Followers

Saturday, October 30

Tekanan homoseksualiti.

bismillahirrahmanirrahim..

“Wei, Nazrin. Aku nak cakap sikit ni. Tapi aku harap ko tak terkejut la ek.. aku just nak mintak nasihat dan pandangan ko..” tiba-tiba sahabat lama ana menyatakan hasratnya. Mula-mula tu, agak suspens la juga, entah apa la yang dia nak cakap. Sipolan (nama tak boleh disebut di sini) ni jarang nak mintak nasihat dengan ana. Kalau nak borak pun, mesti borak pasal life dia dekat university.

“Nak mintak nasihat?? Ko sihat tak ni?? Hehe.. gurau je. asal macam serius je kau ni? Cuak lak aku tengok..” memulakan bicara dengan sedikit gurauan.

“ehmm.. sebenarnya aku da lama da nak cakap benda ni. Tapi, tak tahu nak luahkan kat sape. Aku takut kalau orang tak boleh nak terima aku. Yela, aku ni ‘lain’??” ujarnya sambil membuat isyarat bracket dengan kedua-dua jari telunjuknya.

'Lain'?? Apa pula la yang sahabat ana ni nak cakap. Nak kata dia lain, ana rasa dia biasa je. Takda la pula dia ada kuasa cam hero seluar dalam merah tu.. hihi.. Cume dia ni baik kepada semua orang. Satu benda yang ana gemar pasal dia ni, dia suka tolong orang. Lagi satu, kalau orang tak solat dia selalu ingatkan. Orang kata tu, boleh buat menantu la. Ana mula tenung air muka dia yang sudah mulai berubah. Seperti ada bara api yang hendak diluahkan..

“aku sebenarnya.. hmm.. ada perasaan dekat..” suaranya terhenti. “dekat??” ana cuba bertanya lagi.,

“Lelaki..”.

Astaghfirullahal’azim.. ana tarik nafas panjang2. Terasa macam nak kiamat pula rasanya. Ana terus pandang mukanya dengan pandangan yang agak kemarahan. Entahlah.. ana rasa macam nak tumbuk je kawan ana ni. Perasaan tu tiba2 muncul. Ana tau dia seorang yang baik. Baik sangat. Dia rajin puasa, rajin beribadat. Kenapa pula dia buat macam ni?? Tapi ana tengok riak muka dia macam merasa tekanan yang teramat sangat. Seperti ada bom jangka yang bakal meletup pada bila2 masa saja dalam kepalanya. Timbul pula rasa kasihan pada dirinya. Mungkin dia tak bersalah. Ana cuba selidiki..

“sejak bile?? Kenapa ko sanggup buat benda ni kepada agama kau. Kau tak takut kepada Allah ke??

“Aku tak tahu la Nazrin. Benda tiba2 je muncul. Aku pun tak perasaan sejak bile benda ni bersarang dalam hati aku ni. Bila aku tengok je lelaki yang ada rupa, aku rasa semacam..” air mata nya mula kelihatan di penghujung bulu matanya. Tertunduk sayu. Suaranya semakin perlahan dan tersekat-sekat. Dia juga memberitahu bahawa dia tak boleh nak control perasaan tu. Muncul secara tiba2.

Rasa sedih mula menyelubungi suasana petang tu. Ana pula yang pada mulanya marah, kini berasa sangat simpati padanya. “kau pernah buat ke benda tu??” agak cuak juga mengeluarkan soalan itu. Takut tersinggung pula. Dia menggeleng saja.



Cerita ini merupakan cerita benar yang ana dapat daripada sahabat lama ana. Dengan persetujuannya, ana dibenarkan untuk post cerita ini untuk pengajaran kepada semua. Biarlah namanya dirahsiakan asbab menjaga keaibannya.

Homoseksualiti?? Selalukah anda mendengar pasal ini?? Pada ana, selalu dengar juga tapi ini merupakan kes pertama yang ana dapat tahu secara live. Sungguh terkejut dan macam2 perasaan yang bercampur baur.

Berdasarkan cerita (sebenarnya ada panjang lagi) antara ana dengan dia, ana kini dapat mengetahui bahawa betapa lelaki pencinta lelaki ini telah melalui masa mereka yang hitam dan sukar. Bila mana sahaja mata tercelik melihat alam maya, pasti akan terlihat kaum sejenis dan pada masa ini gejolak perasaan songsang bisikan syaitan ini bermaharaja lela. Bukanlah sahabat ana ini terus melayan sahaja perasaan ini, namun seksaan dalam menanggung kesakitan terhadap perasaan tersebut amat sukar untuk diperkatakan. Sahabat ini bukanlah dari jenis yang lembut, bahkan bersifat seperti lelaki normal lain. Cuma perasaan sahaja yang membezakannya.


