Followers

Friday, October 28

Syukur & Kecewa

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Allah masih lagi memberi peluang untuk ana meraih taubat dariNya dan mudah-mudahan segala apa yang dikurniakan dapat ana manfaatkan dengan sebaiknya.

Tayyib.

Dalam kesibukan menjadi volunteer untuk Pesta Sukan IPTIM 2011 ni, pihak CFS IIUM telah mengeluarkan keputusan exam untuk Semester 1, 2011/2012. Ana tak sempat nak bagi review sikit pasal exam ni sebab akhir2 sem hari tu sibuk dengan program MATRA dan sekarang pula IPTIM.

oklah. Exam hari tu SANGAT lah susah. Tak tahu la nak cakap apa. Mungkin ana tak study elok2 kot. Takpelah. Ana deserve dengan apa jua keputusan yang bakal diterima. And today, selepas penat menekan button F5 bersama ibnu hajar, maka dapatlah keputusan yang tak seberapa tu.



Mula2 tu, agak kecewa juga sebab terlepas dari sasaran walaupun orang lain kata, "ok la tu. aku lagi teruk dari ko..." Entahlah. Reason untuk tu ana je yang tahu kenapa ana macam agak kecewa. Anyway, ana jenis yang tak sorok keputusan... so, ni la result ana.

UNDERSTANDING ISLAM : A
COMPUTER 1 : B
PHYSICS 2 : B+
CHEMISTRY 2 : A-
GPA : 3.533
CGPA : 3.677

T.T xpela.. mungkin ada hikmahnya ana diberikan result sedemikian rupa. Ini tanda ana kena kerja keras lagi untuk semester mendatang.. Ya Allah, berikanlah semangat untuk ku terima ketentuanMu ini..

wallahu a'alam...

Wednesday, October 26

Ibu seorang PEMBOHONG!!!

bismillahirrahmanirrahim..

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.



Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(

source: FACEBOOK

wallahu a'alam...

Sunday, October 16

Salam, Senyum & Kata yang Baik

bismillahirrahmanirrahim..

kaifa hal?? InsyaAllah, bikhair. Baiklah. Anda tengok jelah video ni.. Maaf kerana kualiti yang tak seberapa. Sila pakai earphone ye. Khuatir tak dengar pulak. And drop some comments afterwards. =)








macam mana?? ok tak?? hihi.. first time ni. percubaan berani mati namanya.. =) cacat cela haraf dimaafkan ye..

wallahu a'alam..

Friday, October 14

Halfest Malaysia 2011

bismillahirrahmanirrahim..

Kaifa hal?? InsyaAllah, ana wa kullu antum bikhair. Tayyib. Ana nak kongsi kali ni pasal Halal Festival (Halfest) Malaysia 2011, Ekspo Halal terbesar di Malaysia bertempat di PWTC. Halfest berlangsung dari 12 - 16 Oktober 2011 dan anda masih lagi berpeluang untuk berkunjung ke sana.


Di sana ada pelbagai produk halal yang disediakan dan dipamerkan, dari makanan dan minuman hinggalah ke perbankan Islam. Semuanya ada. Oh ya! Halfest dibuka dari pukul 10 pagi sampai pukul 7 malam. Sebanyak 700 booth dibuka untuk kunjungan umum dan masuk adalah PERCUMA.

antara pemandangan di dalam dewan..


Halfest ni memang besar. Tak larat ana nak jalan. Pameran dan jualan dibuka di tiga dewan besar, Dewan Tun Abdul Razak 1, 2 & 3. Lenguh jugalah kaki ni berjalan. Tapi memang berbaloi. Banyak produk halal yang kita tak tahu dan tak dikomersilkan.


laluan ke Dewan Tun Abdul Razak 1 & 2..



DrRozmey pun ada tau.. hihi

ini persembahan live dari Jaafar Onn dan Chef Zam yang bercerita tentang masakan halal..


antara jajan yang ana beli untuk family.. 3 paket RM 10.

kek lapis Sarawak

Eh! Lupa pulak. Kalau anda nak masuk ke Halfest ni, anda perlu mendaftar di kaunter. Isi borang sikit dan anda akan diberi beg CIMB Islamic percuma dan juga wristband, menandakan anda sudah berdaftar. Kalau tak daftar, tak boleh masuk. =)



Memandangkan ana memang berminat dengan ubat-ubatan ni, so ana terlihat satu buku ni keluaran Phytorex Press Sdn Bhd. Buku tentang ubat yang mengandungi unsur dan bahagian khinzir. So, ana tertariklah untuk membelinya. RM 125.00 berbaloi rasanya kalau beli. Macam2 maklumat yang ada. Nanti ana kongsikan ye.


Anyway, kepada anda yang tak pergi lagi Halfest, ana nak promote supaya anda pergilah menimba ilmu di sana. InsyaAllah, tak rugi pun.. =)

Wallahu a'alam...

