Followers

Monday, April 26

program motivasi sains & al-quran di ASiS (part 2)

bismillahirrahmanirrahim..

ana sambung pasal pengalaman ana di asis untuk program ni.. hari ni merupakan second day ana...

24/4/2010

pagi tu kami bangun dalam pukul 5 untuk qiyamullail.. lepas subuh, ada tazkirah sikit daripada abang hanafi.. after that, kami pergi la breakfast kat dm.. kami makan kat tempat vip. tu memang first time ana makan kat tempat tu. tapi macam tak best je.. hehe.. lepas breakfast, ana ngan aizat (sahabat ana) pergi la round2 kat blok b. al-maklum la, da lama tak naik dorm. tapi cuak juga kalau ada warden yang ronda ke..

dalam pukul 8.30 macam tu, ada ceramah diadakan kat surau. ceramah tu disampaikan oleh Ir. faridul farhan abd wahab yang bertajuk, "Allah technology vs human technology".. it's quite interesting... tapi sayangnya, ana tak dapat nak dengar keseluruhan ceramah tu.. sebab fasi2 ada briefing pasal program untuk petang nanti.. lepas je ceramah tu, ada LDK iaitu "serangan pemikiran". slot ni ana pair dengan abang hanafi.. abang hanafi ni nampak cool je.. then. kami diberikan masa 2 jam untuk buat halaqah kecil dan sampaikan tentang perkara yang berkaitan dengan slot tu.. halaqah ana cerita pasal perang saraf dalam sistem kehidupan yang merangkumi aspek pendidikan, politik, sosial dan sebagainya. kebanyakan masa abang hanafi la yang bercakap. ana ada juga bercakap tapi tak la selama abang hanafi... ada la dalam setengah jam macam tu.. yela, ilmu ana pun tak la banyak sangat..



lepas zohor, kami ada "explorace sains solat".. mula2 tu, kami tengok macam takde student yang datang. abang mizan pun da pikir plan B.. dia kata kalau student tak datang, fasi2 bole balik dorm tuk tido... kami pun gelak dengan plan abang mizan tu.. ana jaga checkpoint di surau.. kat situ, ana ngan abang hanafi kene tunjukkan kepada student cara rukuk dan sujud yang betul, theoretically and practically... after that, student kene list down sumbangan tokoh2 Islam yang kami sebutkan.. tak la susah sangat pun...




petang ada riadah.. main bola sepak.. tapi ana ngan aizat skip benda tu sebab ana nak bayar duit makan malam amal dekat cikgu tuan norma.. dalam masa yang sama, kami pun jalan2 kat sekolah la.. malam tu, ada LDK lagi iaitu "menuju puncak ipta".. part ni ana tak bercakap sangat sebab ana tak tahu sangat pasal kehidupan di ipt macam mana.. so, kebanyakan masa abang2 fasi yang lain la yang bercakap.. then, lepas LDK tu, patutnya kene balik dorm fasi la.. tapi, ana dengan beraninya naik dorm kat blok B dan tido kat dorm 3B3.. haha... saje je.. tapi, ana cuak juga la.. mana la tau tibe2 warden ronda ke.. tak ke kene sound ana jam2 tu juga..bukan apa, lama da tak tido kat blok B... esoknya, kene bangun pukul 4.30 sebab ada qiyamullail lagi... ape2 pun, hari tu memang memenatkan tapi syok sangat...

wallahu a'alam....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...