Followers

Sunday, November 11

Mentor Mentee Day @ UIA Kuantan

bismillahirrahmanirrahim..

Semalam, 10/11/12 (lawa tak nombor..? #tetibe ), Kulliyyah of Pharmacy UIA Kuantan telah menganjurkan satu event yang dipanggil Mentor Mentee Day. Program ni disertai oleh hampir kesemua pelajar Pharmacy di UIA, termasuk juga lecturer dan staff. Meriah giler program ni..



Register dulu... Kalau tak, jadi pendatang asing pulak kan...
Blur sikit... T.T
Dan aim program ni adalah untuk menguatkan ukhuwah antara depa2 tadi. Tapi yang lagi bestnya ialah ada cooking competition. Lawan antara group. So, depa2 ni bertungkus lumus nak menghasilkan masakan yang terbaik. Masing2 nak tunjuk skill depa masak, termasuklah aku. hahaha.. #retimasakke?

Muka excited nak masak...

Tu la mentor aku, Dr Maryanto. Indonesia mari!!
Kulliyyah-mate aku..
Program ni start pagi, then habis lepas zohor macam tu. Best giler. Aku dan team aku decide nak buat ayam blackpepper, ayam goreng tandoori, kangkung goreng belacan, kembung masak asam pedas dan dessert sikit. Function aku kat situ?? Selain basuh2 ayam tu, aku tolong2 la masak ayam blackpepper tu.

comel tak ayam tu..? ke yang pegang ayam tu yang comel..? hahah
Syafiq Zaabah menunjukkan skill masak beliau.. 

Al-kisahnya, lepas basuh2 ayam tu, nak goreng la ayam tu. So, sorang sister ni tuang la minyak masuk kuali. Nak panaskan minyak kononnya. Minyak tu lambat giler panas. Pastu, keluar warna putih pulak. Pelik giler tengok minyak tu. Check punya check, rupanya AIR GULA. muahahaha,,, lawak giler time tu. Rasa nak gelak guling2 je. adoyai..


Goreng ayam separuh dulu... Then, baru masak sekali dgn rempah
Nampak sedap tak aku masak..? #masukbakulangkatsendiri
Lepas2 tu, masak2 la segala lauk pauk tu. Aku nak guna resipi aku je. Tapi bila pikir balik, kalau aku masak takut ada yang sakit perut pulak makan masakan aku. Bukan apa, takut pedas sangat. Tau la kan perangai aku, selagi tak terjelir lidah tu, tak sah tahap pedas aku tu.. hahahah.. Tapi kan, bila ayam tu dah siap, tak terasa sangat blackpepper tu. Sedih je... Atau mungkin lidah aku je kot yang rasa tu... haha

Ni team aku punya dish.. 


Masa yang depa bagi dalam 3 jam. Memang tak sempat la kan nak masak lauk segala bagai tu. Nasib baik la yang untuk serve judge tu sempat siap. Fuuuhhh!!! Then, bila time penyampaian hadiah tu, team kami dapat 3rd place. Ok la tu kan..

Kek Tiramisu..
Big Apple pun ada... best!!
Ni la bahananya lama tak masak. Selalu masak air je.. haha. Hmmm..

notakaki : Kalau lah kat mahallah ni boleh masak, aku masak je hari2. Boleh save duit sikit kan.. hahah

3 comments:

adanesz said...

amboi.... sakan masak yerk.. nmpk macam sedap je ayam kicap tuh... meh la cikit.. kepingin nih... hahahaa...

Nazrin Syafiq said...

kalau nak, moh le dtg uia kuantan ni...

apies said...

xde pantry ke asrama korng?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...