Followers

Thursday, August 19

apabila Ramadhan disulami maksiat...

bismillahirrahmanirrahim..


dah la buat maksiat dalam bulan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan, dimaki hamunnya pula orang yang menegur diorg ni.. inilah yang berlaku pada couple yang da kemaruk bercinta sehinggakan sanggup bercumbuan dan membuat maksiat secara terang-terangan pada siang hari Ramadhan..

antum bacalah artikel yang ana ambil dari berita harian dalam link kat atas ni.. mulanya tu.. panas gak hati bila baca.. sesiapa pun akan marah bila dapat tahu pasal bende ni. tapi apa yang lagi penting ialah bagaimana kita ni nak menerapkan ruh Ramadhan dalam hati orang Islam ni.. memangla kita berpuasa pada siang hari tapi adakah puasa itu dapat mendidik nafsu kita atau kita ni sekadar berpuasa dengan merasai lapar dan dahaga sahaja??? itulah persoalannya sekarang..



menjaga iman ini sebenarnya amat payah.. hanya rasa taqwa kepada ALLAH sahaja yang dapat memagari iman kita daripada ditembusi panah syaitan. sepatutnya kita rasa beruntung Allah memperuntukkan kita satu bulan khusus untuk tumpukan perhatian dalam "TOP UP" iman kita ni, dan bukannya kita sulami bulan berkat ini dengan maksiat. ana nak puji juga la kepada pihak berkuasa agama yang menjalankan amar makruf nahi mungkar sepanjang bulan puasa ni. MABRUK!!! tapi sepatutnya, usaha itu diteruskan untuk sepanjang tahun dan bukan di bulan Ramadhan sahaja.

hal kes ini, PASANGAN REMAJA ini melakukan maksiat mereka ini secara terbuka, iaitu di tepi pantai.. ya ALLAH!!! malu rasanya kalau agama lain tengok. dah la Islam.. buat maksiat secara open dalam bulan puasa.. diorang ni x pikir ke apa effect yang diorg buat tu. benda ini bukan sahaja akan membawa porak peranda dalam masyarakat dengan menambahkan lagi gejala sosial, malah menjejaskan imej Islam itu sendiri.. ke mana perginya akal fikiran yang Allah kurniakan kepada mereka ni.. da bagi pada haiwan ke??? ana rasa kalau haiwan dapat akal tu, da tentu haiwan tu pun hormat Ramadhan..

kepada yang masih "tak sedar" akan kehadiran bulan Ramadhan ni.. masih x terlambat lagi untuk kita kembali ke pangkal jalan.. sebab kita baru nak masuk fasa yang kedua, yang mana Allah menjanjikan magfirah bagi sesiapa yang ikhlas kepadaNya..

maka celakalah bagi sesiapa yang tidak ada perubahan ke arah kebaikan dalam dirinya selepas Ramadhan dan celaka jugalah bagi sesiapa yang akhlaknya sama seperti bulan sebelumnya..

wallahu a'alam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...