Followers

Tuesday, January 15

Listen, Listen, Listen!!

bismillahirrahmanirrahim..

#listen

Trend baru di Twitter. Pada mulanya aku pelik tengok orang duk heboh pasal 'Listen' ni. Kat wall Facebook apatah lagi. So, aku cuba la explore kat Youtube.. Moh le tengok dulu..


Apa komen korang?

Bagi aku, Bavani tu mungkin sedikit tidak respek pada si Sharifah tu. Tak respect in a way that dia sepatutnya memberi hujah dalam keadaan yg tenang je, toksah la emo2 depan orang tua kan. Perlu tunjukkan kematangan ketika berhujah..

Dan si Sharifah Zohra Jabeen tu SEPATUTNYA perlu lebih professional dalam mengacarakan majlis. Dia sebagai moderator perlu tahu cara berkomunikasi dengan baik bersama audience. Tambah2 lagi, dia  merupakan seorang yang berpangkat; Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia. Malu lah kak Mah dengan abang Najib kalau ada kuncu2 depa macam ni kan.. Beliau tidak seharusnya menarik mikrofon begitu sahaja dan semoleknya mendengar terlebih dahulu hujah Bavani sampai habis.. Bukannya duk mengira perkataan..

LISTEN... LISTEN.. LISTEN... LISTEN....

No respect to audience at all!!

Aku hanya bercakap mengenai tatasusila dan adab depa2 ni sebagai manusia terhadap manusia lain. Bukan nak bercakap pasal fakta2 yang depa duk hujahkan tu. Fakta2 ni aku malas nak ulas. Betul ke tak itu antara mereka. Kan...?

Above all, Respect Others! Then, people will respect you~~

notakaki : Jaws itu bukan Jerung. In English, we call it Shark! hahaha

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...