Thursday, October 13

Erti Syukur - UNIC

bismillahirrahmanirrahim..






kali ni ana nak share sikit lagu nasyid yang ana suka dan semestinya dari team nasyid kegemaran ana, UNIC. tajuk lagu ni Erti Syukur. kalau kita hayati liriknya, memang menusuk qalbu. Ana suka rentak lagu ni, rancak! SEDAP! like3.. ni liriknya..


Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa


Wednesday, October 12

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

bismillahirrahmanirrahim..

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.??~~~>

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

sumber: Facebook

wallahu a'alam..

Mahallah Training (MATRA)

bismillahirrahmanirrahim..

Mahallah Training (MATRA) telah selamat dijalankan di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Program ni telah dirancang dalm 2 minggu sebelum habis sem. Memang time tu,

RATE EXAM = RATE PROGRAM

Betul ke equation ni?? haha.. apa2 jelah.


Btw, ana nak inform semua yang ana juga merupakan admin untuk blog Mahallah Abu Bakr As-Siddiq selain blog ana sendiri. Tapi rasanya untuk sesi kali ni jelah. Dah alang2 jadi Secretary, buat jelah. Lagipun, memang ana minat blogging nak buat camne yedak?? haha..

So, pasal MATRA ana dah update di situ. Klik lah link ni Mahallah Training 2011. Bukan malas ok? Benda yang sama juga ana akan cakap. haha. And for those yang nak tengok lebih banyak gambar MATRA, boleh lah klik link kat bawah ni ---->>>


banyak betul part2 ni ek.. apapun, Alhamdulillah.. semuanya selamat. Next program, Pesta Sukan IPTIM and Local Community Service. =)

wallahu a'alam..

Semester Grand Vacation 3.0

bismillahirrahmanirrahim..

Tepat 5.30 petang 3 September 2011, sesudah paper Chem 2, budak2 bilik MAB 126 meluru keluar dewan exam dengan satu tujuan.. ENJOY!!! huuhu.. bunyi macam apa je..

Actually, kitorang dah rancang vacation 3 hari 2 malam ke Bukit Tinggi and Genting Highland ni lepas midsem lagi. So, agak teliti gak la. (siap working paper lagi.. haha. Credit to Ahmad Jazmi..) Kitorang sewa kereta and guna gak kereta sendiri walaupun pada saat2 akhir tu kereta sewa ada problem. Tapi takpe, itu tak melunturkan semangat untuk berhibur sesudah exam. huhhu. And one more thing, disebabkan kitorang nak cut cost belanja makan, so kitorang ambil inisiatif masak sendiri dari CFS. masak nasik, breakfast, teh uncang. semua ada la..

Memandangkan ada dua member bilik kitorang, iaitu Ahmad Jazmi and Zul Rahman graduate sem ni, so kitorang enjoy kali terakhir dengan diorang sebelum ke main campus. OK2. Mulakan dengan Bukit Tinggi. Diorang cerita yang view kat sana cantik, so ana pun teringin la nak tengok apa yang cantik sangat kat sana. Alih2, tutup sebab kitorang pegi dah lewat malam. KECEWA.

Esoknya, pagi2 kitorang gerak pegi Genting. Sesat jugaklah kiranya. Kitorang tak tido sana sebab on the next day kitorang ada MATRA (nanti akan diceritakan on next post). So, happy2, enjoy2.. kitorang pun baliklah malam tu jugak. Before 10 p.m ok.. haha.. mematuhi curfew hour CFS. bagus3. Cuma balik tu, kitorang hampir2 accident dengan trelar yang agak besar jugaklah. Kalau bertembung tu, ana rasa blog ni tak update kot. haha.

And malam tu, suasana bilik agak TEGANG jugak la. Tegang sini tegang sana. Sebab? takyah cerita la.. =) ok2. Ana tahu yang korang semua pun malas nak bacakan.. so, tengok je la gambar yang ada time kitorang kat sana tu..



breakfast for the day..

sampai Selesa Hotel terus makan.. lapar betul tu..



test drive kereta sewa jap. lama kowt x pegang stereng





sampai di lobi Genting


excited nampaknya



gayat...







penat menunggu Flying Coaster ni nak operate..



Salam Perantauan..
kepada kawan2 di Malaysia, Salam Lebaran.. hahaha

tengok wayang 4D

nak main apa lagi pasni...

tido ke abg Rahimi?? huhu

so sweeet...

dapat mee goreng RM 4.00 pun boleh lah..

bowling jap..


nak balik dah..

rasa macam sekejap sangat sem ni. rasanya baru terserempak dengan Zul kat pintu time mula2 jumpa. Dah habis sem ni. And kalau yang teringin la (mana la tau...) nak tengok lagi gambar, klik la Part 1 & Part 2.. adiyos..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...