa juga bentuk godaan syaitan, tak kira la sama ada dalam bentuk harta mahupun hawa nafsu... semua itu kita kene jaga.. janganlah kerana harta kekayaan, kita sanggup melakukan maksiat terhadap Allah sehingga mampu menjejaskan keimanan kita terhadapNya... setebal manalah iman kita ni, senipis kulit bawang ke???? atau nipis lagi?? so iman kita yang sedikit ni la kita kene jaga supaya kita tak terkeluar terus dari agama suci ni...
lagi satu, usahlah kerana kita nak kaya cepat atau bolot harta dunia, kita sanggup menyusahkan hidup orang lain... bak pemuda kaya tadi, dia sanggup mengedar dadah yang boleh merosakkan hidup seseorang demi nak kaya cepat... kita sendiri boleh fikirla, kita ni kalau nak sesuatu, mestila dengan cara yang betul... dengan mengikut lunas agama... ini tidak... rezeki yang haram tu la kita suap kat mulut anak isteri.. tak pasal2 diorang pun masuk neraka sekali... da bertambah da dosa kita sebab kita "top-up" dengan maksiat... nauzubillah...
last but not least, janganla kita derhaka kepada kedua orang tua kita. diorang da besarkan kita dengan penuh kasih dan sayang.. so, kita kenela layan dan balas jasa mereka... bukannya dengan sepak terajang mereka... ini tidak, bila da besar, da ada kereta dan rumah sendiri, mula la berlagak tak kenal mak bapak... lupa diri.. bila da sengkek, mula nak tercari2 orang tua mereka... apa jenis manusia la tu..
mmg ana akui, tak semua parent yang da besarkan anak mereka dengan sempurna... and maybe they've their own reasons to act like that... but that's not the right way.. we shouldn't payback to them by doing bad things to them... tak kisah seburuk mana pun tindakan parent pada kita, kita tetap perlu layan mereka sebagai ibu dan bapa kita... itupun selagi tindakan mereka tak menyebabkan kita terpesong akidah...
so, Allah da kurniakan kita akal fikiran dan mampu membanding beza antara baik dan buruk.... jadi, gunalah nikmat akal itu sebaiknya berlandaskan syariat Islam...
wallahu a'alam....
No comments:
Post a Comment