Followers

Sunday, November 4

Program Sembelihan : Pertama Kali Makan Puyuh

bismillahirrahmanirrahim..

Aku mungkin orang yang paling noob gila kat UIA ni sebab tak pernah makan burung puyuh. Sebab aku layan telur puyuh je. haha. Btw, tadi di Kulliyyah Allied Health Science (KAHS) telah berlangsungnya satu program sembelihan. Dan buat pertama kalinya, aku telah menyembelih burung puyuh. Sebelum2 ni, aku sembelih ayam je..

comel sangat~~
Pagi tadi, program tu dimulakan dengan briefing dari seorang Ustaz (tak tau la nama ustaz tu. Mintak maaf la ustaz..). Aku dan member2 aku yang lain pun sampai lambat tadi. Briefing punya briefing, dan masa untuk menyembelih pun tibalah. Cuak juga sebenarnya sebab first time nak sembelih dan makan burung kan..


"Hangpa asah elok2 nah.. Kasi tajam. Kalau tak, ustaz 'asah' hangpa kasi tajam.."
"Hangpa sembelih macam ni tau.."

Bila ustaz tunjuk demo, Alhamdulillah aku dapat keyakinan untuk menyembelih. Dan pengalaman aku sembelih ayam dulu aku cuba praktikkan dalam sembelihan kali ni.

Abi Judeen
Ghazali
Asyrafuddin
Syafiq
Afiq
Putuih kepala teruih.. Ni kerja Afiq.. haha
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri~~
Comel tak kami..? *wink2*
Dan, akhirnya tewas juga seekor burung puyuh kepada ku. Tapi my first 'victim' tak sah sebab urat dia tak putus habis. T.T Rugi dah sekor puyuh. Sorry la burung. Tapi puyuh yang dah jadi bangkai tu jadi bahan experiment Anatomy aku. hahaha... Excited pulak nak tengok apa yang ada kat dalam puyuh tu. Maka, keluarlah segala ilmu Anatomy aku untuk label2 bahagian burung tu..

SORRY! TAKDE GAMBAR UNTUK PUYUH EXPERIMENT AKU TU. 

Aku sembelih 3 ekor. Sekor tak sah, yang lagi 2 sah. Alhamdulillah. Dah sembelih2, basuh2 tangan, ronda2 KAHS, balik mahallah jap. Lepas zohor, pi KAHS balik untuk makan tengahari. MENU : Puyuh Masak Merah, Nasi Minyak, Jelatah, Air.

Sementara tunggu tu, layan Marsh mellow dengan coklat. SEDAP! 
Rasa puyuh? Mula2 tu rasa awkward sangat bila nak makan puyuh (macam la nak makan benda haram kan... haha). Tapi, bila dah makan tu, OK je. Alhamdulillah. Sedap jugak puyuh ni. Texture daging dia sama je macam ayam (dah dari family yang sama kan..). Cuma bagi aku la, sedap lagi ayam. Mungkin aku dah biasa makan ayam kot, tu yang tak nikmat sangat makan puyuh tu. Tapi, puyuh ada satu rasa yang unik. Sedap je..
Makan time..
Itulah pengalaman aku sembelih dan makan BURUNG. Tak terbayang pulak aku akan makan burung bila sampai UIA ni. Mungkin lepas ni aku akan mencuba pelbagai benda lagi untuk dimakan di UIA ni. haha..

-khalas-

notakaki : Comel je puyuh tu. Bila masuk kuali je, kecut terus daging dia. Bila dah jadi lauk, sekor burung tu besar tapak tangan aku je. Bak kata member aku, BUAT TAIK GIGI PUN TAK CUKUP. hahaha

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...