Followers

Thursday, February 3

PRESSS Explorace

bismillahirrahmanirrahim..

lepas habis MEGA, ana 'menyibukkan' diri pulak dengan aktiviti explorace yang dianjurkan Pre-Sciences Student Society (PRESSS) dan program ni bertempat di sekitar CFS PJ. penat MEGA pun tak habis lagi, terus ana join sekali dengan roommates yang lain masuk explorace. huhu... kental!!

actually, ana dah lama dah plan nak masuk program explorace dengan roommates. tapi, ditakdirkan Allah berdekatan pula dengan MEGA. tak mengapa. baik. pagi 30 januari 2011 tu, kami berkumpul di al-Malik Faisal (AMF) Hall untuk pendaftaran. semuanya dalam 9 groups yang join. brothers and sisters. explorace kali ni bertemakan Maths & Sciences. pagi yang hujan renyai2 tu kami redahkan jua demi kemenangan.. ceh,,,

semua berjalan lancar sehinggalah terjadi sesuatu yang tak diingini. bukan ape pon. ada satu checkpoint diorang salah bagi klu, so agak berterabur jugaklah. sebab klu yang salah tu menuju ke checkpoint yang kami dah pernah pergi sebelum ni. so, kami pun mundar-mandir ke sana ke mari.. kami call lah member kami (yang juga sebilik dan jadi committee..) and at last setelah setengah jam lebih kami berkeliaran, akhirnya dapat juga jalan keluar.. huish..

kami tak sempat nak habiskan semua checkpoint. tinggal satu checkpoint lagi.. tapi takpe. kami berkumpul di AMF untuk sesi penyampaian hadiah. dan bersyukur kepada Allah. dengan tak disangka2 kami mendapat tempat kedua. maybe sebab kami menjawab soalan dengan betul kot. ok lah tu. dapat lah kupon makan dekat E Cafe sebanyak rm5.00.





tak banyak gambar yang diambil. takpe, nanti ana cuba korek dari kamera member ana yang lain.. hehe..

wallahu a'alam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...