Followers

Tuesday, August 10

Marhaban Ya Ramadhan Karim..

bismillahirrahmanirrahim..

pejam celik pejam celik esok kita da nak puasa kembali. pantas betul masa ni berlalu.. rasa macam baru semalam je abis terawih untuk tahun lepas.. huhu.. apa2 pon, Ramadhan dah kembali bertandang, maka bergembiralah sekalian umat Islam kerana bulan yang penuh keberkatan inilah yang dapat kita sepenuhnya tumpukan untuk "top up" iman kita ni..



macam yang semua orang tahu, syaitan laknatullah akan dibelenggu sepanjang bulan mulia ini dan terbukalah dengan seluas2nya pintu syurga dan tertutuplah semua pintu neraka. kalau bulan Rejab tu bulan Allah, bulan Sya'aban bulan Nabi, maka bulan Ramadhan pula ialah bulan untuk umat Islam keseluruhannya. so, we should grab this opportunity... bukan senang nak dapat.. slalunya kalau kita nak buat baik, mesti setan kat tepi bisik supaya jangan buat, kan??? tapi kali ni, kita bebas nak buat kebaikan. dah la tu, kita diberi ganjaran berlipat ganda banyaknya.. memang rugilah kalau kita tak buat kebaikan melebihi dari apa yang kita pernah kerjakan di bulan2 yang lain..

so, kita muhasabah la diri kita dengan meningkatkan lagi amalan kita.. ana nak suggest la kat antum semua antara mutaba'ah (amalan harian) yang kita boleh praktis dalam bulan ni. tapi kita mesti istiqamah la dalam lakukan amalan ni.. InsyaAllah, kalau kita buat dengan penuh keikhlasan, amalan ini kana berterusan sehingga selepas Ramadhan sekalipun.. antaranya,

1) Tilawah Al-Quran.. kalau boleh spanjang bulan Ramadhan ni, kita cuba khatamkan.. kalau agak2 x mampu tu, kita baca sampai mana yang mampu. tapi kalau untuk bukan bulan puasa, kita boleh amalkan ikut minggu. cthnya: 3 juz/minggu

2) Tahajjud.. kalau dapat buat tiap2 malam, lagi mantap.. kalau x mampu, kita buat sket2 la.. sminggu skali ke.. dua kali ke.. tapi Istiqamah la..

3) Mathurat.. kita cuba amalkan stiap hari.. kalau sibuk, 3 kali/minggu pon bole..

4) Zikir... hmm.... ini kita kene disiplin kan diri buat stiap hari.. bukan susah pon.. lepas solat bole buat.. on the way jalan ke.. x payah la nak bawak tasbih ke hulu ke hilir.. guna jari pon bole.. antara yang dizikirkan : tasbih, tahmid, tahlil, takbir, istighfar, selawat syifa, selawat nabi, dll..

jadi,

renung2kan dan selamat beramal...

wallahu a'alam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...