Mungkin sahaja perasaan itu timbul atas beberapa factor yang tak terdaya untuk kita halangi. Misalnya, kecendurangan para ibu bapa yang terlalu menginginkan anak perempuan hasil perkongsian hidup mereka menjadikan mereka terlalu obsess kepada jantina tersebut. Namun, apabila hasrat itu tidak kesampaian, ibu bapa yang merasa kecewa tadi terus sahaja melayan anak lelaki tersebut seperti anak perempuan. Hal ini menyebabkan si anak cenderung ke arah keperempuanan.

Keduanya, mungkin sahaja si anak mengalami pengalaman hitam lagi getir pada awal kehidupannya akibat nafsu serakah songsang sesetengah pihak. Akhirnya, kecelaruan yang dialaminya menyebabkan si anak “rosak”. Kekeliruan identity sedikit sebanyak merajai dirinya.

“dan (ingatlah)ketika Luth berkata kepada kaumnya; ‘kamu benar-benar melakukan perbuatan yang sangat keji (homoseksual)yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun dari umat-umat sebelum kamu.” (al-Ankabut : 28)

Tak dinafikan, terdapat sesetengah golongan yang pantas menghukum golongan ini. Memang benar, homoseksual merupakan sesuatu yang luar daripada norma kehidupan, sehinggakan nabi pun tidak akan mengakui umatnya yang homoseksual. Bagi ana, ana lebih suka mengambil pendekatan menasihati dengan niat mengubah daripada menghukum. Bukanlah ana bersetuju, jauh sekali menyokong perasaan yang dimiliki oleh golongan ini, tetapi “kecacatan” mereka perlu “dinormalkan” asbab untuk mengubah mereka. Bukan mengeruhkan lagi keadaan. Kita boleh saja menilai seseorang yang berperasaan songsang ini seorang yang keji dan sebagainya, namun penilaian kita terhadap mereka itu juga akan dinilai oleh Allah.



Mungkin sahaja dengan mereka mendekati kita untuk meminta sedikit sokongan dan nasihat mampu membawa mereka ke pangkal jalan. Mereka ini sudah setentunya tahu akan kejinya perlakuan ini, namun kekuatan moral dan emosi yang lemah membuatkan mereka tewas. Maka, kita yang diminta nasihat inilah yang perlu bertindak amar ma’ruf nahi mungkar. Seandainya, kita kikir dalam bernasihat, mungkin mereka akan lebih teruk terjerumus ke dalam nereka perasaan mereka. Mahukah kita melihat saudara seaqidah jadi seperti itu??

Sebagai seorang yang lebih beruntung kerana tidak dikurniakan perasaan sedemikian, kita seharusnya berusaha membantu golongan seperti ini ke panggal jalan. Mereka yang berada dalam keseksaan menanggung “dosa perasaan” ini sudah pasti mahukan sokongan dan tangan pendakap untuk membantu mereka keluar dari neraka perasaan tersebut. Bukanlah kecaman yang mereka mahukan. Alhamdulillah bagi yang ada kesedaran untuk membawa kembali saudara seaqidah seiman kepada cahaya Ilahi.

Bagi yang rasanya berada dalam golongan homoseksual, ana nasihatkan agar dekatkan diri kepada Allah. Elakkan zina sejenis sebagaimana juga lelaki normal ditegah mendekati zina. Libatkanlah diri dalam aktiviti keagamaan. Banyakkanlah berpuasa kerana ia mampu menundukkan nafsu.

Wallahu a’alam...

4 comments:

Khalifatullah said...

hmm..rumit masalah post ini."waman yattaqillaha yajál lahu makhraja"..sape yg bertaqwa nescaya ALLAH tunjukkan baginya jalan keluar..insyaALLAH
Bgmana pula kalau seseorg suka pada guru yg sudah berkahwin???aishhh memg rumit..sudahlah guru sendiri,thiqah orgnya,tggi peribadinya,luas ilmunya,muda pula....masih tiada jawapan untuk prsoalan ini..Bantu kami YA ALLAH..=(

nazrin syafiq said...

wallahu a'alam la liana... kene tanya pada yg lebih mengetahui..

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

maaf saudara,saya pernah baca mengenai masalah ini drpd tulisan ustaz hasrizal abdul jamil atau dikenali dgn blognya saifulislam.com. Tak silap saya,saya baca mengenainya dlm buku ustaz tersebut yg bertajuk BERCINTA SAMPAI KE SYURGA,mungkin saudara blh rujuk di situ,atau blh berkongsi sendiri dgn ustaz hasrizal. Trm ksh dan mohon maaf.

nazrin syafiq said...

syukran mujtahidah solehah.. actually, sebelum ana post pasal benda ni, ana da buat satu konklusi sendiri dalam post ini. dan ana juga da rujuk dekat saifulislam.com dan ana dapati pendapat kami sama. anyway, thanx for sharing..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...