Kaifa hal?? InsyaAllah, ana wa kullu antum bikhair. Tayyib. Ana nak kongsi kali ni pasal Halal Festival (Halfest) Malaysia 2011, Ekspo Halal terbesar di Malaysia bertempat di PWTC. Halfest berlangsung dari 12 - 16 Oktober 2011 dan anda masih lagi berpeluang untuk berkunjung ke sana.
Di sana ada pelbagai produk halal yang disediakan dan dipamerkan, dari makanan dan minuman hinggalah ke perbankan Islam. Semuanya ada. Oh ya! Halfest dibuka dari pukul 10 pagi sampai pukul 7 malam. Sebanyak 700 booth dibuka untuk kunjungan umum dan masuk adalah PERCUMA.
antara pemandangan di dalam dewan..
laluan ke Dewan Tun Abdul Razak 1 & 2..
DrRozmey pun ada tau.. hihi
ini persembahan live dari Jaafar Onn dan Chef Zam yang bercerita tentang masakan halal..
antara jajan yang ana beli untuk family.. 3 paket RM 10.
kek lapis Sarawak
Eh! Lupa pulak. Kalau anda nak masuk ke Halfest ni, anda perlu mendaftar di kaunter. Isi borang sikit dan anda akan diberi beg CIMB Islamic percuma dan juga wristband, menandakan anda sudah berdaftar. Kalau tak daftar, tak boleh masuk. =)
Memandangkan ana memang berminat dengan ubat-ubatan ni, so ana terlihat satu buku ni keluaran Phytorex Press Sdn Bhd. Buku tentang ubat yang mengandungi unsur dan bahagian khinzir. So, ana tertariklah untuk membelinya. RM 125.00 berbaloi rasanya kalau beli. Macam2 maklumat yang ada. Nanti ana kongsikan ye.
Anyway, kepada anda yang tak pergi lagi Halfest, ana nak promote supaya anda pergilah menimba ilmu di sana. InsyaAllah, tak rugi pun.. =)
Wallahu a'alam...
No comments:
Post a Comment