Followers

Friday, July 9

israk mikraj: apa fikrah kita???

bismillahirrahmanirrahim..

bercakap mengenai Israk Mikraj ni, ana rasa antum semua mesti dah tahu pasal apa peristiwa ini sebenarnya. ia adalah berkaitan dengan suatu peristiwa agung yang menyaksikan Nabi Muhammad s.a.w yang dibawa dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dalam peristiwa Israk. manakala, dalam Mikraj pula, bermula dari Masjidil Aqsa nabi diangkat hingga ke Sidratul Muntaha... sesuai dengan ayat ini:

"Mahasuci (ALLAH) yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat"
(al-Israk : 1)


apa motif peristiwa ini berlaku??? seperti yang diketahui umum, peristiwa Israk Mikraj ini adalah suatu peristiwa di mana Nabi Muhammad menerima suatu perintah yang agung dari yang Maha Agung,iaitu perintah menunaikan solat..



so, kalau ana nak cerita satu persatu kisah yang terkandung dalam peristiwa ini, mungkin ramai yang sudah tahu. tapi, apa main point ana ialah apa fikrah kita mengenai peristiwa ini.. mungkin ramai antara kita, termasuk ana sendiri yang berpendapat bahawa Israk Mikraj merupakan hari cuti umum di Malaysia. mungkin ada juga yang berfikiran bahawa Israk Mikraj ini hanyalah sekadar hari istimewa dalam kalendar Islam, walhal keistimewaan yang disebutkan itu tidak sebenarnya begitu special dalam diri umat Islam itu sendiri..

kesusahan dan kepayahan seorang nabi yang telah diangkat menemui Tuhannya untuk menerima perintah solat merupakan bukan calang2 tugasan yang boleh diberi kepada mana2 manusia sekalipun.. baginda yang amat menyayangi umatnya sanggup berulang alik menemui Tuhannya demi kesenangan umatnya yang mana Nabi meminta kepada Allah agar mengurangkan bilangan solat yang jumlah asalnya ialah 50 rakaat kepada 5 rakaat sahaja.. masya Allah... cuba kita bayangkan, kita ni terpaksa menerima malu untuk kepentingan orang lain... nabi meminta kepada pengurangan jumlah rakaat itu adalah semata-mata kerana baginda memikirkan bahawa umatnya ini tidak mampu untuk menunaikan solat sebanyak itu dalam masa sehari semalam...

tapi, kita lihatlah.... apa yang terjadi kepada umat Islam kini, iaitu umat Nabi Muhammad.. nabi kita sanggup menanggung malu dan bersusah payah untuk kesenangan umatnya.. dan ini merupakan balasan kita kepada baginda. usah katakan solat 5 rakaat yang sedikit ini, niat kita nak tunaikan solat itu pun entah ada entah takde.. kemana hala tuju fikrah kita sebenarnya??? apakah kita ni sekadar memikirkan nilai solat itu hanya seumpama game video??? bila kita suka kita buat, bila kita da tak suka kita tinggalkan begitu sahaja...

walhal, solat yang 5 rakaat sehari semalam inilah yang akan pertama sekali dihisab di akhirat kelak.. kadang2 tu, ana fikir, apa yang susahnya nak luangkan masa dalam setengah jam.. paling tidak pun 10 minit la untuk kita laburkan untuk saham akhirat.. bukannya lama pun.. kalau drama atau bola tu, sanggup pula kita habiskan masa berjam-jam.. bila sampai masa nak solat, ada je alasannya.. dah la sekejap, disuruhnya kita pendekkan masa untuk solat.. sedangkan inilah yang akan menyelamatkan kita diakhirat kelak..



jadi, ke manakah hala tuju fikrah kita sebenarnya??? fikir2kanlah.. dan selamat beramal..

wallahu a'alam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...