Followers

Sunday, July 3

Peringatan bagi yang sakit

bismillahirrahmanirrahim..

sakit?? siapa yang tak pernah sakit. semua orang pernah merasai "nikmatnya" sakit. tak kiralah sakit apa sekalipun. dan tak kurang juga yang mengeluh ketika sakit sehinggakan menyalahkan benda mahupun makhluk lain. itulah kurangnya kita dalam menghadapi rasa sakit ni. (refleks kepada diri sendiri.. )

di sini ana ada beberapa peringatan mahupun teguran kepada yang sakit2 di luar tu (termasuklah diri ana sendiri..)

1. Janganlah kita asyik mengeluh kerana rasa sakit yang kita alami. tak salah untuk "mengekspresikan" kesakitan kita itu. cuma yang menjadi masalah ialah apabila luahan dan rungutan kita itu kita sandarkan kepada sesuatu yang lain..


"aduh... sakitnya. sialnya punya batu @ sial betul mamat tu..."

itu menjadi satu kesalahan ya. even itu kesalahan dia, tak perlulah kita menyumpah seranah dia. dan yang buat salah tu, perlulah pandai mengawal situasi dan bertanggungjawab lah.

2. Sakit itu kafarah dosa. YA! kesakitan yang Allah kirimkan kepada kita ini merupakan satu tarbiyah untuk diri kita lebih menilai dosa yang kita pernah lakukan. tak perlulah ditanya dosa yang mana satu yang dihapuskan atau berapa banyak dosa yang akan dihapuskan. memadailah dengan mendekatkan diri kepada Allah untuk refleksi diri.

"der, lu dah sakit. takkan tak reti2 nak pergi cari sejadah kot. pergi lah mintak ampun dengan Tuhan tu, then hilanglah sakit tu..."

pemikiran begini sudah senget sikit ya. bukanlah ketika sakit baru kita nak mintak keampunan Tuhan. cuma kesakitan itu boleh diibarat sebagai teguran halus dari Allah untuk kita kembali kepadaNya.

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cobaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”

(HR. Bukhari-Muslim)



Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Farisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”


Ini pulak ialah cadangan bagi kita yang mengetahui tentang orang yang sakit:


1. Menjenguk orang yang sakit merupakan sunat dan amat digalakkan dalam Islam. so, kalau kita ni tahu ada orang yang sakit (tak kisahlah sakit apa sekalipun...) hendaklah kita menziarahi dia. paling tidak pun, bertanya khabar pun boleh. bukankah teknologi sekarang memudahkan urusan manusia. kalau tak dapat nak jumpa pun, in case sangat berjauhan ke, call sahaja pun boleh. tapi, kalau yang dekat tu, ziarah sahaja lah.


2. Ambil berat pasal si sakit. kita perlu ingat. jangan kita menyombong diri dengan orang yang berpenyakit. kita pun manusia yang terdedah kepada penyakit. dengan mengambil berat ni, at least orang yang sakit ni terasa seperti lega kerana ada juga yang ambil kisah pasal dirinya. plus, kita dapat mengeratkan silaturrahmi antara kita.




"demam kau dah elok ke belum?? dah makan ubat ke belum?? .... "


setidak-tidaknya, bertanya pun memadai. kalau kita boleh tolong ubatkan lagi bagus. doakan untuk kesembuhan lagi terbaik..


insyaAllah, banyak lagi adab2 menghadapi orang yang sakit dan menjadi orang yang sakit. apapun, pokok pangkal kesakitan itu adalah daripada Allah. Allah sudah plan untuk kita yang terbaik, maka redha sahaja dengan ketentuan di samping usaha yang kita lakukan...


notakaki: ana pun tengah sakit kaki ini. ya Allah, ampunkanlah dosaku dan sembuhkanlah sakitku ini... =(


wallahu a'alam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...