kepada semua pejuang tanah air yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan kepentingan diri demi kemaslahatan ummah dan negara... mereka telah menabur bakti yang tidak ternilai yang ana rasa tak semua orang mampu melakukannya.
Followers
Saturday, July 31
salam Hari Pahlawan
kepada semua pejuang tanah air yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan kepentingan diri demi kemaslahatan ummah dan negara... mereka telah menabur bakti yang tidak ternilai yang ana rasa tak semua orang mampu melakukannya.
Saturday, July 24
Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...
untuk post kali ni, ana tertarik nak post satu surat yg ana baca kat liyanayeim.blogspot.com .. ana baca surat ni ngan member ana kat bilik. melinang gak la air mata ni.. huhu.. hayatilah...
T_T
Sunday, July 18
life in CFS IIUM
After a long period of time I have not come up with English posting, now I would consider once. Actually, it is quite unfair for me for not posting English post as I had done that several times before, when I was trying to tame in with the world of blogging. Recalling to what I have said in one of my post before, I made up my mind to separate my post into two categories, which actually regarding the medium of language I would use in every posting. Bahasa Melayu would be used to describe on posting about dakwah and any Islam-related post. Else are in English.
As I reach here, I would like to narrate on my life in CFS IIUM. For about this nearly two months living in IIUM, I could feel slight changes in myself, which I will keep to myself a secret. (Not to be told here. =p) many things I gained here, especially on my experience with new friends and new surroundings. And it adds to my pages of my life when we got united within a month. It did not same as my life in ASiS at all. It took me few months to adapt in the new atmosphere at ASiS. Well, I will start with my story when I was checking on my JPA-scholarship result. The result was for Program Ijazah Dalam Negara (PIDN). As I was continuing typing in my IC num and password into the column provided, my other roommates started to come to me asking permission to check for theirs.
One of them named Hakim was shrieking out loudly as he saw his name stated there, “congratulations, you are selected to pursue your study on JPA twinning program in pharmacy”.. Something likes that-lah. As i got PIDN scholarship in pharmacy at IIUM. It does not matter where you are studying, what the most important now is to work hard on the studies.
Then, after two weeks (if I am not mistaken), Hakim left us for INTEC. Few days before that, the other roommate left us without letting us know. He left us safe and sound. Now, 8 of us remain. It was quite quiet back then after they left. We used to have “laughed out loud” together. Hmmmm.. On 19th June, it was Rashid’s birthday (roommate). So, we planned to have a big prank for him. Jazmi and I were the masterminds for the “programme”. It was planned like this.
Jazmi took Rashid to walk about the mahallah (college) while the others and I were preparing for the big plan inside the room. We were preparing a pail of air sabun to “wash” Rashid off. Earlier, I bought a whole cake of Secret Recipe’s Blackforest cake for him. So, when we all in the room done with our preparation, it is the time for Jazmi to make his move. He brought Rashid to our room. Inside, Wan, Amirrul and I were very ready for any might-happened incidence to be captured and recorded by our hi-tech cell phones. And our big man, Rahimi was ready with the pail of air sabun facing the angle of which the door will be opened by the victim. KCIIKKK... ‘dia datang...’ I said. Everybody was ready in position. One... two... three.. BUSSHHHHHH!!! The air sabun spilled out. Laughter came to fill the atmosphere. Everyone was laughing. Rashid managed to run away from away and avoid the air sabun. Rahimi chased after him. They were running along the corridor. It was so funny. At the end, we together mopped the floor. If you see us at that time, one thing you would think is.. “e’eh.. ada cleaner baru..” hehe...
