Followers

Tuesday, November 6

7.3 dan Ubat : Syukurlah Dengan Apa Yang Ada

bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini agak excited sebenarnya bagi aku sebab secara rasminya, aku akan buat dua jenis ubat dan boleh diguna oleh sapa2 (kalau boleh la kan...) haha.. First ubat aku ialah Gentian Violet Lotion dan jugak Lassar's Paste.

Ni dia dua ubat tu...

Gentian Violet Lotion 1% w/v
Warna dia macam nila.. (ingatkan ubat beguk..)
Ni Lassar's paste.
Ni untuk skin rashes..
Amacam..? Ok tak? Actually senang je buat dia. Kalau ada bahan, boleh buat kat rumah je pon. Cuma bahan2 tu memang takde kat rumah la.. hahah. Pasni, boleh la jual ubat ni. =)

Sebenarnya, yang Gentian Violet Lotion tu tak jadi pun. haha. Sebab bahan2 dia tak mix well. Tapi kalau tengok, ok je. Orang kata tu, cuma tak cukup KAWW!! lagi.. =) Yang Lassar's paste tu jadi. Aku dah cuba kat atas kulit aku. Ok je..

One more thing is, aku dapat markah quiz Physiology. Memandangkan Kulliyyah of Pharmacy ni takde midsem, so setiap kuiz yang dibuat amat penting markahnya. So, aku dapat la 7.3 over 10. Jujur-ly speaking, aku agak terkesima dengan markah tu. Sebab soalan dia agak senang dan aku hanya mampu dapat 7.3 je?

Itu aku punya first reaction. Dan aku tengok semua member2 aku yang lain dapat tinggi2, yang tak berapa nak study pun dapat tinggi, so hati aku mula terdetik, "Where did I go wrong..?" Aku mula rasa amat frust sehinggakan kelas seterusnya tu aku tak dapat fokus langsung apa yang lecturer ajar. Orang akan fikir,

"7.3 tu tinggi la... Ada orang lain yang lagi rendah tau.."


Ok. Ayat tu amat klishe'. Selalu dah dengar. Tapi, Allah pertemukan aku dengan seorang sahabat aku ni yang secara tiba-tiba menasihatkan aku tentang syukur. Katanya,

"Nabi kata, kalau kita nak rasa kesyukuran tu ada dua cara. Dalam hal2 dunia ni, kita kene selalu tengok pada yang rendah. Supaya kita tak terlalu hampa bila kita tak dapat sesuatu sesuai dengan kehendak kita. Dan lagi, dalam hal2 akhirat kita pandang pada yang tinggi. Supaya bila kita lihat amalan2 kebaikan orang lain, kita akan rasa lebih teruja untuk buat lebih baik.."

Lebih kurang macam tu la.. So, hati aku tenang sekejap. Dan aku pun kembali sedar. "Ya Allah, apa yang aku dah buat ni..? Aku tak bersyukur dengan rezekiMu." Alhamdulillah, aku dapat sahabat2 yang dapat comfort aku at the moment of need. Though depa tak tau pun hati aku rasa macam mana. hmm..

notakaki : Sifat "PERFECTIONIST" aku yang lama hampir kembali menghantui aku. Alhamdulillah, aku dapat betul kan diri..

2 comments:

adanesz said...

hmmm... nak ubat... ni ubat untuk apa..?? ubat sakit tekak ada..?? sakit tekak nih..

Nazrin Syafiq said...

dua2 ni utk kulit la cik adan. yg gentian tu utk kalau ada wound.. yg lassar's paste tu utk skin rash.. =)
nak ubat sakit tekak makan stripsil je.. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...