Followers

Sunday, October 17

Ramadhan kan dah lepas...

bismillahirrahmanirrahim..

“kak Jah.. oh.. kak Senah. Mari la bertandang ke rumah aku ni dulu,” pekik kak Mah dari rumahnya.

Kak Jah dan kak Senah pun yang berhajat ingin ke pasar pun berjalan menuju ke rumah kak Mah.

“Apahal nya kak Mah hoi... terpekik terlolong memanggil kitorang ni. Da buang tabiat ke??” jawab kak Senah.

“Bukan apa. Aku ni dah lama nampak korang. Mana perginya...”

Sambil memegang bakul kak Jah menjawab, “ala Mah.. ko bukan x tau. Aku ni sibuk sikit nak uruskan mak aku nak pergi haji tahun ni. So, aku ni selalu kene temankan dia pergi pejabat Tabung Haji tu..”

“kau pulak Senah?? Aku tengok sejak bulan puasa ari tu bukan main tak lekang pergi masjid. Bagus la tu...”

Kak Senah menjawab dengan suara lembutnya, “Alhamdulillah.. orang kata berkat bulan puasa tu ada lagi. Aku azam nak terus macam ni sampai bulan puasa akan datang.”

“Bagusnya korang berdua ni..,” puji kak Mah. Suasana menjadi lengang seketika. Tiba2 kak Jah bersuara..

“Yang ko panggil kitorang ke sini kenapa Mah??”

“Lupa pulak. Korang nak dengar cerita tak..”

“ko ni Mah tak habis2 dengan mulut ko tu. Kita ni baru je lepas bulan Ramadhan dan Syawal. Bawak2 la taubat sikit..”

“ala.. aku cakap benda yang betul aku bukan memfitnah sapa pon..” kak Mah pun meneruskan ceritanya.

Di pertengahan cerita kak Mah, kak Senah mencelah. Air mukanya seperti tidak menyukai sikap kak Mah yang suka membawa mulut tu. “Mah, kalau kita ni tak suka pada seseorang sekali pun, jangan la sampai menunjukkan keaiban orang tu. Kalau si Tijah tu tahu, mahu perang besar agaknya.”

“yela Mah. Kita ni kan jiran tetangga. Tak baik mengata orang macam tu. Ko tak ingat ke ceramah ustaz Rashid dalam kuliah subuh hari waktu bulan Ramadhan hari tu..” tambah kak Jah. “Lagi satu, sejak bulan puasa habis hari tu, aku da jarang da nampak ko kat masjid. Ko uzur ke?? Dulu kan kita selalu ke masjid sama-sama..” nasihat kak Senah pula. Bertubi-tubi nasihat yang diberikan oleh kedua-dua orang sahabat baik itu.

“korang ni. Ramadhan kan da lepas. So, bila da masuk Syawal, aku sembahyang kat rumah la. Bukan nya aku x sembahyang langsung. Nanti kalau Ramadhan datang lagi, aku join la korang balik sembahyang kat masjid, ok???” pedas sungguh kak mah membalas. Kak Senah dan kak Jah hanya mampu diam membatu.


..................................................................................................................................................................

Cerita di atas hanyalah nukilan ana dan tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang sudah tiada. Tetapi apa yang mahu ana tekankan di sini ialah sikap kita yang menganggap bulan Ramadhan itu hanyalah untuk beribadah tanpa berubah. Senario sebegini da banyak da berlaku. Apabila masuk je Ramadhan, orang kata kalau masjid tu ada 50 saf, kesemua 50 saf tu mesti penuh. Tapi bile jejak je 1 Syawal, hanya tinggal tok imam, tok bilal dan dua tiga kerat ahli qariah masjid.

Ramai antara kita yang beranggapan bahawa bila kita lepas je bulan Ramadhan, kita bebas berbuat apa sahaja seperti bebasnya syaitan dari pembelengguan. Kalau dalam bulan puasa, orang nak mengata atau bergosip sikit, terus tutup telinga. Kononnya nak menjaga ibadah puasa. Tapi mengapa bila habis sahaja bulan puasa, kita pun join sekaki mengumpat, mengata dan sebagainya. Malah, kita sendiri yang menjadi “reporter” mengalahkan wartawan hiburan majalah.

Bila ada orang nak nasihatkan, senang sungguh jawabnya, “ala.. Ramadhan kan da lepas. Nanti bila Ramadhan datang balik, aku taubat la...” mudah sungguh bila lidah ni tak bertulang. Bagai air sahaja dosa masuk mengalir ke dalam diari hidup kita ni.

Tak ke kita rasa macam berlakon dalam bulan Ramadhan bila kita ni still buat dengan amalan mazmumah kita yang tedahulu. Langsung tak ambil ibrah (pengajaran) dari bulan yang mulia tu. Seolah-olah kita menganggap iman hanya ada dalam Ramadhan, then bila nak buat dosa, da lupa terus pada iman yang ada. Itupun kalau ada iman lagi la.

Sewajarnya, kita mengambil iktibar dari apa yang kita lalui dalam bulan Ramadhan. Sekolah Ramadhan telah mengajar kita pelbagai cara kehidupan Islam dan pembangunan rohaniah.. takkan la kita nak gadai begitu sahaja iman yang kita bina selama sebulan itu. Fikir2kanlah..

Wallahu a’alam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...