Followers

Friday, October 22

ya Rasulullah, bila sampai???


Bayangkan apabila Rasulullah saw dengan seizin Allah
tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita…
Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita.
Apa yang akan kita lakukan?

Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk baginda erat-erat
lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan penuh harapan
agar Rasulullah saw sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
Baginda tentu tersenyum…

Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah saw
menunggu sebentar di depan pintu
kerana kita teringat VCD XXX-Rated yang ada di ruang tengah
dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu VCD tersebut ke dalam.
Baginda tentu tersenyum…

Atau barangkali kita teringat akan
lukisan wanita separuh telanjang yang kita gantung di ruang tamu kita
sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.
Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad
Yang barangkali kecil dan berhabuk
Yang sudah lama ada di ruang samping
dan kita meletakkannya di ruang tamu.
Baginda tentu tersenyum…

Bagaimana bila kemudian Rasulullah saw bersedia menginap di rumah kita?
Barangkali kita menjadi malu bahawa
anak-anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Rasulullah saw.



Barangkali kita menjadi malu bahawa
anak-anak kita tidak mengetahui sedikitpun
sirah kehidupan baginda karena kita lupa dan lalai mangajar anak-anak kita.
Baginda tentu tersenyum…
Barangkali kita menjadi malu bahawa
anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga baginda dan sahabatnya
tetapi dapat pula menghafal
seluruh keturunan dan sahabat Uzumaki Naruto mahupun Kamen Raider.

Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang Solat.
Barangkali kita teringat bahawa
anak isteri di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai
untuk berhadapan kepada Rasulullah saw.
kita mungkin terfikir
sesuai ke pakai mini skirt atau bermuda’s short pant?
Baginda tentu tersenyum…

Belum lagi koleksi buku kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita.
Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut
demi menghormati junjungan kita?

Barangkali kita menjadi malu diketahui bahawa
kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi..
Baginda tentu tersenyum…
Barangkali kita menjadi malu kerana
pada waktu maghrib keluarga kita sibuk di depan TV.
Barangkali kita menjadi malu kerana
kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana
keluarga kita tidak pernah menjalankan Solat berjemaah.
Barangkali kita menjadi malu kerana
keluarga kita sangat jarang membaca Al Qur`an.
Barangkali kita menjadi malu kerana
kita tidak mengenal jiran tetangga kita.
Baginda tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu jika
Rasulullah saw bertanya kepada kita
“siapa nama tukang sampah yang setiap hari melewati di depan rumah kita?”
Barangkali kita menjadi malu jika
Rasulullah saw bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.
Betapa senyum baginda masih ada disitu…

Bayangkan apabila Rasulullah saw tiba-tiba muncul di depan rumah kita…
Apa yang akan kita lakukan?
Masihkah kita kita memeluk junjungan kita
dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita?
Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita terpaksa berkata begini kepada baginda,
“maafkan kami ya Rsulullah, kami tak dapat menerima kunjungan baginda...”
karena hal itu akan sangat memalukan kita.
Maafkan kami ya Rasulullah…..
Masihkah baginda tersenyum?
Senyum pilu,…
Senyum sedih,…
senyum getir…

masihkah kita akan dapat mempersiapkan segalanya buat baginda..
atau dengan riak wajah yang sungguh terkejut..
kita hanya mampu mengatakan..
“ya Rasulullah, bila sampai??..”

2 comments:

Aizat Zulkarnain said...

malunya aku dgn Allah , malunya aku dgn Rasulallah ... :'(

nazrin syafiq said...

betapa beruntungnya jikalau kita malu di dunia ini asbab kita boleh berubah. namun, jika malu di akhirat, alangkah ruginya kita..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...