Followers

Tuesday, November 30

Di manakah kita???

bismillahirrahmanirrahim...

Keimanan dan ketaqwaan merupakan kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya. Maka, beruntunglah bagi sesiapa yang memperolehinya. Hidayah bukanlah akan datang begitu sahaja tanpa ada apa2 usaha yang konkrit ke arahnya. Berlainan pula dengan kesesatan. Adh-Dholalah ataupun kesesatan dengan mudah sahaja datang bergolek, meskipun kita duduk bersahaja.

Pelbagai manifestasi kesesatan dalam keadaan kita tidak diberi hidayah oleh Allah yang barangkali kita sendiri tidak sedar yang kita telah lakukan. Di dalam al-Quran, banyak diterangkan tentang kesesatan yang dilakukan oleh manusia. Antaranya:

1. Kufr'

Kufur merupakan perlakuan sesorang menafikan rukun iman mahupun Islam. Dalam kita sedar mahupun tidak, ada kalanya kita ini telah kufur dalam agama kita sendiri. Apabila ada antara kita yang menafikan apa jua yang digariskan dalam rukun iman mahupun Islam, beriman kepada al-Kitab misalnya, maka kita sudah tergolong dalam golongan yang kufur dan kita akan disebut sebagai kafir.


Contoh mudah. Seperti yang semua maklum, Allah mempunyai 99 nama yang amat indah dan agung yang menyifatkan segala kesempunaan terhadapNya. Maka, sekiranya kita menafikan salah satu daripada Asmaul Husna ini, maka kita akan disebut kafir. Ataupun, contoh lain, kita menafikan atau menyalahtafsirkan mahupun satu ayat daripada kalam Allah, maka sesungguhnya kita telah kufur kepada Allah.

2. Zulm'

Zulm' ialah perlakuan seseorang dalam melakukan sesuatu bukan pada tempat atau perkara yang betul. Atau dalam erti kata yang mudah, orang ini bersifat zalim. Pada masa sekarang, erti zalim itu sering kali dikaitkan dengan perlakuan luar kemanusiaan terhadap sesuatu, misalnya, mendera haiwan dan sebagainya.


Sedangkan, hakikat sebenar zalim lebih daripada itu. Dalam menutup aurat dengan sempurna misalnya, berapa ramai kaum nisa' di luar sana yang bertelanjang di khalayak ramai. Benar!! Mereka bertelanjang saja tanpa segan dan silu seperti mana yang disabdakan oleh Nabi s.a.w bahawa wanita di akhir zaman ini berpakaian tetapi seolah2 bertelanjang. Bukankah itu pun dikategorikan sebagai zalim, iaitu zalim kepada diri sendiri. Maka, benarlah kita ni dalam kesesatan.

3. Fisq'

Orang yang bersikap fisq' atau disebut sebagai fasiq ialah orang yang melakukan dosa secara berterusan, kecil mahupun besar.

"ala... Dosa kan oleh diampuni dengan taubat. Nanti da buat dosa taubat la balik.."

Cuba nilai diri kita semula. Berapa ramai antara kita ini mempunyai walau sedikit sikap fasiq. Masih tak sedarkah bahawa ramai antara kita ini fasiq?? Tayyib. Contoh mudah. Mengumpat. Mungkin bagi sesetengah dari kita ini sering kali menjadikan mengumpat itu sebagai "makanan ruji" yang menjadikan kita ini "kenyang" dengan dosa umpatan.

"eh! Mana ada saya mengumpat. Saya tak pernah mengata sesuatu yang buruk pasal orang lain"

Pastikah anda tak pernah mengumpat?? Kalau ada orang yang kurang sifat lahiriahnya atau buruk pemakaiannya, pernah tak anda berfikiran, "ish, baju dia tak pernah gosok ke?? Kenapa malas sangat.." ataupun, "dia ni tak pernah tukar baju ke.. Asyik pakai baju yang sama je.." bukankah itu pun dikategori sebagai mengumpat?? Sebab kita menyatakan secara zahir mahupun tidak tentang seseorang yang jika orang tu tahu, akan menimbulkan kemarahannya. Itulah mengumpat. Nah!! Fasiq kah kita??

4. Israf

Israf (musrif; orang yang melakukan israf) ialah melakukan sesuatu yang melebihi had sesuatu yang akan menyusahkan orang lain. Ataupun, kita melakukan sesuatu kerja secara berlebihan yang akan mengurangkan atau menyukarkan kerja kita yang lain.

Senario sebegini memang banyak sekali kita dapat saksikan. Dan mungkin sahaja kita sendiri yang melakukannya. Pernahkah kita?? Misalnya; ana pasti ramai antara kita ini suka kepada kekayaan, malah Islam sendiri pun menggalakkan kita mencari kekayaan. Maka, dari itu, kita pun belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita2 dan menjadi kaya. Dan apabila kita sudah mengecap nikmat kekayaan, kita pun melaburkan duit kita itu dengan membeli rumah, menambah kereta, isteri (bagi yang mampu dan adil ye...) dan sebagainya.

Dan segala kekayaan yang kita dapat ini, kita “hambakan” kepada diri sendiri dan anak bini. Maka, di manakah kita letakkan sebahagian harta kita itu untuk berzakat dan infak ke jalan Allah?? Bukankah orang lain menderita kerana hak zakat mereka anda tahan2??


Dalam kes lain, kes israf ini mungkin sahaja terjadi kepada pelajar macam kita. Kita asyik study, study, study.. tapi solat kita abaikan. Subuh ke mana, itu ini semua “terhalal” begitu sahaja. Seluruh masa kita infakkan untuk study. Maka, itu juga disebut sebagai israf. Tiada keseimbangan dalam amalan harian kita.

5. Nifaq

Nifaq merupakan perlakuan kepura-puraan atau batil kepada sesuatu yang hak. Dan orang yang bersifat nifaq ini dipanggil munafiq. Dalam al-Quran telah banyak menyatakan ancaman terhadap golongan ini yang sememangnya merupakan golongan yang sangat hina. Na’uzubillah.

Secara umumnya, 4 ciri nifaq yang ana percaya ramai yang mengetahuinya ialah:

• Apabila dia bercakap, dia berbohong
• Apabila dia diberi amanah, dia khianat
• Apabila dia berjanji, dia mungkiri
• Apabila dia berbalah, dia melampaui batas.

Ini sebahagian daripada aspek kesesatan yang MUNGKIN kita tergolong di dalamnya. Maka, nilailah dan muhasabahlah diri kita, di manakah kita sebenarnya. Sesat?? Sedar atau tidak?? Ayuh, kembali kepadaNya dengan Islam dan Iman yang sempurna.

Wallahu a’alam..

3 comments:

khara said...

Alhamdulillah, sambil blogwalking terjumpa blog ni.
terima kasih, penuh dengan nasihat yg dapat mengingatkan satu sama lain. terima kasih. semga dapat berkongsi lebih bnyk nasihat agar dapat memperbaiki diri ini, Insya Allah.

Rashdan Roslan said...

semoga kita dijauhkan daripada kekufuran dan semoga kita sentiasa berada di landasan yg benar... syukran ya akhi kerana mengingatkan diri ini yg lupa..

Nazrin Syafiq said...

norisah. syukran laki. alhamdulillah kerana dapat berkongsi ilmu. insya Allah ana akan terus berkongsi dan terus2 la ikuti blog ini ya..

rashdan, insya Allah.. sama2 kita doakan.. amiiin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...