Followers

Wednesday, July 13

Mengikat Muslim

bismillahirrahmanirrahim..

seperti mana yang semua sedia maklum, semua orang Islam di muka bumi Allah ini tertakluk kepada undang-undang Allah, tak kiralah sama ada orang Islam itu betul 'ISLAM' mahupun tidak, tak kira di negara mana sahaja pun, tak kira dalam parti politik apa sekalipun, semua berada dalam pemerintahan Allah yang syumul.

tayyib.

apa yang ana nak perkatakan ialah sebenarnya kita sebagai Muslim tidak kira bangsa, warna kulit, taraf kehidupan mahupun bahasa pengantaraan serta fahaman politik, semuanya diikat oleh satu perkara iaitu AQIDAH ISLAMIYYAH.

"DIIKAT?? KENAPA PERLU KITA INI DIIKAT DENGAN AQIDAH? BUKANKAH SUDAH TERNYATA DALAM AL-QURAN BAHAWA TIADA PAKSAAN DALAM ISLAM. SO, KENAPA KITA NI PERLU DIIKAT??"

ya, ana menggunakan perkataan 'DIIKAT' kerana semua Muslim amnya perlu tahu bahawa sebaik sahaja kita ini mengaku yang kita ini adalah penganut agama Islam, tak kira di mana sahaja, kita ini WAJIB mengikat diri kita dengan AQIDAH ISLAMIYYAH.


"apa tu AQIDAH ISLAMIYYAH? macam pernah dengar je.. sama ke dengar Islam Hadhari di Malaysia ni??"

ha.. di sini anda perlu fahamkan diri anda semua bahawa kedua-dua frasa ini adalah berlainan dan membawa maksud yang berbeza. AQIDAH ISLAMIYYAH ini adalah (dalam bahasa mudahnya) satu pengikat kepada semua Muslim di seluruh dunia, dimana semua orang Islam berpegang kepada satu pegangan dan satu ikutan iaitu ISLAM secara syumul.

semua Muslim berada dalam satu aqidah yang sama yang mana mereka ini percaya bahawa "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD S.A.W ITU ADALAH PESURUH ALLAH". cara kita beribadah, kepercayaan kita terhadap Allah yang Esa, rukun Islam dan Iman yang kita imani, semuanya sama. tiada yang berbeza pun.

manakala, Islam Hadhari pula bermaksud secara literalnya ialah Islam Yang Bertamadun. take note on this. Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad 1400 lebih tahun yang lalu telah lama lengkap dan bertamadun. maka, tak perlulah kita hendak men-tamadun-kan Islam itu lagi. apa yang boleh dibuat ialah HADHARAH ISLAMIYYAH, yakni bermaksud KETAMADUNAN ISLAM yang meng-implimentasi-kan tamadun Islam yang hebat ke zaman yang serba moden ini.

berbalik kepada ikatan @ aqidah yang menyimpulkan semua umat Islam di dunia ini. "apa kaitan dan kepentingan AQIDAH ini dalam kehidupan umat seharian?"

baiklah. ana akan beri satu analogi mudah. AQIDAH ini umpama HATI manusia dan pecahan aqidah ini merangkumi semua aspek kehidupan, i.e. ibadah, muamalat, jinayat, hukum hakam..etc. semua aspek ini boleh kita kategorikan sebagai TUBUH BADAN. seandainya HATI yang telah dididik dengan betul berlandaskan syariah, maka setentunya TUBUH BADAN akan juga terdidik mengikut kehendak HATI itu tadi. fahimtum??

begitulah sedikit sebanyak bagaimana diri kita diikat dalam keharmonian Islam. bagaimana kita ini tertakluk dalam pemerintahan Allah yang sememangnya dikhaskan kepada khalifah yang dilantik di muka bumi, iaitu KITA SEBAGAI MANUSIA. maka, kita yang juga HambaNya WAJIBLAH mentaati perintahNya.



tak usah dek kerana kita ini berbeza fahaman politik, berbeza adat dan tradisi, kita berpecah belah. yang perlu kita sedar di sini ialah kita ini semua berada dalam satu ikatan UKHUWWAH ISLAMIYYAH, dan AQIDAH ISLAMIYYAH.. praktikkanlah kehidupan masyarakat ISLAM secara keseluruhan. InsyaAllah..

wallahu a'alam...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...