Seharusnya, anda sudah sedia maklum mengenai Islamic Fashion Festival yang diadakan di Monte Carlo pada 9 Ogos 2010 yang lalu yang dianggap pembaharuan yang gempak pada alaf ini. Mengapa?? Itu persoalan yang timbul gara-gara keghairahan sesetengah individu yang terlalu “gila” untuk menaikkan nama Islam di pentas dunia. Bukan masalah kita tak boleh menaikkan syiar Islam di mata dunia, malahan kita amat dituntut untuk berbuat demikian. Tapi, cara yang sedemikian itu bolehkah menaikkan Islam atau menjatuhkan serta memburukkan Islam di mata musuhNya???
Baiklah. Ana setuju sekiranya pihak yang terbabit ini mahu mengetengahkan fesyen Islam yang kini makin dilupakan dan diabaikan oleh masyarakat Islam sendiri. Malah usaha ini juga dapat membuka mata masyarakat dunia mengenai pemakaian di dalam Islam yang tampak jelas memelihara kesucian dan kesopanan seseorang. Masalahnya kini, apa yang dilakukan bukanlah berlandaskan Islam yang sebenar. Adakah apa yang digariskan oleh syara’, sebagaimana juga yang diamalkan dari zaman Rasulullah dahulu, dipraktikkan dalam usaha yang dianggap murni ini??
Lihat beberapa contoh fesyen “Islamic” yang dicipta oleh para pereka fesyen yang merekacipta pelbagai bentuk fesyen tanpa berpandukan cara Islam yang sebenar..
Adakah 1400 lebih tahun yang lalu, Rasulullah mengajar untuk umatnya berpakaian seperti ini?? Adakah terdapat mana-mana dalil mahupun nas dari al-Quran dan hadis yang meletakkan pemakaian cara Islam dalam keadaan begini??
“... dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung mereka ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)...” (an-Nur : 31)
Nah, apalagi yang perlu dipertikaikan mengenai kesahihan ayat di atas yang secara jelas memperkenalkan serta mengajar cara yang paling tepat untuk berpakaian secara Islam bagi wanita. Perlukah menjenamakan semula cara yang diperintahkan oleh Allah ini?? Adakah mereka yang terbabit ini terlalu agung untuk menidakkan apa yang diperintahkan Allah, yakni TUHAN mereka sendiri??
“sekarangkan zaman moden. Janganlah jumud sangat. Masa sudah berubah. Manusia zaman sekarang memerlukan pembaharuan. Kita perlu tunjukkan pada dunia bahawa Islam mampu menguasai segala jenis bidang, termasuklah bidang fesyen ini”
Persoalan seperti ini mungkin timbul di benak pihak yang hanya mahukan sesuatu yang dipanggil pembaharuan. Ingatlah, meskipun dunia ini berubah walau dengan cara apa sekali pun, namun perintah Allah tidak akan berubah. Pergolakan yang berlaku di dalam pemikiran manusia yang terlalu menginginkan perubahan hanya akan membawa kepada kebinasaan belaka. Cuba fikirkan sejenak, mengapa Allah memerintahkan hambaNya untuk berpakaian sedemikian. Adakah lelaki yang melihat kepada wanita yang berpakaian sedemikian boleh menahan syahwat mereka?? Adakah pasti bahawa tak akan ada seorang lelaki pun yang akan melihat secara “menyeramkan” terhadap wanita itu?? Sebab itu Allah maha mengetahui tentang apa yang diciptakanNya.. apa kelemahan pada hamba ciptaanNya, apa yang terdaya oleh hambaNya.. semua itu di bawah kuasaan Allah azza wa jalla.. maka, kita yang selayaknya menjadi hamba sahaja perlu akur dengan apa yang diperintahkan.
“kami nak memperkenalkan fesyen Islam di mata dunia supaya orang yang bukan beragama Islam itu tahu bahawa Islam memberi kelapangan kepada penganutnya untuk berfesyen asalkan menutup aurat”
Fesyen apakah yang dimaksudkan??? Sekadar meletakkan sehelai selendang nipis di atas kepala dan memakai baju yang ketat mahupun mengenakan abaya tidak menentukan boleh atau tidak seseorang itu berfesyen. Di atas pentas fesyen atau pun catwalk, meskipun anda berpakaian litup sekalipun, anda pasti akan memperagakan pakaian itu dengan berjalan dengan penuh kemegahan serta menghentakkan kaki di pentas sambil diperhatikan oleh sekumpulan manusia yang entah betul atau tidak anda akan terus berpakaian seperti itu di luar??
satu lagi, penghinaan terhadap agama Islam yang kononnya diangkat dalam festival berlaku secara tidak kita sedari. terdapat tulisan arab "Muhammad" pada pakaian di atas. adakah ini yang perlu diangkat sebagai fesyen?? penghinaan terhadap Rasulullah pada pakaian seorang wanita yang tidak langsung menutup aurat. tak perlulah sekadar meminta maaf kepada umat Islam, tapi pohonlah ampun dan maaf kepada Allah dan Rasulullah..
Berdasarkan pemerhatian ana, pakaian yang diperagakan tiada bezanya dengan pakaian orang bukan Islam, cuma anda memakai “tudung 3 suku”. Itu saja. Maka, apa yang perlu dihebohkan dan dibanggakan sehingga sanggup menyalahgunakan nama Islam semata-mata mahu mengaut keuntungan peribadi?? Tidak malukah. Lagi satu, ana tengok, orang kuat yang “bekerja keras” bagi menjayakan festival ini tidaklah memperagakan busana muslimah yang sebenarnya. Orang macam inikah yang diharapkan untuk mengangkat martabat Islam??
Sepatutnya, fesyen pemakaian Islam ini boleh diperkenalkan kepada dunia. Takde masalah pun. Cuma, cara pelaksaannya sahaja yang bercanggah, tambahan pula dengan konsep kontemporari yang seolah-olah “mencipta” cara pemakaian Islam yang baharu. Dalam menegakkan apa yang diperintahkan Allah, kita seharusnya bersifat sangat teliti supaya apa yang disampaikan dapat diterima dengan cara yang baik oleh masyarakat umum.
Wallahu a’alam..
No comments:
Post a Comment