Followers

Wednesday, August 3

Ajaran Sesat

bismillahirrahmanirrahim..

bercakap perihal ajaran sesat ni, rasanya semua pasti dah dapat bayangkan maksud perkara ini. tapi berapa ramai antara kita yang peka dan betul2 ambil berat masalah yang melanda umat Islam sejak dulu lagi ni.

basically, ajarat sesat bermaksud apa jua ajaran yang dilaksanakan oleh orang Islam mahupun bukan Islam yang diperakui bahawa ajaran tersebut itu merupakan ajaran Islam, walaupun hakikatnya ajaran tersebut sudah menyimpang daripada al-Quran dan sunnah serta doktrin ahli Sunnah wal Jamaah.


ha.. panjang bukan maksudnya. (credit to Understanding Islam text book).

"brother, kenapa ye agaknya orang nak buat ajaran sesat ni? kan senang ikut ajaran yang lurus je.. tak payah nak pening2 kepala..."

itulah. kan senang kalau tiada ajaran sesat ni. tak menyusahkan orang lain. tapi, hati manusia ni kan lain2. banyak sebenarnya punca berlakunya ajaran sesat ni. antaranya:

1. amalan khurafat

kalau dilihat pada faktor ini, beberapa makhluk Allah yang menjadi founder atau follower kepada sesebuah ajaran sesat mengamalkan amalan khurafat yang akhirnya dikaitkan dengan ajaran Islam. sebagai contoh, seseorang yang mendakwa diri mereka ialah bomoh akan mengakui menggunakan ayat al-Quran sebagai penyembuh, walhal diselitkan juga mentera yang tidak difahami oleh orang lain.



dan bagi yang ekstrem, mereka menggunakan "fatwa" mereka ini untuk dijadikan "panduan" dalam agama mereka. maka, wujudlah ajaran2 yang diselewengkan dari Islam.

2. usaha untuk memutarbelit serta memanipulasi agama Islam.

kalau nak diikutkan, faktor ini sudah lama "berkerajaan" di bumi Allah ini, dengan makna bahawa mereka mencipta atau memanipulasi apa jua ajaran yang turun daripada Allah. sebagai contoh, agama Kristian merupakan produk penyelewengan agama Allah yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. pada asalnya, Kristian merupakan agama samawi @ langit yang lurus, namun diselewengkan oleh pengikut mereka sendiri.

begitu juga halnya yang berlaku di Malaysia yang dicop sebagai sebuah "negara Islam". jika anda ingin melihat post berkenaan Malaysia bukan negara Islam, sila klik "post ini". antara ajaran sesat di Malaysia ialah ajaran Ayah Pin, Rasul Melayu yang dipelopori oleh Kahar Ahmad dan banyak lagi. ajaran sesat tidaklah terhad kepada sesuatu bangsa sahaja, malahan impaknya boleh mencapai beberapa bahagian di dunia ini.

3. ketaksuban terhadap sesuatu perkara.

ana tidak pasti hal ini berlaku di bahagian dunia yang lain. tapi berdasarakan apa yang ana perhatikan di Malaysia ini sendiri, kebanyakan ajaran sesat di dahului dengan ke-fanatik-an founder atau follower terhadap sesuatu perkara.

misalnya, ajaran Rasul Melayu yang di "rasul-kan" oleh Kahar Ahmad. pakcik Kahar kita ni mendakwa bahawa kerasulan dia untuk orang Melayu disebut di dalam al-Quran, yakni di dalam surah Yasiin. dia juga mendakwa bahawa Allah telah melantiknya menjadi Rasul untuk orang melayu melalui mimpi.


"Rasul Melayu" : Kahar Ahmad

beginilah kebanyakan orang yang mendakwa mendapat sesuatu "darjat" melalui mimpi. seperti orang yang mendakwa berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dalam mimpi. mereka mendakwa bahawa Rasulullah telah menyampaikan itu dan ini dengan erti kata melantik si pe-mimpi menjadi pemimpin untuk orang Islam dan melengkapkan agama Islam. hakikatnya, kita perlu tahu bahawa mimpi mempunyai banyak bahagian dan mimpi yang bertentangan dengan Islam adalah mimpi daripada syaitan.

"owh.. brother, macam mana pula kalau persamaan dalam agama. contohnya, diorang menyatakan bahawa kalau kita ikut agama Kristian yang sebenar, kita pun akan menjadi baik. sebab basic kepada semua agama menyeru kepada kebaikan. so, kita pun bolehlah ikut agama Kristian kalau macam tu. betul ke?"

tayyib.

soalan anda ini agak berat juga isunya. baiklah. ana bagi analogi mudah. anda diberi dua pilihan minuman. kopi dan teh. kedua2nya sedap, kedua2nya bagus. tapi memandangkan keperluan kita adalah untuk stay-up malam untuk study, maka kita akan pilih kopi kerana ia mengandungi caffein yang boleh membuat kita berjaga.

begitu jugalah dengan Islam dan Christianity. pada asalnya, kedua2 ajaran ini menyeru kepada kebaikan, namun keperluan kita untuk mendapatkan agama yang benar2 lurus dan mengimplementasikan unsur TAWHID RUBUBIYYAH dan ULUHIYYAH dalam hidup menyebabkan kita memilih Islam sebagai agama.



keduanya, telah dinyatakan di dalam al-Quran bahawa:

"Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. ... " (Ali- Imran : 19)

maka, semoleknya hendaklah kita menjauhi serta mengekang sebarang ajaran sesat daripada terus menular. meskipun banyak golongan yang terpelajar yang menyertai ajaran sesat ini, hakikatnya "terpelajar" mereka itu tidak termasuk aspek agam Islam. dan bagi golongan yang mendakwa diri sebagai ahli agama yang juga mengamalkan ajaran sesat ini, mereka ini sebenarnya terlalu terperinci dalam mencari agama sehingga mencetus kesatan dalam pencarian mereka.

wallahu a'alam...

2 comments:

aRinarRe said...

semua agama pun ajar basic values yg baik BUT that doesnt mean kita nak menganuti agama tuh.
and nazrin, nak tanya; as a muslim, is it right to acknowledge yang agama lain pun ialah 'agama' jugak. Tuh kira meng-equal-kan islam dengan agama lain ke? Erk, faham tak? heh. THANKS!

Nazrin Syafiq said...

for me, we can acknowledge other religions sebagai "agama" sbb bukan ada satu je agama dlm dunia ni. but kita kena tahu bahawa 'agama' mereka itu sebagai satu kekafiran dan penyukutuan terhadap Allah.
dlm hal ni, kita tak menyamakan dan men-equal-kan Islam dgn agama lain. sbb kita tahu bahawa agama di sisi Allah hanyalah Islam dan kita perlu berpegang pd Islam shj. wallahu a'alam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...