Followers

Monday, July 18

Culture SHOCK vs Culture SYOK

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah. ana baru sahaja balik dari Management Course for Student Leaders (McLEAD) 2011 di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang anjuran CFS IIUM. di sana, student leaders (ana mewakili MRC Mahallah Abu Bakr') diberi tugasan untuk merancang program yang akan dijalankan sepanjang setahun berada di sini. kiranya nak almanac untuk sesi 2011/ 2012 la...

ana tak berhajat untuk berkongsi tentang McLEAD, tetapi ana ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu term yang ana rasa anda semua pasti tahu akan maksudnya, iaitu CULTURE SHOCK.

"apa tu brother? macam pernah dengar..."



basically, culture shock ni dalam bahasa mudahnya, seseorang berasa terkejut dengan suasana baru yang dialaminya dan kebiasaannya mempunyai kesukaran untuk adapt dengan suasana tersebut. macam tu lah kot maksudnya. that's from my point of view.

contohnya, macam kita di Malaysia ni. yang sudah biasa dengan adat resam kita seperti memberi salam, tunduk apabila lalu di hadapan orang yang lebih tua dan sebagainya. so, katakan bila kita ada rezeki pergi ke luar negara di Barat, maka mungkin sahaja kita akan berasa terkejut dengan budaya mereka yang berlainan dengan budaya kita. misalnya, mereka di sana apabila berjumpa akan berjabat salam antara lelaki dan perempuan sambil berlaga pipi.

itu merupakan antara perkara yang akan mengejutkan kita melalui perbezaan budaya. TAPI, apa yang mengejutkan ana pula ialah terdapat satu lagi term yang bunyinya lebih kurang je dengan CULTURE SHOCK, tapi mempunyai maknanya yang berbeda, iaitu CULTURE SYOK.

Allah ilhamkan ana dengan term ini ketika ana berada di McLEAD. di sana, selain pelajar CFS IIUM, terdapat juga beberapa pelajar sekolah rendah yang comel2 yang turut ber-camping di situ. turut hadir, yang juga membuat ana Culture Shock di negara sendiri ialah para pelajar U**M. maaf bagi sesiapa yang terasa, tapi ana rasa ini tanggungjawab sosial yang perlu ana lakukan.


bukanlah institusi yang perlu disalahkan, tapi persalahkanlah iman di dada kita yang tak berapa nak kuat ni.

"der, lu Islam, gua pun Islam. kita semua akan bergaul juga dengan berbeza jantina. tapi jagalah sikit pergaulan lu. wa tengok dah mengalahkan mat saleh dah. hormat la sikit sister tudung labuh ngan budak kecil yang ada di sekeliling lu tu. dah lu dok pegang tangan, teraba2 muka boyfriend ngan girlfriend lu depan orang ramai tu kenapa. wa tak tahu la kalau adik perempuan lu kene buat camtu lu diam je bro. beringat la sikit, kita ni ada agama. kalau dok pakai baju ketat ngan tak pakai tudung tu wa boleh tolerate lagi, tapi janganlah lu tambah dengan dosa lain. wa yang tengok ni dah CULTURE SHOCK dibuatnya. lu pulak, janganlah Culture SYOK pulak..."

anda semua dah dapat belum perbezaan antara dua tu. CULTURE SHOCK vs CULTURE SYOK. bagi sesetengah orang, mereka merasakan bahawa berpegangan tangan berlainan jantina tanpa ada apa2 ikatan itu telah menjadi kebiasaan. maka, perkara itu yang perlu kita ubah. jangan jadikan perkara yang dilarang, pekara yang ditegah menjadi satu 'adat' dalam hidup kita.


jangan kita jadikan perkara yang menjadi kejutan dalam ketamadunan Islam, yang menjadi satu maksiat dalam hidup beragama, yang menjadi CULTURE SHOCK dalam hidup orang yang beriman TERUUUUUSSSS menjadi satu budaya kebiasaan dalam hidup serba moden, menjadi aktiviti harian dalam hidup serba kemaksiatan, menjadi kesukaan atau CULTURE SYOK dalam usaha kita menjatuhkan lagi agama Allah ini.

tangkislah segala budaya bukan Islam dalam kehidupan kita. tak salah menggunakan kemajuan yang dicipta Barat dan orang bukan Islam, tapi jangan kita gunakan 'kemajuan dalam kebudayaan maksiat' mereka untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian. Cukuplah Islam sebagai budaya hidup kita.

wallahu a'alam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...