Followers

Saturday, October 23

oh lelaki...


Inilah pesanan dari Hawa buat Adam
Harap dengan ini
Hawa dapat hidup aman dan tenteram kembali
Bukan untuk merendahkan martabatmu
Barangkali sekadar menegur salah dan silapmu..

Hawa rindukan Adam yang dahulu
Adam yang bila disebut namanya
Hawa rasa tidak terbeban
Hati tidak gundah gulana
Kenapa Adam??? Kenapa???
Bukankah Adam dahulu merupakan Saifullah..
Asadullah.. pembela Hawa dikala duka..
Adam tokoh terbilang..
Tapi.. Hawa bencikan Adam kini
Adam yang bila disebut namanya..
“takpela.. ramai lagi perempuan yang boleh buat kerja..
Tokoh wanita pun ramaikan sekarang..
Adam tu.. merempat dalam penjara je..
Baik x payah ada laki macam ni.. menyusahkan!!”

Adam dahulu tak seperti sekarang..
Dahulu, kalau ada Adam, rasa aman dan tenteram je hati..
Mak pun suruh kahwin awal.. Asbabnya,
“nanti laki kau boleh jaga kau.. bila da berlaki ni, hidup terjamin..”
Tapi, Adam sekarang, gerun dan gelisah hati hawa..
Mengenangkan nasib hidup mempunyai Adam di sisi..
Hawa ini dijual bagai ayam di pasar minggu..
“yah, nanti kawan abang datang, kau bagi jela apa yang dia mintak..
Kau jangan melawan pulak.. hutang abang ngan dia tak habis lagi tu..”
Demi hutang, Hawa digadaikan.. hidup sentiasa dalam ketakutan..
Berwaspada sentiasa.. mata sering melemparkan syak wasangka..
Bimbang.. perogol bersiri durjana..

Bukankah Adam dikatakan di dalam al-Quran..
“Lelaki itu pelindung bagi perempuan.. “
Surah an-Nisa’ ayat 34 itu benar.. tiada cacat celanya..
Tapi Adam yang mencacatkannya.. kan dalam bait terakhir ayat tu ada mengatakan..
“ jika mereka mentaatimu, jangan kamu mencari alasan
untuk menyusahkan mereka”
Kenapa adam biarkan Hawa dianiaya..
Kalau dulu, bila Hawa dilakukan sedemikian rupa..
Sepasukan panglima kuda perang yang Adam kirimkan..
Kini, bila Hawa dipenjara diseksa dalam geriji besi..
Adam hanya hadir sidang resolusi.. dayus..
Apabenda ni??? Mana Adam yang Hawa rindukan dahulu..



Aurat?? Semua ada aurat, duhai Adam..
Dulu, bila Hawa kepunyaan Adam..
Adam sanggup buat apa sahaja untuk Hawa..
Adam pagari Hawa, terserlah kehebatan Adam..
Salah silap Hawa ditegur demi Allah..
Tapi, zaman dah berubah..
“Sally, baju you tu old fashion la.. orang zaman sekarang pakai yang seksi2..
Baru lelaki macam I ni nak pandang.. ini tak.. dengan tudung tu.. kampong la!!”
Adam biarkan Hawa dalam dunia neraka ini..
Adam pantas izinkan Hawa binasa ternoda..
Aurat bagai tiada sempadan..
Mana Adam ku yang dahulu???

Duhai Adam,
masihkah Adam ingat dikala Hawa menghadiri kuliah agama..
tersenyum Hawa melihat Adam di kerusi kuliah
semangat al-Farouq menebal di dada...
di saf pertama masjid, terlihat cahaya kesolehan Adam..
demi Allah, Adam tabur segala keringat membanting tulang empat kerat
menegakkan tiang agama..
tapi, bila Hawa terlihat Adam kini..
di tangan Adam, tergenggam sebotol vodka
di kiri pula, tersemat erat rokok pemusnah bangsa..
duduk tercangkung menghadap heroin dan ganja..
mana perginya al-Quran yang dulunya senantiasa berada dalam poket kecilmu..
mana perginya tasbih yang bermain di jemarimu..
tergadai sudah agama demi seisi dunia fana
mana perginya Adam yang hawa rindui???

Ingat tak Adam pada Tok Karim???
Sudah tentu Adam akan ingat.. dialah pengikat kita dengan tali Allah..
Mana dia sekarang ya??
“oh.. bulan lepas kan ada ah long mintak duit dengan dia..
abang kan kerja ngan ah long tu..
Da tu, boss abang suruh bunuh dia..
abang bunuh je la.. bukan salah abang!!”
Celaka sungguh kau hai Adam.. demi kolonimu..
Saudara seaqidah kau korbankan.. mana pergi perikemanusiaanmu..
Itu baru yang dapatku tahu Adam..
Belum lagi di bumi berdarah Palestin yang penuh tali barut seumpama mu..
Kau da tak seperti dahulu yang selalu diperkatakan ramai..
Kaulah perwira di medan perang..
Kaulah harapan kami kaum Hawa..
Kini, tali barut merajai nafsumu
Mana perginya nilai seorang Adam??

Pesan ini hanyalah untuk menyedarkan salah dan silapmu..
Tundukkan egomu, rendahkanlah bongkakmu..
Sedarlah dari dunia khayalan..
Pandanglah kami kaum Hawa yang perlu kau lindungi..
Peganglah pada tali Allah yang perlu kau genggam erat..
Tunjukkan kelelakianmu..
Tunjukkan kejantananmu..
Tunjukkan keperkasaanmu..
Demi Allah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...