There are many other things happened within this yet short-period life in IIUM. Other pranks are about similar to the prank for Rashid, except for some add-ons to the planning for new victims. Our targets are mainly birthday boys and any lucky boy (of course only to our known friend only). Till then, I will continue my story in my next post. Chill... =)
Tuesday, July 13
secangkir kopi seteguk darah
Friday, July 9
israk mikraj: apa fikrah kita???
bercakap mengenai Israk Mikraj ni, ana rasa antum semua mesti dah tahu pasal apa peristiwa ini sebenarnya. ia adalah berkaitan dengan suatu peristiwa agung yang menyaksikan Nabi Muhammad s.a.w yang dibawa dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dalam peristiwa Israk. manakala, dalam Mikraj pula, bermula dari Masjidil Aqsa nabi diangkat hingga ke Sidratul Muntaha... sesuai dengan ayat ini:
"Mahasuci (ALLAH) yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat"
(al-Israk : 1)
apa motif peristiwa ini berlaku??? seperti yang diketahui umum, peristiwa Israk Mikraj ini adalah suatu peristiwa di mana Nabi Muhammad menerima suatu perintah yang agung dari yang Maha Agung,iaitu perintah menunaikan solat..
so, kalau ana nak cerita satu persatu kisah yang terkandung dalam peristiwa ini, mungkin ramai yang sudah tahu. tapi, apa main point ana ialah apa fikrah kita mengenai peristiwa ini.. mungkin ramai antara kita, termasuk ana sendiri yang berpendapat bahawa Israk Mikraj merupakan hari cuti umum di Malaysia. mungkin ada juga yang berfikiran bahawa Israk Mikraj ini hanyalah sekadar hari istimewa dalam kalendar Islam, walhal keistimewaan yang disebutkan itu tidak sebenarnya begitu special dalam diri umat Islam itu sendiri..
kesusahan dan kepayahan seorang nabi yang telah diangkat menemui Tuhannya untuk menerima perintah solat merupakan bukan calang2 tugasan yang boleh diberi kepada mana2 manusia sekalipun.. baginda yang amat menyayangi umatnya sanggup berulang alik menemui Tuhannya demi kesenangan umatnya yang mana Nabi meminta kepada Allah agar mengurangkan bilangan solat yang jumlah asalnya ialah 50 rakaat kepada 5 rakaat sahaja.. masya Allah... cuba kita bayangkan, kita ni terpaksa menerima malu untuk kepentingan orang lain... nabi meminta kepada pengurangan jumlah rakaat itu adalah semata-mata kerana baginda memikirkan bahawa umatnya ini tidak mampu untuk menunaikan solat sebanyak itu dalam masa sehari semalam...
tapi, kita lihatlah.... apa yang terjadi kepada umat Islam kini, iaitu umat Nabi Muhammad.. nabi kita sanggup menanggung malu dan bersusah payah untuk kesenangan umatnya.. dan ini merupakan balasan kita kepada baginda. usah katakan solat 5 rakaat yang sedikit ini, niat kita nak tunaikan solat itu pun entah ada entah takde.. kemana hala tuju fikrah kita sebenarnya??? apakah kita ni sekadar memikirkan nilai solat itu hanya seumpama game video??? bila kita suka kita buat, bila kita da tak suka kita tinggalkan begitu sahaja...
walhal, solat yang 5 rakaat sehari semalam inilah yang akan pertama sekali dihisab di akhirat kelak.. kadang2 tu, ana fikir, apa yang susahnya nak luangkan masa dalam setengah jam.. paling tidak pun 10 minit la untuk kita laburkan untuk saham akhirat.. bukannya lama pun.. kalau drama atau bola tu, sanggup pula kita habiskan masa berjam-jam.. bila sampai masa nak solat, ada je alasannya.. dah la sekejap, disuruhnya kita pendekkan masa untuk solat.. sedangkan inilah yang akan menyelamatkan kita diakhirat kelak..
jadi, ke manakah hala tuju fikrah kita sebenarnya??? fikir2kanlah.. dan selamat beramal..
wallahu a'alam...
Thursday, July 1
install iman
bismillahirrahmanirrahim...
Pernah tidak antum buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati antum? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang, suka cemburu dan bercinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?
Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari pelbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa Software Iman.
Tapi survey juga membuktikan bahawa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga, dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.
Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacau sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha-Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat ‘hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Dan kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Me-nombor-satu-kan cinta pada sesama manusia, dan me-nombor-dua-kan cinta pada Ilahi. Tapi apa yang perlu dilakukan untuk mencegah perkara ini?
Yang mesti antum lakukan pertama, iaitu delete dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka antum perlu menginstall kembali software iman antum semua. Antum boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau antum boleh ‘beli’ CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.
Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hati antum bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati sentiasa jernih dan tenang..
wallahu a'alam..