Memandangkan kita masih lagi dalam mood tahun baru ni, so ana nak tanya lah, anda semua mesti dah tanam azam baru untuk lebih matang dan lebih baik dalam iman dan amal kan?? Kalau ya, tahniah kepada anda.
Apa kata untuk tahun baru ni, kita azamkan untuk amalkan sebanyak mungkin sunnah nabi di samping amalan2 fardhu yang lain. Boleh?? Sesetengah orang kata, buat sunnah nabi ni menyusahkan.
“lecehlah.. banyak sangat nak kena buat...dah la pelik2 semuanya”
Jangan macam tu. Anda mungkin tak tahu, dalam kesusahan nak buat tu, ada khasiat dan kelebihan serta fadhilat yang besar yang sangat berguna sebenarnya. Tak payah nak ikut diet atau cara orang barat yang entah apa2 tu. yoga la, apa la.. sunnah nabi ni tak payah nak keluar modal pun. Lagi menjimatkan adalah... actually, kalau dah biasa, tak payah pun.. alah bisa tegal biasa la katakan..
Tayyib. Ana nak tekankan 2 perkara yang selalu kita buat..
TIDUR
Semua orang nak tidur yang selesa dan menyenangkan. Islam ada formula untuk tidur yang terbaik. Lepas ni, tak perlu lagi la nak beli tilam mahal2 atau selimut yang tebal2 sambil dikelilingi air-cond yang nyaman. Caranya senang je..
(1) Menelentang sambil menyilang kaki atau mengiring ke kanan
“Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (riwayat Bukhari & Muslim)
Berkata ‘Abbad ibn Tamim: “Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (riwayat Bukhari & Muslim)
(2) Jangan tidur dalam kekenyangan dan amalkan zikir
Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur. (At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297)
(3) Jangan tidur meniarap
“Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (riwayat Tarmizi)
Qailulah = tidur siang yang sebentar
Biasanya, tidur siang ni selalu dikaitkan dengan kemalasan. Buang jauh2 tanggapan tu. Qailulah boleh rejuvenate atau recharge tenaga kita untuk kita lebih aktif pada sebelah petangnya pula. Ikut kajian, orang yang amalkan qailulah ni mempunyai daya pemikiran yang kreatif. Hah! Apalagi, dah tahu buat ya..
Tapi, ingat!! Tidur sebentar sahaja ye. Dalam 20 minit tu kira ok la.. jangan membawa sampai ke asar pula tidur tu. Berpada-pada la. Sekadar nak lepaskan lelah sahaja.
QADA’ HAJAT (BUANG AIR)
Ha.. bila cakap pasal buang air ni, mesti ada yang tertanya. ‘apa la Nazrin ni. Nak buang air pun nak cerita kat sini. Terpulang la nak buang air macam mana sekali pun..” bukan apa, Islam kan agama yang syumul. So, semua aspek pun terkandung dalam Islam, hatta dalam nak buang air pun ada caranya. Bukan boleh buang sesuka hati je, betul tak??
Kalau kita nak buang air, tak kisah la kecil atau besar, benda pertama kita akan fikir, ‘kat mana nak melepas ni??' so, kita semestinya akan bergegas ke tandas atau tempat2 tertentu (bagi yang tak sempat) dan melunaskan apa yang patut. Tapi, kita kena ingat, di kala kita tengah syok2 qada’ hajat tu, jangan sampai kita dilaknat. Kenapa??
Sabda Nabi s.a.w : “ Berwaspadalah kamu dengan dua golongan yang dilaknati. Para sahabat bertanya: Siapakah wahai Rasulullah? Nabi s.a.w bersabda: Orang yang qada’ hajat di laluan manusia atau tempat berteduh”
Then, bila kita masuk tandas tu, semoleknya melangkah masuk dengan kaki kiri dan berdoa. Tutup kepala tu dengan kain atau apa2 sebagai pelindung. Bukan apa, takut setan pula yang buang air kat atas kepala kita. Kalau boleh tu, tak usah la nak bercakap2 dalam toilet tu. Sebab:
“Bahwasa ada seorang laki-laki melewati ketika Rasulullah sedang buang hajat kecil, lalu laki-laki itu memberi salam kepada Rasulullah tetapi baginda tidak menjawab salam tersebut” (Hadits Riwayat Muslim)
Lagi satu, cara nak buang air cara yang “tersedap” sekali ialah dengan tidak mencangkung sempurna. Maksud ana, ketika kita mencangkuk, kita tekan badan kita ke kiri. Sebab kitaran usus kita yang hujung terletak di sebelah kiri dan di situlah najis akan keluar. Efektif bukan??
Dah selesai tu, istinja’ @ basuh sehingga suci kemaluan kita tu. Peringatan!! Jangan pegang kemaluan kita dengan tangan kanan, tak kiralah untuk memudahkan urusan “pembuangan” mahupun untuk istinja’. Gunalah tangan kiri.
Bunyi macam “jijik” kan bila bercakap pasal benda ni. Tapi, itulah hakikatnya. Cuba dulu baru tahu..
Actually, banyak lagi sunnah2 nabi yang bermanfaat kepada manusia. Dan sunnah itu diiktiraf melalui kajian sains pada masa sekarang, meskipun sains 1432 tahun yang lalu di tengah padang pasir kering kontang yang serba serbi kekurangan itu dianggap remeh dan menggelikan.
Wallahu a’alam..

1 comment:
alhamdulillah. good post akh. :)
byk informasi.
Post a Comment