"menjadi hamba Allah?? bukankah kita ni sudah menjadi hambaNya semenjak kita diciptakan, bahkan mungkin sebelum kita diciptakan lagi??"
salam pertemuan buat semua. lama juga ana dah tak update dengan 'air tangan' sendiri dan yang setentunya kurniaan semata-mata dari Allah. alhamdulillah. tayyib. apa yang ana nak bicarakan di sini simple sahaja, tapi penuh isinya.
pastinya kita ini sebagai ciptaan Allah yang diciptakan dengan sebaik-baik ciptaan ini tertakluk dengan segala kekuasaanNya. Dia ialah Raja dan kita ini dikira sebagai hambaNya. kalau kita tengoklah di istana2, kalau raja2 perintahkan sesuatu mesti hamba dan pengikutnya akan patuh tanpa bantahan. takut dengan hukuman mungkin.
begitu jugalah dengan kita ni. Raja kita bagi arahan, keluarkan perintah suruh buat sesuatu, maka tak dapat tidak kita mesti, bahkan WAJIB ikut perintahNya. so, ana nak kongsi sikit tips ataupun cara2 yang berkesan untuk kita menjadi hambaNya. cuba selak2 sikit al-Quran surah al-Furqan ayat 63-77. ha... kat situ Allah ada bagi tips untuk kita jadi 'IBADURRAHMAN.. hamba ar-Rahman..
1. berjalanlah di atas bumi Allah ni dengan rendah diri. ingat, ni bumiNya, bukan kita punya.
2. bila ada orang menghina kita atau caci kita, maka ucapkanlah salam. janganlah kita maki hamun balik orang tu. jadilah seperti pohon yang berbuah. walaupun orang lain baling batu, dia tetap akan bagi buah kepada si pembaling.
3. laksanakanlah solat malam.
4. takutkan kepada azab Allah.
5. bila berbelanja atau menguruskan sesuatu, bersederhanalah. tak payah lah boros kalau berbelanja tu. infakkan ke jalan yang elok lagi bagus..
6. jangan lakukan atau jangan hampiri dosa besar ini = syirik, zina, membunuh.
7. jangan beri kesaksian palsu dan jauhilah segala yang lagha (sia-sia).
8. terimalah nasihat dari orang yang menasihat. terima je, jangan menentang. kemudian nilai balik nasihat itu. kalau elok, berubahlah.
9. doakan kesejahteraan ahli keluarga masing2. doakanlah juga untuk umat Islam sekali.
wallahu a'alam...
No comments:
Post a Comment